16 Tanda Gangguan Jin Dalam Rumah Punca Kenapa Tak Pernah Sembuh

Tanda gangguan jin di rumah, ialah keluar penyakit macam-macam

Gangguan jin di rumah menjadi penyebab utama kenapa pesakit sukar sembuh setelah jalani rawatan

tanda gangguan jin

SOALAN :

Isteri sakit : Penglihatan terjejas teruk

Assalamualaikum, ustaz.

Isteri saya selalu sakit kepala, tengkok dan bahu. Bila bangun selalu pening nak pitam. Dalam tiga bulan lepas, penglihatan isteri saya jadi tidak nampak langsung. Hanya nampak hitam. Badan sentiasa rasa terlalu lemah sehingga nak bangun untuk duduk pun tidak boleh. Bila pergi berubat hilang sakit kepala tapi balik rumah jadi balik. Bagaimana untuk mengubati masalah mata isteri saya ustaz ?

JAWAPAN :

Semak sejarah diri & rumah

Waalaikumussalam. Maaf sebab lambat jawab mengenai ciri rumah jadi tempat tinggal jin.

Apa yang dialami oleh isteri tuan adalah disebabkan terdapat tanda gangguan jin di rumah itu. Gangguan tu ada banyak faktor. Untuk menentukan puncanya kena semak sejarah diri isteri dan juga sejarah rumah tersebut. Kena tahu ciri rumah ada gangguan jin dan tanda-tanda makhluk halus ada di dalam.

Tanda ada saka dalam rumah

Rumah yang memiliki tanda gangguan jin, ia juga memiliki tanda ada saka dalam rumah. Adakah tuan ada menyimpan barang-barang lama orang-orang terdahulu seperti keris, tombak, pedang, lembing, pinggan mangkuk atau pun sebagainya. 

Kewujudan barang-barang lama ini juga jadi penyebab dan faktor mengapa ada gangguan jin di dalam rumah.

Tanda gangguan jin di rumah pada pesakit

Jika isteri kerap mimpi baby, rumah-rumah lama, halaman lama, mimpi saudara-mara yang telah meninggal dunia,mimpi terjun dari tempat yang tinggi, mimpi harimau atau binatang buas, tekanan darah sentiasa rendah, ada kesan lebam-lebam pada badan, ini tanda terdapat gangguan saka pada isteri.

Jika dia kerap mimpi ular, anjing liar, atau binatang berbisa ini tanda-tanda terkena sihir.

Ada juga pesakit yang mengalami gangguan saka dan sihir sekaligus. Jika nak jalani rawatan, perlu lakukan rawatan terhadap gangguan yang paling kritikal, diikuti dengan gangguan yang lain.

Rumah ada jin punca keluar penyakit macam-macam

Penyakit yang sering menimpa penghuni yang memiliki tanda gangguan jin, ialah sering merasa penat dan letih bila sampai di rumah.

Pesakit kerap mengalami masalah pinggang, sendi-sendi, belikat belakang dan kadang-kadang mengalami masalah sesak nafas tanpa sebab terutamanya bila menjelang tengah malam atau pun senja.

Tanda-tanda yang lain :

Kenal pasti sejarah rumah

Manakala sejarah rumah yang kita duduk pula, jika ia rumah sewa yang telah ditinggal lama lebih dari 40 hari, ada potensi terdapat gangguan jin di rumah tersebut. Sudah pasti jika lebih dari 40 hari, lebih banyak gangguan jin ada di situ.

Jika rumah tersebut adalah rumah pusaka, dan ada sejarah keturunan yang berasal dari pendekar, ahli silat, bidan, bomoh atau dukun, maka rumah itu sebenarnya mewarisi semua saka yang ada pada keturunan tersebut. Ia akan ganggu semua orang, sama ada yang ada kaitan dengan keturunan atau tidak.

Produk yang disyorkan :

Anda boleh pilih mengikut masalah yang anda hadapi. 

Namun penggunaan Bukhoor Premium adalah paling wajib anda gunakan sebagai bahan asas dan paling penting.

Setelah ambil Bukhoor Premium, anda boleh pilih mana-mana produk yang lain sebagai tambahan, mengikut masalah yang anda hadapi.

1. Bukhoor Premium

Bukhoor Premium merupakan bahan asas yang paling penting untuk anda bersihkan rumah anda daripada gangguan jin dalam rumah.

Kita boleh gunakan Bukhoor Premium sebagai wangian yang telah disyifakkan serta dirumus khas sebagai wangain yang paling dibenci oleh iblis.

 

Bukhoor Premium

2. Minyak Bidara Premium

Minyak Bidara Premium digunakan untuk sapu bahagian sendi-sendi tubuh yang merasa bisa di dalam rumah.

Mungkin anda dah mencuba pelbagai cara, untuk hilangkan sakit sendi, tapi tidak berkurangan? Ini disebabkan masalah yang anda hadapi bukan masalah biasa, tetapi mengalami masalah adanya tanda gangguan jin dalam diri dan tubuh anda.

Saya ada menulis 2 artikel mengenai sakit pinggang :

Tiba-tiba Sakit Pinggang Belakang Bila Di Rumah? klik di sini

Sakit Pinggang Sebab Sihir Atau Sebab Biasa? Klik di sini

 

3. Raja Gel Bidara

Raja Gel Bidara digunakan sebagai bahan mandian untuk mengatasi tanda gangguan jin dalam tubuh anda. 

Selain penggunaan Bukhoor Premium, anda perlu juga menggunakan Raja Gel Bidara untuk diri anda sendiri. Lakukan mandian setiap hari. Tempoh yang paling baik ialah 100 hari

Raja Gel Bidara

4. Gel Feminine - Masalah Suami Isteri

gel feminine baru

Jika gangguan jin dalam rumah hingga menyebabkan hubungan suami isteri jadi keruh atau tengang, anda disyorkan untuk lakukan mandian dengan Gel Bidara Feminine.

Gel Bidara Feminine boleh digunakan sebagai bahan pelincir ketika “bersama” suami dan isteri.

Untuk mendapatkan cara penggunaan yang lengkap, anda hanya perlu tekan butang Whatsapp di bawah. Anda akan terima link yang mendetailkan cara guna

Sekian, salam hormat dari saya,

ustaz zul, about me

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

Founder Bidara Specialist

Artikel ini disediakan bagi mereka yang mencari maklumat mengenai :  gangguan jin di rumah, tanda gangguan jin, tanda ada jin dalam rumah, tanda rumah diganggu jin, tanda ada jin dalam tubuh

Anda Mungkin Juga Berminat

mimpi pocong, badan gatal-gatal
Jenis Masalah

Mimpi Pocong, Badan Gatal-gatal?

Mimpi Pocong, Badan Gatal-gatal? Seorang pesakit mengadu sering mengalami mimpi pocong di mana pocong itu mengejarnya.  Tidak hanya sekadar mimpi biasa, mimpi pocong ini sering

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *