Boleh Ke Makan Daging Nazar ?

Di bawah terdapat penerangan dalam perlaksanaan & hukum tentang daging nazar.

daging nazar

SOALAN :

Kalau sembuh mak saya nak buat kenduri

Assalamualaikum ustaz selamat malam.

Saya nak tanya. Mak saya sakit, dia bernazar kalau sakitnya dah sembuh, dia nk buat kenduri sekor daging kambing. Apa hukumnya kalau mak tidak laksanakan?

Kalau kambing yang di nazar mak tadi, boleh ke makan daging nazar tersebut?

Samurai Perfume,Samurai Perfume Bidara Specialist untuk ketenangan suasana rumah dan kestabilan emosi pesakit
ustaz zulhilmei, bidara specialist

Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah

JAWAPAN :

Waalaikumussalam. Maaf ya saya lewat jawab sebab cuti Aidil Adha. Saya perlukan masa yang sesuai untuk jawab dengan tenang.

Firman Allah & Sabda Rasulullah tentang 'bernazar'

Bila bernazar, wajib dilakukan seperti mana yang ia nazarkan. Nazar wajib ditunaikan apabila cukup syarat-syaratnya.

Firman Allah SWT:

وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ

Maksudnya: “…hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya.”
Surah al-Hajj (29)

Sabda Nabi Muhammad SAW:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah SWT, maka hendaklah dia menyempurnakannya.”
Sahih al-Bukhari (6696)

Sekadar dari lintasan hati atau di lafazkan?

Tanya kepada ibu, dia bernazar sekadar lintasan di dalam hati atau dilafazkan? Nazar hanya diambil kira dan wajib ditunaikan sekiranya ia dilafazkan dengan lisan. Adapun jika sekadar niat atau lintasan dalam hati, maka ia tidak dikira sebagai nazar.

Jika telah dilafazkan, tapi tidak melakukan, ia masih tergantung hukum wajib kepadanya selama ia tidak mengerjakannya. Maka jika ia niat meninggalkan ia dikira berdosa.

 
gel bidara feminine,gel feminine

Boleh ke makan daging nazar?

Bila bernazar, daging kambing yang dinazarkan tidak boleh dimakan oleh ahli keluarga. Saya cadangkan, agar buat kenduri di tempat yang lain dan berasingan di tempat kediaman.

Wallahu A’lam

Sekian, salam hormat dari saya,

Anda Mungkin Juga Berminat

doa elak fikir negatif
Doa & Wirid

Doa Elak Fikir Negatif

Doa Elak Fikir Negatif – Ayat 15 Surah al-Ahqaf Pernah tak kita rasa fikiran asyik negatif? Baru bangun tidur, dah fikir macam-macam. Risau tentang masa

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jawab soalan ini:Captcha


Nak order di shopee?

Close Welcome Bar