Pagar Rumah Atau Halau Jin? Mana Dulu?

Nak Halau Jin Atau Pagar Rumah Dulu?

Halau jin tak boleh dilakukan sekelip mata

halau jin

SOALAN :

Assalamualaikum Ustaz yang dihormati,

Saya ada buat khidmat semah rumah baru dan lama cara Islam iaitu membaca Al Baqarah, Azan dan Doa Selamat, selain ini adakah saya perlu buat yang lain-lain?

Pagar rumah atau halau jin?

Ada minta saya pagar rumah tapi setahu pagar rumah ini bila ada gangguan kita halau jin dulu baru pagar bukan nya semuanya mesti kena pagar. Adakah ini benar?

Terima kasih Ustaz.
Khairul dari Singapura.

JAWAPAN :

Tak boleh sekelip mata

Waalaikumussalam.

Gangguan jin di rumah atau sihir rumah tidak boleh dilakukan dengan sekelip mata. Seseorang datang ke rumah, baca ayat lebih kurang, maka jin pun keluar.Ia tidak semudah itu!

Jika boleh dilakukan pun, hanya pada masa Ustaz tu datang sahaja, bila ustaz tu balik, jin itu akan datang semula. Iblis ni dengan Allah pun dia tak nak patuh inikan lagi kita manusia biasa.

Taraf manusia lebih tinggi

Namun kita kena ingat! mengenai taraf manusia sebenarnya lebih tinggi daripada Iblis. Al-Quran merekodkan sejarah bahawa Iblis diarah sujud kepada Nabi Adam A.S. Ini level kita sebenarnya! Penciptaan manusia daripada tanah lebih tinggi darjatnya jika dibandingkan dengan penciptaan jin daripada api!

Proses halau jin

Jin boleh dihalau dengan beberapa proses. Kita perlu mengambil beberapa faktor yang menyebabkan dia tak suka hingga dia merasa benci pada rumah tersebut. Untuk timbulkan rasa benci, seseorang harus berusaha lakukan sesuatu yang jin tak suka selama 100 hari berturut-turut.

100 hari atau 3 bulan dianggap sesuatu yang normal bagi sesiapa nak lakukan perubahan. Mereka yang ambil supplement di farmasi pun memerlukan 3 bulan untuk lihat perubahan dengan syarat, konsisten dengan peraturan yang ditetapkan.

Halau jin terlebih dahulu

Salah satu caranya ialah dengan mewangikan rumah dengan wangian Bukhoor Premium atau Bukhoor Samurai. Namun demikian, jika anda bergantung semata-mata dengan Bukhoor dengan meminggirkan pergantungan kepada Allah akan mengurangkan keberkesanannya.

Bagi saya, menghalau jin di dalam rumah perlu didahulukan sebelum anda memagar rumah anda.

1. Bukhoor Premium

2. Bukhoor Samurai

Bukhoor Samurai

Walahhu A’lam
Sekian, salam hormat dari saya.

ustaz zul, about me

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

Founder Bidara Specialist

Anda Mungkin Juga Berminat

mimpi pocong, badan gatal-gatal
Jenis Masalah

Mimpi Pocong, Badan Gatal-gatal?

Mimpi Pocong, Badan Gatal-gatal? Seorang pesakit mengadu sering mengalami mimpi pocong di mana pocong itu mengejarnya.  Tidak hanya sekadar mimpi biasa, mimpi pocong ini sering

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *