Badan Sakit dan Gelisah Bila Tiba Waktu Senja?
3 Waktu Jin dan Syaitan Lebih Aktif
Ramai antara kita mungkin pernah mengalami gangguan aneh yang sukar dijelaskan, terutama pada waktu-waktu tertentu.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tiga waktu utama di mana jin dan syaitan lebih aktif mengganggu manusia, serta panduan perlindungan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui amalan membaca ayat-ayat tertentu dari Al-Quran.
1. Waktu Maghrib hingga Tengah Malam
Waktu Maghrib hingga tengah malam merupakan tempoh yang kritikal, di mana aktiviti jin dan syaitan dikatakan lebih aktif.
Pada waktu ini, banyak laporan mengenai simptom seperti:
- Demam sejuk dan badan menggigil
- Rasa sayu atau sedih tanpa sebab yang jelas
- Gelisah dan tidak tenang
- Kesukaran untuk tidur
Menurut ajaran Rasulullah s.a.w., Iblis dan jin mula bertebaran selepas waktu Maghrib untuk mengganggu manusia.
Oleh itu, adalah disarankan untuk menjaga anak-anak di dalam rumah pada waktu Maghrib, seperti yang dinasihatkan dalam hadis:
“Apabila malam tiba (waktu Maghrib), tahanlah anak-anak kamu (daripada keluar) kerana pada waktu itu syaitan sedang bertebaran.”
2. Waktu Tengah Malam hingga Subuh
Semakin larut malam, semakin aktif kejahatan makhluk halus. Pada waktu ini, aktiviti sihir sering dilakukan, dan jin lebih mudah menghantar gangguan kepada manusia. Tanda-tanda gangguan pada waktu ini termasuk:
- Rasa gelisah dan sukar tidur
- Fikiran yang tidak tenang, sering berfikir secara berlebihan
- Ketakutan tanpa sebab yang jelas
Surah Al-Falaq mengajar kita untuk memohon perlindungan daripada Allah daripada kejahatan yang berlaku pada waktu malam:
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3)
Qul a’uzu birabbil-falaq. Min sharri ma khalaq. Wa min sharri ghaasiqin iza waqab.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai waktu subuh, daripada kejahatan makhluk ciptaan-Nya, dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap-gelita.”
(Surah Al-Falaq, Ayat 1-3)
3. Perlindungan Selepas Azan Subuh
Selepas azan subuh, terdapat perubahan dalam suasana spiritual.
Pada waktu ini, Allah tidak lagi mengizinkan gangguan jin dan sihir untuk terus berlaku.
Sebab itulah, ramai yang mengalami simptom gangguan merasa lega selepas azan Subuh dan mula rasa mengantuk.
Dalam Surah Al-Falaq, Allah mengajar kita untuk memohon perlindungan daripada Allah yang “memecahkan waktu subuh”:
وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5)
Wa min sharri-naffaathati fil-‘uqad. Wa min sharri haasidin iza hasad.
“Dan daripada kejahatan tukang sihir yang meniup pada simpulan-simpulan (tali), dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia mendengki.”
(Surah Al-Falaq, Ayat 4-5)
Panduan untuk Menghadapi Gangguan Makhluk Halus
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diamalkan sebagai perlindungan daripada gangguan makhluk halus:
Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali), Al-Falaq (1kali) dan Surah An-Naas(1kali) sebelum tidur. Kedua-dua surah ini merupakan amalan perlindungan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengelakkan gangguan makhluk halus.
Elakkan keluar rumah pada waktu Maghrib, terutama untuk kanak-kanak. Pastikan pintu dan tingkap ditutup pada waktu ini.
Baca doa perlindungan setiap pagi dan petang:
- أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
- A’uzu bikalimatillahit-taammaati min sharri ma khalaq.
- “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk yang diciptakan.”
Amalkan zikir pagi dan petang, serta jangan lupa membaca Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah, Ayat 255) kerana ia merupakan perlindungan yang sangat kuat.
Kesimpulan
Menghadapi gangguan makhluk halus memerlukan kesabaran dan amalan perlindungan yang berterusan.
Dalam Islam, kita diajar untuk memohon perlindungan daripada Allah pada waktu-waktu yang kritikal ini.
Semoga artikel ini dapat menjadi panduan berguna untuk menghadapi gangguan makhluk halus, dan semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan Allah s.w.t.
“Dan Allah jualah yang sebaik-baik Pelindung, dan Dialah juga yang Maha Mengasihani daripada segala yang mengasihani.” (Surah Yusuf, Ayat 64)
Ikhtiar Rawatan
Set Rawat Diri Sendiri & Rumah (Step 2)
RM200.00
Cara Guna Set Cara Merawat Sihir Diri Sendiri & Rumah
Set ini mengandungi 3 item penting.
1. Cara Merawat Sihir Diri Sendiri Dengan Raja Gel Bidara
Cara Guna Raja Gel Bidara
- Cara merawat sihir diri sendiri, gunakan Raja Gel Bidara seperti guna sabun mandi
- Lakukan sebanyak 2 kali mandi setiap hari.
- Waktu pertama ialah waktu Subuh (selepas azan Subuh sebelum terbit matahari)
- Waktu kedua ialah waktu senja sebelum azan Maghrib
- Mandian mestilah dilakukan setiap hari
- Boleh gunakan sebagai syampoo, mandian & feminine wash bagi wanita. Tunggu 3 minit baru bilas dengan air bersih
- Namun tiada halangan untuk lakukan mandian pada waktu yang lain
- Mengawal emosi marah dan sedih merupakan perkara wajib bagi memenuhi syarat dan cara merawat sihir diri sendiri,
2. ara Merawat Sihir Diri Sendiri Dengan 7 Telaga Wangian Raudhah
7 Telaga Wangian Raudhah boleh digunakan sebagai cara merawat sihir diri sendiri
1. Lakukan Mandian
- Cara merawat sihir diri sendiri, wajib lakukan mandian
- 7 Telaga Wangian Raudhah dititis pada baldi sederhana besar, dicampur dengan ais (air batu) setiap hari, selepas mandi dan bilas menggunakan gel mandian bidara. Bila telah siram dengan mandian 7 Telaga Wangian Raudhah + air batu, jangan dilap dan biarkan ia kering sendiri.
- Cara siraman ialah dengan mula daripada kepala. Pastikan air yang telah sampai di kepala, mestilah sampai ke seluruh tubuh dengan sekali siraman dan tidak digalakkan menggunakan gayung, terus siram guna baldi.
- Sehari hanya mandi sekali sahaja, sama ada pagi atau petang. Jika hari pertama mula pada waktu petang, maka pada hari-hari berikutnya juga pada waktu petang. Jika bermula pada waktu pagi, maka hari-hari yang berikutnya juga mesti bermula pada waktu pagi.
- Jika anda masalah tidur maka 7 Telaga Wangian Raudhah ini akan memperbaiki masalah tersebut.
- Produk ini telah disyifakkan dengan bacaan syifak al-Quran. Saya akan ubah kandungan produk ini setiap 1 atau 2 bulan sekali, bergantung kepada feedback yang diberikan oleh pesakit kepada saya. Ini bagi memastikan kualiti yang terbaik.
Video menjelaskan cara mandian 7 Telaga Wangian Raudhah
2. Cara Merawat Sihir Diri Sendiri Bagi Anak Degil Tak Dengar Kata
- Anak bawah 12 tahun ke bawah masih boleh ditangani guna cara mandian ini
- Cara mandian adalah sama seperti di atas
- Jika 12 tahun ke atas atau sudah dewasa, kaedah yang paling sesuai ialah guna Bidara Drop n Drink. Klik di sini
- Tanda anak ada aura negatif yang kuat, anda akan cepat naik angin bila ditanya oleh anak sebarang soalan.Walhal soalan yang ditanya adalah soalan biasa.
- Anda akan mudah menghina anak sendiri walhal apa yang anda hina tu satu perkara yang tak pernah terlintas dalam fikiran
3. Wujudkan Aura Positif Sebagai cara merawat sihir diri sendiri
- Cara merawat sihir diri sendiri, mengekalkan aura positif sangat penting disebabkan cabaran gangguan emosi berlaku setiap saat. 7 Telaga Raudhah bantu anda hadapi cabaran besar ini.
- Kaedah ini boleh dilakukan dengan meletakkan botol 7 Telaga Raudhah pada jantung di dada kiri
- Bila tiba 12.00 tghari dan waktu senja (6.00 petang) anda perlu banyakkan selawat pada Rasulullah S.A.W
- Untuk kesan yang maksimum, mandian 7 Telaga Raudhah & ais juga perlu dilakukan seperti panduan video di atas. Lakukan ulangan setiap minggu 3 hari berturut-turut
- Kawal emosi sedih dan marah sepanjang guna produk jika anda mahu guna cara merawat sihir diri sendiri
4. Menyebarkan Aura Rezeki di Kedai & Rumah Yang Suram
- Cara merawat sihir diri sendiri, gunakan Mesin "Air Humidifiers" di rumah atau di kedai yang ada masalah gangguan jin
- Pasang pada waktu serangan sihir akan berlaku pada 12.00 tengahari, Senja (6,00 petang) dan 12.00 tengah malam hingga subuh
- Tempoh yang paling baik ialah 100 hari ke atas. Dalam pengalaman saya 100 hari adalah waktu yang paling baik untuk bersihkan rumah & kedai yang mempunyai gangguan makhluk halus
3. Bukhoor Premium
Bukhoor Premium boleh digunakan mengikut keadaan pesakit:
1. Untuk rumah kediaman
- Cara merawat sihir diri sendiri, azankan rumah sebelum bakar arang atas tungku dapur sebanyak sekali
- Letak arang pada tungku dapur dan bakar hingga jadi bara
- Letak bara pada tempat yang boleh tahan panas
- Tabur Bukhoor Premium pada bara hingga keluar asap
- Bawa bekas arang yang telah ditabur Bukhoor Premium ke seluruh rumah / kedai hingga berbau wangi di setiap bilik, ruang tamu & tandas
- Pastikan semasa asapkan, seluruh pintu dan tingkap ditutup bagi memastikan wangian tersebut tidak keluar.
2. Untuk kedai / Kedai
- Untuk masalah kedai, anda boleh asapkan kedai setengah jam/ 1 jam sebelum buka kedai.
- Boleh asapkan sekali lagi bila anda dah tutup kedai.
- Jika nak asapkan masa buka kedai pun boleh. Lakukan setiap hari.
Jika diri anda terkena sihir atau gangguan jin, boleh gunakan kaedah bertangas seperti di bawah:
3. Untuk diri & bertangas
- Cara merawat sihir diri sendiri, anda dikehendaki pakai kain pelakat atau kain batik atau apa-apa jenis kain
- Letak arang pada tungku dapur dan bakar hingga jadi bara
- Tabur Bukhoor Premium pada bara hingga keluar asap
- Letakkan bukhoor di bawah kain dan asapkan diri daripada bawah dengan memakai kain..Pastikan asap berada dlm kain dan biarkan ia meresap ke atas hingga ke tubuh badan. Inilah tujuan kenapa perlu memakai kain
- Kain yang digunakan hendaklah dipakai sepanjang malam. Anda boleh asapkan diri bila-bila masa jika rasa tak selesa.
Waktu terbaik bakar Bukhoor
- Senja sebelum maghrib (sekitar jam 6.00pm)
Reviews
There are no reviews yet.