Gagal Mengawal Emosi Salah 1 Faktor Kena Gangguan Jin?

Gangguan Berulang Punca Dari Gagal Mengawal Emosi

Gagal mengawal emosi?

gagal mengawal emosi

SOALAN :

Kerap ditindih

Assalamualaikum ustaz. Apa yg perlu dilakukan apabila :

1. Ditindih
2. Suami mengeluarkan bunyian yang pelik tetapi kuat semasa tidur. Dan saya perasan bila itu berlaku, esoknya suami akan jadi pemarah tanpa sebab. Lazimnya dia akan keluar daripada rumah untuk bertenang. Tetapi bila balik semula ke rumah, jadi pemarah semula.

Kami sememangnya berikhtiar berubat tetapi seperti yang ustaz selalu ingatkan, seringkali kami gagal mengawal emosi. Jadi gangguan tu “On Off”.

JAWAPAN :

Kawal emosi meskipun sukar

Waalaikumussalam.

Mengawal emosi merupakan perkara yang paling sukar, Terutamanya wanita. Wanita ada titik kelemahan emosi bila tiba haid. Jika pasangan yang bermasalah, salah satu okay, maka yang satu lagi akan buat hal. Maka memang sukar nak sembuh kalau macam ni.

Sering berperang dengan diri sendiri

Musuh yang paling utama bukanlah jin,bomoh atau tukang sihir. Tetapi musuh kita sebenarnya ialah diri kita sendiri. Kita banyak berperang dengan diri kita sendiri hingga semuanya kecundang.

Gagal mengawal emosi, akalnya hilang!

Apapun keputusan yang anda lakukan ketika marah dan sedih ia akan bawa kehancuran. Dalam islam seorang hakim tidak dibenarkan untuk melakukan penghakiman waktu ia sedih, marah atau lapar. Waktu-waktu ini akan menyebabkan seseorang terkeluar dari neraca keadilan.

Kendalikan emosi dengan baik

Bagaimana mungkin anda nak hadapi kebatilan jin, sihir, propaganda musuh, penipuan jika anda sedang marah dan sedih? Belajar untuk kendalikan kemarahan.. Tarik nafas dalam-dalam dan bacalah selawat.

Sesiapa pun tidak boleh bantu dalam hal ini kecuali diri anda sendiri. Seringkali saya jelaskan mohonlah Rahmat dengan Allah. (Surah Al-Kahf ayat 10).

Jangan gopoh bila berdoa

Jangan tanya berapa banyak anda nak minta RAHMAT Allah. Sebagai hamba Allah kita patut minta dengan Allah setiap hari, setiap masa hinggalah Allah beri pada kita jalan keluar. Jika dah diberikan jalan keluar sekalipun, mohonlah sepanjang hayat kita.

Sabda Rasulullah S.A.W:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُولُ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Doa seseorang PASTI akan diperkenankan! selagi dia tidak gopoh dengan mengatakan, “saya telah berdoa tetapi tidak diperkenankan untuk saya.”

Jangan sesekali putus asa dari Rahmat Allah

Wallahu A’lam

Sekian, Salam hormat dari saya.

Ikhtiar Rawatan

Utrujah Perfume

Nak Kepastian?

carta alir follow up
ustaz zulhilmei, bidara specialist

Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah

Anda Mungkin Juga Berminat

minyak bidara untuk gatal
Jenis Masalah

Minyak Bidara Untuk Gatal

Minyak Bidara Untuk Gatal Adakah Ia Gatal Kulit Biasa Atau Tanda Gangguan? Adakah anda sering mengalami kegatalan kulit yang tidak kunjung sembuh walaupun sudah pelbagai

Read More »
Gatal Merayap Bawah Kulit Seperti Miang Buluh
Jenis Masalah

Gatal Merayap Bawah Kulit?

Gatal Merayap Bawah Kulit Seperti Miang Buluh? Kenapa Bukhoor Samurai Jadi ‘Musuh’ Utama Gangguan Ini?   Gatal merayap di bawah kulit yang terasa pedih seperti

Read More »
gatal waktu malam
Jenis Masalah

Badan Gatal Waktu Malam?

Gatal Waktu Malam : Kenapa Bukhoor Premium Lebih Berkesan Dari Raja Gel dan Scrub Lemon Sejak 2016 hingga 2026, saya dapati gatal yang bermula selepas

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *