Tanda Sihir Sudah Hilang lepas Guna Bidara Specialist
1) Kestabilan Emosi
Emosi merupakan kayu ukur paling penting bagi menentukan adakah anda benar-benar stabil dalam menghadapi masalah gangguan sihir.
Jika anda jalani rawatan, namun masih gagal mengawal emosi, anda berpotensi untuk sakit semula.
Semasa jalani rawatan, emosi jadi tidak stabil adalah perkara biasa. Ini berpunca jin yang ada dalam diri anda memberontak dan marah pada diri anda.
Biasanya ia akan mula stabil dalam masa 3- 7 hari. Jiwa anda akan tenang selepas gunakan Produk Bidara Specialist dengan cara yang betul.
Namun kestabilannya akan turun naik dalam masa 100 hari. Jika anda mampu kawal dalam tempoh ini, inshaAllah potensi anda untuk sembuh sangatlah cerah.
2) Tidak Gopoh
Kegopohan merupakan tanda seseorang itu bertindak dalam kawalan jin. Orang yang berfikir sebelum bertindak adalah orang yang terselamat daripada gangguan jin.
Maksud berfikir ialah mendapatkan informasi yang tepat mengenai sesuatu perkara yang hendak dilakukan. Bertindak melulu tanpa mendapatkan informasi yang jelas atau samar-samar akan membawa seseorang itu jatuh ke dalam gaung yang ia bina sendiri.
Walhal gaung itu tidak ada, tapi dia bina gaung itu, untuk dia terjun ke dalamnya!
3) Tidak Memaki Hamun
Idea memaki hamun datang dari iblis. Tidak kiralah memaki hamun itu hanya di dalam hati sahaja tanpa di luahkan, atau yang diluahkan melalui lidah. Kedua-duanya sama. Tapi yang diluahkan melalui lidah itu lebih teruk jika nak dibandingkan dengan yang ada di dalam hati.
Ini disebabkan ia masih mampu untuk menahan jiwanya dari menuruti kata-kata iblis untuk diluahkan. Namun iblis sentiasa dekat dengan hatinya (jantungnya) untuk membisikkan sesuatu yang buruk.
Maksud idea memaki hamun daripada iblis ialah seseorang itu begitu lancang dan lancar bila berbicara mengenai maki hamun. Seolah-olah dia seperti sebuah radio rakaman yang mengeluarkan kata-kata yang kesat secara auto. Ini dapat dilihat bila pesakit sihir marah.
Bila dah reda dari kemarahan, pesakit tadi akan termenung dan berfikir macamana dia boleh keluar kata-kata yang macam itu? Semuanya berada di luar kawalan! Oleh itu, tanda sihir sudah hilang ialah bila sikap memaki hamun itu hilang.
4) Berkata Yang Baik Terhadap Keluarga Terutama Suami/Isteri
Keluarga merupakan institusi penting dalam komuniti masyarakat. Komuniti yang baik adalah dari keluarga yang baik. Tanda keluarga yang baik ialah menggunakan kata-kata yang baik terhadap suami/isteri dan anak-anak.
Jika anda sebagai suami/isteri/anak-anak masih mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati, ini tanda gangguan sihir masih lagi berlaku dalam diri anda dan keluarga.
Ini asas penting dalam sebuah keluarga. Jika kata-kata yang baik pun gagal dipraktikkan, maka ia akan membawa kepada perpisahan antara keluarga.
Kata-kata yang baik bila mula terbit dari mulut anda, itu tanda sihir sudah hilang inshaAllah
5) Jantung Stabil pada 3 waktu
Tanda sihir sudah hilang juga dapat dilihat pada kestabilan jantung anda. Maksud kestabilan itu ialah anda tidak merasa resah, gelisah, naik angin bila tiba 3 waktu di bawah:
Cuba anda semak pada 3 waktu di atas, adakah jantung anda akan berdebar-debar bila tiba waktu di atas?
Jika YA, itu tanda sihir masih belum hilang
Kesimpulan Tanda Sihir Sudah Hilang
Saya berikan jawapan di atas berdasarkan hasil rawatan yang telah diterima oleh pesakit saya sendiri. Mereka telah jalani kesembuhan hingga ke dalam jiwa mereka.
Anda boleh baca testimonial mereka di sini
Dengan 5 Tanda Sihir Sudah Hilang ini akan dapat bantu anda untuk selesaikan masalah yang anda hadapi,
Pilihan Rawatan
Sekian, salam hormat dari saya,
Ust Zulhilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist
Artikel berkaitan
Terkena Sihir Pemisah Punca Bekas Tunang Tak Nak Berubat
Terkena Sihir Pemisah : Bekas Tunang Terus Jauhkan Diri https://www.youtube.com/watch?v=zoPfr1R7Ofg Terkena sihir pemisah ? Adakah kemungkinan untuk dia balik semula ? SOALAN : Ada ke
Bidara Drop n Drink Atasi Santau & Sihir Pemisah
Rahsia Atasi Santau & Sihir Pemisah Pesakit Tak Mahu Jalani Rawatan? Kenapa Dinamakan Bidara Drop & Drink? Dinamakan Bidara Drop & Drink kerana fungsinya digunakan
Bidara Drop N Drink
Bidara Drop & Drink- Cara Membatalkan Sihir Pemisah https://www.youtube.com/watch?v=xviyVN8PPzA Bidara Drop & Drink boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut keadaan pesakit : 1. Suami/Isteri Yang
Ilmu Pemisah 1 – Teman Lelaki Saya Di Sihir Ibunya Sendiri
Bukan Sekadar Ilmu Pemisah, Ada Gangguan Lain Dihadapinya Kisah di bawah menceritakan mengenai teman lelakinya yang di sihir ilmu pemisah oleh ibunya sendiri. SOALAN :
Saka Pemisah Atau Sihir Pemisah? Kes Mana Satu?
Saka Pemisah Berlaku Bila Langgar Syarat Perjanjian https://www.youtube.com/watch?v=ntxjn_GZBgQ Ramai tidak sedar bahawa bila seseorang itu ada saka pemisah. SOALAN : Punca saka pemisah Assalamualaikum ustaz.
Pening Kepala Lepas Ambil Bidara Drop?
Bidara Drop : Lepas Cuba Sendiri Jadi Pening Kepala? https://www.youtube.com/watch?v=V-dceyk7nWw Seorang pesakit yang alami pening kepala serta pelbagai tindak balas lepas cuba bidara drop. SOALAN