Awas! tukang sihir mengaku perawat! Lihat 16 tanda ini!

Tukang Sihir atau Perawat Syifak?

8 Ciri Perawat Adalah Tukang Sihir

1) Melakukan Pemujaan Berunsur Sumpah Setia

Tukang sihir biasanya akan memasuki satu bilik yang gelap gelita. Di situ penyihir akan mula menyalakan bara api di dalam satu bekas, seterusnya ditaburkan sejenis kemenyan di atasnya. 

Sekiranya mahu mencerai-beraikan seseorang atau menanam rasa benci, perkelahian dan seumpamanya, maka dia akan menaburkan sejenis kemenyan yang sangat busuk baunya. 

Tetapi jika ingin menanamkan rasa rindu dendam seseorang, mengunci seks lelaki atau melawan sihir di satu pihak yang lain, maka ditaburkan sejenis bahan yang wangi serta harum baunya (seperti setanggi).

Kemudian, penyihir tersebut akan mula membaca mantera-mantera syirik yang mengandungi ucapan-ucapan pemujaan tentang kemuliaan serta keagungan jin.

Ini ditambah lagi dengan beberapa sebutan berupa permohonan bantuan melalui perantara para pemimpin  jin tadi dengan tidak lupa menyebut keagungan dan kebesaran mereka. 

Syarat utama sebelum membaca mantera ialah hendaklah keadaannya bukan di dalam bersuci, masih berjunub, berpakaian dengan pakaian yang dilumuri najis dan seumpamanya.

cara nak tahu siapa sihir

Tukang sihir akan memilih binatang-binatang yang mempunyai beberapa sifat-sifat tertentu sebagaimana kemahuan jin itu tadi untuk dijadikan bahan korban. Semasa disembelih disyaratkan tidak menggunakan nama Allah.

Kebiasaannya mereka akan memilih binatang korban yang berwarna hitam kerana warna tersebut sangat dimuliakan oleh golongan jin.

Binatang tersebut seterusnya akan disembelih tanpa meneyebut nama Allah. Kadang-kadang darah binatang yang telah disembelih itu akan dicalit-calitkan pada batang tubuh si pesakit. 

Daging selebihnya pula akan ditempatkan di beberapa tempat tertentu yang strategik seperti dalam rumah usang, telaga-telaga buruk atau tempat yang menggerunkan.

pulangkan sihir, cara membatalkan sihir pengasih

3 ) Menghina Al-Quran

Cara ini sangat masyhur di kalangan tukang-tukang sihir. Secara ringkasnya penyihir akan menjadikan al-Quran sebagai selipar iaitu dengan mengikat mashaf al-Quran tersebut di bawah kedua-dua tapak kakinya. 

Selepas itu, dia akan memasuki tandas dan kemudiannya akan membaca mantera-mantera kufur yang tertentu. 

Apabila keluar dia akan segera masuk ke bilik khas dan disitulah dia akan menyuruh jinnya menjayakan apa-apa sahaja yang diperintahkan.

Namun demikian, pesakit tidak dapat melihat ayat-ayat al-Quran yang dipijak disebabkan dibungkus dengan kain.

4) Menggunakan najis atau bahan-bahan yang kotor

Menggunakan bahan-bahan najis seperti darah haid atau sebarang najis lain untuk dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat al-Quran. 

Sesudah itu tukang sihir akan membaca mantera-mantera syirik bertujuan memanggil jin atau khadamnya. Akhirnya khadamnya itu akan datang dan ketika itulah si penyihir tersebut menyuruh khadamnya melakukan apa sahaja yang dihajati.

bukhoor premium

5) Memesongkan penulisan Al-Quran

Menulis ayat-ayat dari surah surah al-Quran dengan huruf yang terputus-terputus secara tunggang langgang. 

Huruf atau kalimat akhir di letakkan di hadapan manakal yang hadapan diakhirkan. 

Dia akan membaca mantera-mantera syirik bertujuan memanggil jin atau khadamnya.

6) Menilik perjalanan bintang

Menilik atau memerhati kemunculan bintang-bintang tertentu dan untuk mempercepatkan proses, tukang sihir akan membaca bacaan-bacaan sihir. 

Dalam keadaan demikian dia mula mengerak-gerakkan batang tubuh bertujuan kononnya mahu meresapkan roh bintang tersebut ke dalam dirinya. 

Amalan tersebut merupakan salah satu bentuk pengabdian diri kepada makhluk iaitu bintang tersebut dan bukan kepada Allah.

7) Penggunaan tapak tangan

Menggunakan kanak-kanak kecil yang masih belum baligh sebagai perantara. Sebelum menjalankan kegiatan sihir,  tukang sihir tersebut memastikan agar kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan tidak berwuduk. 

Seterusnya dia akan mengambil tapak tangan kiri kanak-kanak tersebut lalu dilukiskan ke atasnya sebuah gambarajah berbentuk empat segi. Di setiap penjuru akan ditulis perkataan-perkataan mantera syirik yang tertentu dan dia akan menulis beberapa mantera lain di atas kertas yang panjang secara terpisah. 

Kertas itu pula akan diletakkan di atas muka kanak-kanak tadi dan kemudian menggunakan songkok untuk menutup wajah kanak-kanak tersebut agar kertas itu tidak melayang.

Setelah itu seluruh tubuh kanak-kanak tadi akan ditutup dengan kain. Tukang sihir akan mula membaca jampinya dan dengan tiba-tiba kanak-kanak tersebut akan merasakan seolah-olah suasana gelap bertukar terang dan berupaya melihat rupa/entiti yang bergerak-gerak di atas tapak tangannya. 

Tukang sihir tersebut akan memerintahkan kanak-kanak tersebut  untuk berkata kepada makhluk tersebut  melakukan apa yang dikehendakinya. Kebiasaannya cara ini bertujuan untuk mencari sesuatu barang yang telah hilang.

sihir pemisah, mimpi bersetubuh

8) Penggunaan benda yang pernah dipakai pesakit

Ini adalah cara terakhir yang digunakan oleh tukang sihir. Tukang sihir akan meminta dari pesakit apa-apa benda yang pernah dipakai dan digunakan oleh pesakit. 

Contohnya seperti sapu tangan, serban, baju atau apa-apa sahaja teruatama sekali yang mempunyai bau peluh pesakit.

Cara mengenali tukang sihir

8 ciri tambahan yang perlu diperhatikan untuk mengenali tukang sihir

Sekiranya terdapat beberapa tanda seperti dibawah, maka tidak syak lagi bahawa seseorang itu adalah tukang sihir.

    1. Adanya tulisan dan bacaan mantera jampi yang tidak difahami.
    2. Memberikan kepada pesakit bungkusan yang mengandungi di dalamnya gambarajah empat segi, siap tertulis padanya huruf-huruf atau nombor-nombor tertentu.
    3. Menyuruh pesakit mengasingkan diri dari orang ramai beberapa hari tertentu di dalam satu bilik khas yang tidak ditembusi cahaya matahari. Perbuatan ini lebih di kenali hari ini sebagai bertapa.
    4. Kadang-kadang menyuruh pesakit tidak menyentuh air pada waktu-waktu tertentu.  Panjang masa itu kebiasaannya selama empat puluh hari. Ini adalah tanda bahawa jin yang memberi khidmat kepada si tukang sihir merupakan jin beragama kristian.
    5. Memberikan pesakit sesuatu yang kemudiannya perlu ditimbus di dalam tanah.
    6. Memberikan pesakit beberapa helaian kertas, seterusnya kertas tersebut dibakar dan diasapkan(seperti mengasap kemenyan).
    7. Membebel-bebel dan berkata dengan bahasa -bahasa yang tidak difahami.
    8. Kadang-kadang  tukang sihir terlebih dahulu tahu sebab-sebab kedatangannya dan mampu pula memberitahu si pesakit namanya, nama negerinya serta beberapa permasalahan yang dihadapi dan kedatangan menemui beliau adalah disebabkan hal yang telah disebut tadi.

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya“Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh ia telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Hadis Riwayat Ahmad

ustaz zul, about me
Wallahu A’lam
Sekian, salam hormat dari saya.
 
Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist

Anda Mungkin Juga Berminat

gel-bidara
Keterangan Produk

Gel Bidara Atasi Sihir

Jangan Guna Gel Bidara Sebelum Anda Tahu 3 Bahan Penting ini Fungsi Gel Bidara Hijau Panduan Guna Gel Bidara Hijau Gel Bidara & 3 Bahan

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *