Anda hanya rasa sakit pinggang belakang bila di rumah?

7 Gangguan Jin Di Rumah Punca Sakit Pinggang Belakang
1) Makanan & nasi cepat basi
Makanan cepat basi merupakan salah satu tanda terdapatnya gangguan jin di dalam rumah. Adalah satu yang menghairankan bila anda masak nasi waktu malam, esok pagi dah basi. Ini tidak normal!
Tanda ini juga merupakan faktor mengapa anda sakit pinggang belakang bila berada di dalam rumah.
Bila dalam rumah ada gangguan sihir, maka satu perkara yang beriringan dengan sihir, ialah sakit pinggang belakang. Ini aduan yang sering saya terima
Jika tidak sakit pinggang, mungkin anda akan gatal-gatal badan tanpa sebab.
2) Bumbung & syiling berbunyi bila 12.00 tengah malam
Bumbung yang berbunyi seperti diketuk atau ditabur pasir atau bunyi seperti binatang berkeliaran atau berjalan atas bumbung dan syiling pada tengah malam merupakan tanda-tanda rumah mengalami gangguan jin & sihir.
Dengan syarat, bunyi itu hanya kedengaran bila senja atau tengah malam sahaja. Tanda yang seperti ini merupakan salah satu tanda gangguan yang ada di dalam rumah.
Pada pandangan saya, tanda-tanda yang seperti ini merupakan tanda yang menunjukkan terdapatnya gangguan jin di dalam rumah dan ia merupakan salah satu faktor kenapa anda sakit pinggang belakang tanpa sebab
3) Rasa malas di rumah
Rasa malas berlebihan hanya bila di dalam rumah merupakan tanda-tanda adanya gangguan di dalam rumah. Membiarkan rumah berselerak tanpa dikemas merupakan kesan sampingan dari serpihan sihir yang dikenakan kepada punghuni rumah.
Jika anda rasa selesa dengan rumah yang berselerak, dalam masa yang sama mengalami sakit pinggang belakang, situasi ini akan menambahkan lagi perisa malas itu.
Jika anda dah pergi ke klinik dan dah mengambil pelbagai jenis ubat, namun masalah sakit pinggang belum juga selesai ditambah dengan tanda-tanda ini, maka anda kena ubah untuk rawat diri anda secara syifak.
Maksud secara syifak ialah anda perlu bersihkan diri anda dari gangguan jin agar masalah sakit pinggang anda dapat dikendalikan dengan cara yang betul.
4) Kerap berlakunya pertengkaran dalam rumah
Rumah yang ada gangguan sihir, pasti mengalami masalah pertengkaran yang berpanjangan. Kadang-kadang pertengkaran hanya berpunca dari masalah yang kecil dan simple sahaja.
Sebagai contoh, seorang suami minta kepada isterinya untuk ambilkan “sudu”, tetapi isterinya seakan dengar suaminya suruh untuk ambilkan “senduk” .
Maka isterinya pun berikan “senduk” kepada suaminya. Bila “senduk” sampai ke tangan suami, maka “pelempang” pun sampai ke muka isteri.
Ini merupakan salah satu episod malang dalam rumahtangga. Jika anda berterusan dengan situasi ini, anda semak diri anda, kerap tak sakit pinggang belakang? atau anda juga gatal-gatal seluruh tubuh tapi tak sembuh-sembuh?
Jika ya! maka sakit pinggang anda ada kaitan dengan gangguan jin atau sihir.
5) Rumah dilihat suram & menakutkan
Rumah yang ada gangguan sihir dan jin akan kelihatan suram dan menyeramkan. Tidak ceria dan rasa kelam sahaja. Bagi menguatkan rasa suram ini, anda akan kerap mimpi najis, tandas atau tempat-tempat yang kotor.
Suasana suram diterjemah dengan tempat yang kotor dalam mimpi
6) Malam Tak boleh Tidur
Rumah yang mengalami masalah gangguan akan menyebabkan penghuninya sukar tidur malam. Sering berfikir, merawang terhadap urusan yang akan dilakukan esok.
Walhal diri perlu rehat dan keletihan, tapi masih berfikir mengenai kerja esok. Anda bukan sengaja nak berfikir tapi dipaksa untuk berfikir. Jin tidak akan berhenti setakat itu, bahkan menambah perisa agar anda mengalami sakit pinggang belakang.
Anda boleh perhatikan sama ada apa yang saya nyatakan ini berlaku pada diri anda? Kadang-kadang alasan ini memeang tak masuk akal, tapi inilah pengalaman saya dengan pesakit saya.
Pesakit akan berfikir bahawa malam tak boleh tidur itulah punca kenapa badan dia bisa-bisa dan sakit pinggang belakang. Walhal sebenarnya rumahnya yang menyebabkan dia jadi macam tu.
7) Terasa ada yang memerhati
Rumah yang ada gangguan jin akan menyebabkan penghuninya terasa ada sesuatu yang memerhatikannya. Ia sering dibayangi oleh bayangan makhluk di dalam rumahnya.
Tanpa ia sedar, penghuni rumah tersebut kerap mengalami masalah sakit pinggang belakang. Cuba semak diri anda akan masalah ini.
8) Sentiasa berfikir negatif, rezeki sering terhalang
Salah satu tanda seseorang terkena gangguan jin dan sihir adalah berfikir negatif. Tiada minda positif.
Orang sekeliling juga tidak selesa dengan pesakit sihir, Anda juga sering rasa terpinggir.
Rezeki dan usaha sering terhalang ditambah pula sakit dan bisa-bisa seluruh sendi lagi akan menambahkan stress dalam hidup
Rawatan Sakit Pinggang Sebab Gangguan Jin Di Rumah

Cara Guna

Doa Semasa Bakar Bukhoor
Minyak Premium Untuk Sakit Pinggang Belakang

Cara Guna

Doa Semasa Sapu
Testimonial

Five Star! Dah 440 X 2 Botol terjual!

Produk Berkesan!

Dapat tidur malam, sakit-sakit berkurangan

Penghantaran Yang Cepat!

Complete package : Cara guna yang jelas, ada video, ada support group Telegram

Sangat puashati!

Cara bungkus yang bagus!

Lebih power banding yang lain!

Dah banyak kali repeat

Trusted Saller!

Baunya wangi!


Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist
Artikel berkaitan:

Minyak Angin Bidara Premium
Minyak Angin Bidara Premium Cara Guna Minyak Angin Premium Biasanya selepas mandi mandian bidara, badan akan terasa letih, bisa-bisa dan penat. Atau terasa bahang kepanasan.

Badan Terasa Berat dan Malas di Rumah Ada Kaitan Jin?
Badan Terasa Berat, Sering Sakit & Malas Ketika Di Rumah Badan terasa berat serta bermacam masalah dialami bila di rumah sendiri. Apakah kaitan antara badan

Rasa Terpinggir Di Tempat Kerja? Rupanya Ada Gangguan Jin?
Kerap Rasa Terpinggir Di Pejabat? Ini Punca & Solusinya Masalah kerap terpinggir boleh disebabkan oleh gangguan. Teruskan bacaan. SOALAN : Terpinggir macam dah tak wujud

Rasa Terpinggir Bila Berada Dengan Orang Sebab Sihir?
Rasa Terpinggir Boleh Berlaku Disebabkan Sihir dan Saka? Pengadu yang menghadapi masalah sering rasa terpinggir dengan orang di sekelilingnya. SOALAN : Kawan-kawan dah tak mesra

Minyak Angin Bidara Premium-Cara Hilangkan Sakit Pinggang
Cara Hilangkan Sakit Pinggang Bagi Pesakit Sihir & Santau 5/5 Waktu Sakit Sebab Gangguan Jin Adakah anda sedar, anda akan tiba-tiba rasa letih dan

5 Doa Murah Rezeki & Rawatan Bagi Pesakit Sihir & Saka
5 Doa Murah Rezeki & Cara Rawatan Bagi Pesakit Sihir & Saka 5/5 Manusia Akan Murah Rezeki Bila Sangka Baik Pada Allah Buruk sangka