Rumah Berbau Busuk,
Adakah Gangguan Jin Dalam Rumah Atau Masalah Biasa?
Masalah rumah berbau busuk tak jumpa punca sering kali mencetuskan kegelisahan dalam kalangan penghuni.
Adakah ia sekadar isu teknikal atau petanda gangguan jin dalam rumah?
Dalam sesetengah kes, bau yang muncul tiba-tiba tanpa sebab fizikal boleh menjadi tanda sihir dalam rumah.
Selain menyemak kebersihan, amalan syifa dan doa seperti membina benteng dengan Surah Al-Baqarah untuk rumah adalah langkah yang sangat dianjurkan.
Bagi membantu menyerap punca bau hancing yang misteri dan menenangkan suasana, penggunaan Bukhoor Premium dan Samurai Perfume boleh dijadikan ikhtiar tambahan semasa sesi pembersihan jiwa dan kediaman.
Rumah Berbau Busuk, Adakah Tanda Gangguan Jin Dalam Rumah?
Rumah berbau busuk adalah antara aduan yang kerap diterima apabila seseorang mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dalam kediaman mereka.
Ada yang melaporkan:
Bau busuk muncul tiba-tiba
Bau hilang dan muncul semula
Bau hadir pada waktu tertentu sahaja
Bau tidak dapat dikesan puncanya
Dalam masyarakat kita, situasi ini sering dikaitkan dengan gangguan jin dalam rumah atau tanda sihir dalam rumah.
Namun, sebelum membuat sebarang kesimpulan, pendekatan yang betul ialah menyemak faktor fizikal terlebih dahulu.
Panduan ini akan menghuraikan secara sistematik dan berperingkat supaya anda tidak bertindak secara terburu-buru.
1. Semak Punca Terlebih Dahulu
Langkah pertama apabila rumah berbau busuk ialah melakukan pemeriksaan menyeluruh.
Berikut senarai semakan yang perlu diperiksa:
✅ Longkang dan Sistem Saliran
Longkang tersumbat
Air bertakung
Sisa makanan terkumpul
✅ Bangkai Haiwan
Tikus mati di siling
Cicak atau burung terperangkap
✅ Saluran Paip
Paip bocor
Perangkap udara (trap) kering
✅ Aircond
Penapis tidak dibersihkan
Saluran air tersumbat
✅ Peti Sejuk
Makanan rosak
Cecair tertumpah
✅ Tilam dan Perabot Lembap
Kulat
Air terserap
Ramai yang terus mengaitkan bau dengan gangguan sedangkan puncanya teknikal.
👉 Baca artikel lengkap : Rumah Bau Hancing Tak Jumpa Punca?
Jika selepas semua pemeriksaan ini bau masih ada tanpa sebab jelas, barulah kita melihat kemungkinan lain.
2. Bila Bau Masih Ada Tanpa Punca Jelas
Dalam sesetengah kes, bau tetap hadir walaupun tiada punca fizikal ditemui.
Antara tanda tambahan yang sering dilaporkan bersama:
Makanan cepat basi
Rumah terasa panas walaupun aircond dipasang
Emosi ahli keluarga mudah tegang
Kerap berlaku pertengkaran kecil
Bau muncul pada waktu tertentu (terutama malam)
Dalam pendekatan rawatan syifa, kombinasi tanda seperti ini kadang-kadang dikaitkan dengan gangguan jin dalam rumah.
Namun penting untuk tidak membuat dakwaan mutlak. Pemerhatian perlu dibuat secara menyeluruh.
👉 Rujuk artikel: 11 Tanda Gangguan Jin Dalam Rumah Tahap Bahaya
3. Surah Al-Baqarah Dan Gangguan Syaitan
Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
Hadis ini menunjukkan bahawa bacaan Surah Al-Baqarah mempunyai kesan perlindungan terhadap gangguan syaitan.
Ini bukan bermaksud semua bau busuk adalah gangguan, tetapi jika terdapat tanda lain, memperbanyakkan bacaan Al-Quran adalah langkah yang dianjurkan.
4. Langkah Bertindak Secara Berperingkat
Jika terdapat tanda yang konsisten dan tiada punca fizikal ditemui, ambil langkah berikut secara bertahap.
Bacaan Surah Al-Baqarah
Pasang bacaan setiap hari
Lebih baik dibaca sendiri
Amalkan sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut
Azan Dalam Rumah
Laungkan azan di ruang utama
Terutama ketika rasa tidak selesa
Jaga Adab Dan Percakapan
Kurangkan maki hamun
Elakkan pertengkaran terbuka
Perbanyakkan zikir
Pantang Larang Dalam Rumah
Antara perkara yang perlu dielakkan:
Gantung gambar makhluk bernyawa berlebihan
Main muzik kuat berterusan
Tinggalkan rumah dalam keadaan gelap total
Pendekatan ini perlu dibuat secara konsisten, bukan sekali sahaja.
Pelan Tindakan Jika Rumah Berbau Busuk
| Fasa | Langkah Tindakan | Perincian Semakan / Amalan |
Fasa 1: Semakan Fizikal (Wajib) | Pemeriksaan Menyeluruh | Check longkang tersumbat, bangkai haiwan (tikus/cicak), paip bocor, penapis aircond kotor, atau makanan rosak dalam peti sejuk. |
Fasa 2: Analisis Tanda Tambahan | Kenali Simptom Luar Biasa | Perhatikan jika ada tanda lain seperti makanan cepat basi, rumah terasa panas, emosi ahli keluarga kerap tegang, atau bau muncul hanya pada waktu malam. |
Fasa 3: Pembersihan Kerohanian | Amalan Surah Al-Baqarah | Pasang atau baca sendiri Surah Al-Baqarah di dalam rumah selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. |
Laungan Azan | Laungkan azan di ruang utama rumah, terutamanya apabila mula merasa tidak selesa. | |
Fasa 4: Perubahan Adab & Suasana | Menjaga Keharmonian | Kurangkan maki hamun, elakkan pertengkaran terbuka, banyakkan zikir, dan jangan biarkan rumah kegelapan total. |
Fasa 5: Ikhtiar Tambahan | Penggunaan Bukhoor Premium | Gunakan Bukhoor Premium sebagai usaha tambahan untuk memberi aroma tenang dan menyerap bau tidak enak semasa sesi bacaan Al-Quran. |
Fasa 6: Khidmat Nasihat | Hubungi Saya | Jika bau tetap ada tanpa punca fizikal dan melibatkan gangguan emosi melampau, hubungi Ustaz Zul Hilmei untuk nasihat lanjut. |
Kenapa Rumah Berbau Busuk Bermula Dari Dapur?
Aduan yang banyak diterima, mengenai rumah berbau busuk adalah berpunca dari kawasan dapur pesakit.
Mereka rasa tak selesa atau gelisah bila berada di kawasan dapur.
Ada juga yang mengadu, kerap juga mereka bau hancing tetapi puas mencari tetapi tak jumpa punca. Mungkin anda alami masalah yang sama?
Dapur merupakan tempat penyediaan makanan kepada semua isi rumah.
Ia jadi target utama untuk diletakkan bahan-bahan yang kotor seperti najis dan bangkai tanpa dilihat oleh mata kasar manusia.
Bahan-bahan najis ini (yang tidak nampak ini) diletakkan ke dalam periuk, pinggan, kuali dan peralatan memasak agar apa yang anda masak bercampur dengan bahan-bahan kotor tadi.
Sekaligus akan masuk ke dalam tubuh badan anda tanpa disedari.
Inilah sebabkanya kenapa para penyihir meletakkan semua bahan yang kotor di dapur anda hingga seluruh rumah berbau busuk.
Bila Rumah Berbau Busuk Makanan Cepat Basi

Satu lagi aduan yang kerap diterima ialah makanan di rumah cepat basi.
Memang ada munasabahnya, bila makanan yang baru dimasak, dicampur dengan bangkai, akan cepat basi.
Betapa jahatnya hati manusia yang memiliki sifat ini. Meletakkan sesuatu bahan yang kotor dalam makanan hingga mendatangkan masalah dalam diri anda.
Oleh itu anda akan sakit perut tanpa sebab. Ini bahan kotoran tadi tidak dapat dilihat oleh manusia. Sebab itu anda cari, tapi tak tahu punca
Penghuni Rumah Berbau Busuk Sering Berantakan
Rumah berbau busuk tanpa sebab menjadi punca kenapa penghuninya sering berantakan tanpa sebab.Boleh jadi gaduh besar walaupun dalam hal yang remeh.
Ada sahaja masalah yang timbul. Walaupun kita kerap jaga, namun akan tetap datang masalah yang timbul.
Jika anda okay, tapi isteri pula buat hal.
Bila isteri okay, anda pula ada masalah
Bila suami isteri okay, anak-anak pula buat hal.
Kenapa Dapur Jadi Sasaran?
| Kategori | Perincian Maklumat |
| Sebab Utama (Sasaran) | Dapur adalah tempat penyediaan makanan harian. Ia menjadi sasaran utama untuk meletakkan bahan-bahan kotor (najis atau bangkai) yang tidak nampak oleh mata kasar. |
| Tujuan Perbuatan | Bahan najis atau kotoran halus diletakkan pada peralatan memasak (periuk, kuali, pinggan) supaya ia bercampur dengan masakan dan masuk ke dalam badan penghuni rumah tanpa disedari. |
| Tanda-Tanda Utama | • Bau hancing yang kuat tetapi gagal dikesan puncanya walaupun sudah dicari . • Penghuni berasa tidak selesa, gelisah, atau rimas apabila berada di kawasan dapur. |
| Kesan Terhadap Makanan | Makanan yang baru dimasak menjadi cepat basi kerana dipercayai telah dicampur dengan “bahan kotoran” tersebut oleh pihak yang berniat jahat. |
| Kesan Terhadap Kesihatan | Penghuni boleh mengalami sakit perut tanpa sebab yang jelas akibat pengambilan makanan yang telah tercemar secara halus. |
| Kesan Keseluruhan Rumah | Bau yang bermula di dapur boleh merebak hingga menyebabkan seluruh rumah berbau busuk dan menjejaskan suasana kediaman. |
Soalan Lazim Tentang Rumah Berbau Busuk

Adakah semua rumah berbau busuk berpunca daripada jin?
Tidak. Punca fizikal perlu disemak terlebih dahulu.
Berapa lama perlu baca Surah Al-Baqarah?
Disarankan sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut dan diteruskan sebagai amalan.
Adakah bukhoor sahaja sudah mencukupi?
Tidak. Bacaan Al-Quran dan azan mestilah disertakan bersama
Kenapa rumah terasa panas walaupun aircond dipasang?
Jika anda sahaja yang rasa panas, orang lain rasa normal, itu tanda ada yang tak kena pada anda.
Bila perlu dapatkan bantuan saya?
Jika melibatkan gangguan mental, emosi melampau atau keselamatan ahli keluarga, boleh hubungi saya di sini
Peranan Bukhoor Premium Dalam Ikhtiar
Dalam usaha membersihkan suasana rumah, sebahagian pengamal menggunakan Bukhoor Premium sebagai ikhtiar tambahan.
Perlu ditegaskan:
Ia bukan pengganti Al-Quran
Ia bukan rawatan utama
Ia adalah usaha tambahan
Antara fungsi yang dilaporkan pengguna:
Membantu menyerap bau tidak menyenangkan
Memberi aroma yang lebih tenang
Digunakan ketika bacaan ruqyah
Membantu suasana lebih harmoni
Dalam pengalaman kes yang dikendalikan selama lebih 8 tahun, penggunaan wangian yang sesuai ketika bacaan Al-Quran membantu mewujudkan suasana lebih selesa untuk penghuni rumah.
Cara Hilangkan Rumah Berbau Busuk : Bukhoor Premium

Bukhoor Premium digunakan bila terdapatnya perkara berikut:
- Tanda-tanda sihir dalam rumah.
- Duit kerap hilang dalam rumah, gatal-gatal juga datang.
- Anda mahu pagar rumah daripada gangguan.
- Jumpa duit syiling ditabur depan rumah atau kawasan kedai
- Gangguan jin dalam rumah.
- Badan terasa berat, malas dan kerap fikir negatif bila berada di rumah.
- Sakit pinggang secara tiba-tiba bila berada di rumah
- Jumpa tikus mati depan rumah disertakan dengan tanda-tanda gangguan atau sihir
- Pesakit sakit semula setelah buat rawatan bila pulang ke rumah.
- Mengalami masalah gatal bila menjelang tengah malam.
- Mengalami masalah gatal-gatal yang tak sembuh setelah mendapati tanda gatal-gatal yang telah saya huraikan.
- Mengalami masalah kegatalan Miss V hingga luka.
- Kerap mimpi rumah lama atau mimpi rumah usang.
- Mimpi ulat dalam rumah diikuti dengan masalah emosi dan jiwa yang tak stabil
- Rumah berbau busuk atau rumah berbau hancing tapi tak jumpa punca
- Jika mengalami masalah gangguan dalam rumah dan diri yang memerlukan kaedah bertangas
Oleh kerana itu mengapa Bukhoor Premium ini menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Namun jiika dalam rumah anda memiliki 11 tanda gangguan tahap ekstrem dan bahaya, sewajar anda menggunakan Bukhoor Samurai.

Samurai Perfume termasuk antara 8 jenis minyak Bidara Specialist yang berkualiti tinggi dan merupakan 3 jenis minyak wangi yang ditakuti jin (berdasarkan response yang saya terima daripada pesakit).
Ia digunakan bagi mengatasi masalah berikut :
- Cara halau jin dalam rumah agar suasana rumah lebih stabil dan tenang.
- Cara menghilangkan sihir pembenci
- 6 Cara runtuhkan sihir dengan ayat pembatal sihir.
- Mengatasi masalah gangguan jin dalam rumah.
- Mengatasi masalah tanda-tandi sihir dalam rumah atau kedai.
- Pulangkan sihir kepada penyihir.
- Mengalami masalah sihir yang berulang-ulang
- Masalah rumah yang sering berbau hancing atau berbau busuk namun tidak jumpa punca.
- Menyedarkan pesakit yang kerasukan jin
- Memancung gangguan makhluk halus dengan izin Allah
- Memecahkan rahsia mimpi yang berlapis-lapis (mimpi dalam mimpi)
- Mengatasi masalah terlalu banyak berfikir (over thinking)
- Kerap mimpi perempuan berbaju hitam atau menakutkan (tukang sihir)
- Teman lelaki disihir ibunya sendiri
- Halau bisikan iblis dengan panduan 6 doa
- Hijab yang seringkali terbuka hingga nampak makhluk halus
- Mengatasi sihir penghalang rezeki.
Samurai Perfume vs Bukhoor Premium
| Ciri / Fungsi | Samurai Perfume | Bukhoor Premium |
| Fungsi Utama | Digunakan sebagai ikhtiar untuk membatalkan sihir dan melawan gangguan makhluk halus yang bersifat tajam atau “memancung”. | Digunakan untuk pembersihan suasana kediaman/premis dan memagar rumah daripada gangguan jin. |
| Bentuk Produk | Wangian aromaterapi syifa dalam bentuk semburan (perfume). | Bukhoor (gaharu/wangian bakar) yang perlu dibakar menggunakan arang hingga keluar asap. |
| Simptom Khusus | Sesuai jika mengalami untuk menyedarkan pesakit kerasukan. | Sesuai untuk masalah rumah berbau busuk/hancing, makanan cepat basi, duit kerap hilang, atau rasa berat dan malas bila berada di rumah. |
| Cara Penggunaan | Digunakan sebagai semburan pada diri atau ruang, serta diamalkan bersama bacaan ayat 137 Surah Al-Baqarah atau ayat 9 Surah Yasin. | Boleh digunakan bersama bacaan ayat 137 Surah Al-Baqarah atau ayat 9 Surah Yasin. |
| Kelebihan Tambahan | Membantu ketenangan emosi, keseimbangan aura individu, dan perlindungan diri semasa keluar bekerja. | Boleh digunakan untuk kaedah bertangas bagi merawat kegatalan badan atau masalah Miss V. |
| Waktu Penggunaan | Bila-bila masa mengikut keperluan perlindungan diri. | Waktu terbaik adalah pada waktu senja sebelum Maghrib (sekitar jam 6.00 petang). |


Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah
Panduan ini disusun berdasarkan pengalaman kes yang dikendalikan oleh Ustaz Zul Hilmei selama lebih 10 tahun sejak 2016.
Niat Utama: Matlamat rawatan adalah untuk mengembalikan pesakit kepada Allah, memperbetulkan akidah, dan syariat.
Prosedur Hubungan: Jika anda ingin mendapatkan bantuan, pesakit mesti menghubungi sendiri Ustaz Zul Hilmei (bukan melalui wakil) untuk memastikan komunikasi yang berkesan.
Penafian: Testimoni yang direkodkan melalui WhatsApp adalah benar, namun kesan rawatan mungkin berbeza mengikut keadaan setiap pesakit.



