Kenapa Saka Datang Balik Walaupun Dah Berubat Berulang kali?
4 Sebab Kenapa Saka Datang Balik
1) Jin Saka Tidak Dibunuh & Masih Hidup
Mana-mana pesakit saka, jika jalani rawatan, saka yang ganggu pesakit tersebut tidak dibunuh. Ada beberapa sebab kenapa tidak di bunuh.
Saya ada jelaskan dalam artikel yang lain kenapa jin tidak dibunuh.
Ini adalah faktor terbesar disebabkan ia pasti akan ganggu manusia sebab sifat dia akan menjadi musuh kepada manusia.

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
Surah Fathir ayat 6
Maka atas faktor inilah mengapa anda perlu mempersiapkan diri dengan amalan yang telah diberikan oleh perawat. Anda perlu kawal emosi dan lakukan secara istiqamah
Tak Perlu Salahkan Jin!
Menyalahkan jin adalah sama sahaja menyalahkan Allah S.W.T kenapa menjadikan jin. Jin tidak patuh kepada arahan Allah S.A.W untuk sujud kepada Nabi Adam A.S
Level kita sebagai manusia adalah lebih tinggi daripada jin. Jin levelnya rendah disebabkan penciptaan manusia itu sendiri yang mengandungi campuran roh dan tanah.
Roh berasal dari Allah. Maka dengan sebab itu jin diarah sujud kepada Nabi Adam A.S:

Maksud : Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya (manusia), serta Aku tiupkan padanya roh dari (diri) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
Surah al-Hijr ayat 29
Roh Dari Allah Punca Manusia Boleh Lawan Jin Tanpa Perlu Bunuh
Al-Quran sudah merekodkan sejarah bahawa manusia memiliki roh daripada Allah, yang menyebabkan jin perlu tunduk kepada manusia.
Jin macamana pun dia akan tunduk pada manusia, cuma sebelum dia tunduk, dia memang bersikap degil dan sombong.
Kenapa Allah ciptakan JIn Yang Menyusahkan Manusia?
Dengan sebab jin kacau manusia, ia jadi faktor kenapa manusia perlu ingat pada Allah. Tanpa gangguan daripada jin, maka tiada faktor pendesak untuk anda lawan dan mujahadah berjuang dengan mengingati Allah.
Inilah peluang untuk anda dekatkan diri pada Allah dengan memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah S.A.W. Bila manusia sentiasa minta pertolongan pada Allah dan selawat pada Rasulullah S.A.W, maka inilah tugas utama kenapa manusia diciptakan:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah (meminta tolong, meminta bantuan, meminta perlindungan) kepadaKu.
Surah Az-Zariat ayat 56
2) Pesakit Tak Tahu Bahawa Dia Ada Unsur Power Dalam Diri
Faktor ke 2 kenapa saka datang balik adalah disebabkan pesakit tidak tahu di dalam dirinya ada unsur yang sangat power yang Allah anugerahkan hanya kepada manusia.
Unsur inilah yang melayakkan manusia menjadi khalifah atas muka bumi sekaligus mengalahkan kalayakan jin dan juga malaikat!
Faktor ini juga menjadi sebab kenapa pesakit terlalu mengaharap bantuan daripada perawat setiap kali sakit.
Dia tidak sedar, perawat juga merupakan manusia sama sepertinya. Cuma bezanya, perawat mengaktifkan dengan baik unsur roh dirinya dengan Allah hingga boleh menyebabkan jin tunduk kepadanya.
Bidara Specialist Ajar Pesakit Tahu Unsur Power ini
Nak pujuk pesakit untuk buat amalan bukanlah mudah. Pesakit selalunya manja nak minta diberikan nasihat bila berlaku sesuatu pada diri mereka.
Macama ya?, ini maknanya apa ya?, kalau macam ni macamana ya?, saya nak kena buat apa?. Kadang jenuh saya nak jawab soalan. Namun demikian ini tanggungjawab bagi memastikan anda benar-benar sembuh.
Anda boleh ikuti kelas kami bila-bila masa dalam Telegram
Namun saya juga gembira sebab ramai yang dah tahu banyak rahsia unsur power ini, dan banyak dikalangan mereka sudah sembuh sepenuhnya bila melakukan amalan yang telah diberikan dengan baik.
Bukannya banyak hanya buat Selawat Ibrahmiah sahaja
Unsur power itu adalah Roh yang telah ditiupkan pada diri manusia.
3) Tidak mengamalkan Selawat Ibrahimiah

Apa Beza Selawat Ibrahmiah Dengan Selawat Yang Lain?
Selawat Ibrahimiah ni ada mengandungi doa terhadap Rasulullah S.A.W dan ahli keluarga baginda. Bukan itu sahaja, ia turut mendoakan terhadap Nabi Ibrahim A.S dan keluarganya.
Doa yang kita berikan kepada keluarga besar ini akan kembali semula kepada diri kita sendiri dan keluarga kita. Ini disebabkan bila kita mengamalkannya, akan ada malaikat yang mendoakan, “engkau juga akan mendapat bahagian yang sama”
Dalam kes saka, sangat berhajat kepada doa ini. Ini disebabkan segala yang bertalian darah dengan kita yang ada saka, akan turut terlibat jika kita membuat rawatan.
Oleh itu mengamalkan Selawat Ibrahimiah adalah sangat-sangat penting, sangat-sangat dituntut dan jangan ditinggalkan.
Amalkan sepnajang hayat.
Berapa jumlah Selawat Ibrahimiah yang perlu diamalkan?
Setiap pesakit memiliki kemampuan yang berbeza-beza. Ada yang mampu banyak dan ada yang mampu sedikit. Jika anda nak mulakan, jangan mulakan dengan extreme hingga menyebabkan anda terkejut dengan amalan itu.
Mulakan dengan sedikit dulu. Jika dapat lakukan 7 kali lepas subuh dan 7 kali lepas asar pun boleh. Istiqamah dengan amalan ni setiap hari.
Bila anda rasa sakit atau bisa-bisa setelah amalkan selawat ini, itu tanda-tanda yang bagus… teruskan sahaja amalan itu.
Jika nak tambah, anda boleh tambah secara berperingkat. Jika ada masalah semasa jalani amalan, boleh rujuk saya.
4) Emosi Marah & Sedih Punca Kenapa Saka Datang Balik?
Kenapa saka datang balik sebab ikatan yang sangat kuat pada pesakit. Ia masuk membuatkan kita sering rasa sedih dan marah. Ini memang cabaran besar. Bacalah selawat ketika waktu sebegitu terutama bila senja dan tengah malam.
Kes perceraian yang paling banyak ialah yang disebabkan dengan masalah saka jika nak dibandingkan dengan sihir pemisah.
Namun demikian ada juga kes yang lepas daripada saka pemisah ini dengan rahmat dari Allah.
Amalkan Doa Sihir yang pernah saya beri sebelum ini iaitu Surah Al-Kahf ayat 10. Ini disebabkan dalam doa tersebut mengandungi permohonan rahmat dari Allah.
Hanya dengan rahmat Allah sahaja kita boleh selamat dari semua ini.
Sekian, salam hormat dari saya.
Kaedah Rawatan :
Setelah anda mengetahui sebab kenapa saka datang balik, barulah anda gunakan produk Bidara Specialist. Anda perlu mengamalkan sekurang-kurangnya Selawat Ibrahimiah sebelum anda guna Produk Bidara Specialist
Beli Ikut Kemampuan & Berperingkat
1) Raja Gel Bidara

Raja Gel Bidara dirumus khas bagi mengatami masalah saka. Raja Gel Bidara ni lebih tajam, berbanding dengan 2 jenis gel bidara yang lain.
Anda perlu gunakan dengan cara yang betul terutamanya lepas anda ratakan ke seluruh tubuh, anda kena tunggu 3 minit baru bilas. Ini bagi memastikan gel ini meresap ke dalam tubuh sebelum di bilas dengan air bersih
Cara Guna Raja Gel

2) Bukhoor Premium

Bukhoor digunakan bagi menyelesaikan masalah rumah yang didiami oleh pesakit. Gangguan di dalam rumah menjadi faktor utama kenapa saka datang sentiasa datang balik kepada pesakit.
Suasana rumah yang suram merupakan kebiasaan yang sering di alami pesakit. Anda boleh lakukan cara bakar Bukhhor Premium ini bagi menghasilkan wangian yang tidak disukai oleh jin
Cara Guna Bukhoor Premium



3) 7 Telaga Raudhah

Video Cara Guna 7 Telaga Raudhah
4 Lagi Cara Guna 7 Telaga Raudhah




Siapa saya?

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist