KETERANGAN PRODUK

Ilmu Pemisah 1 – Teman Lelaki Saya Di Sihir Ibunya Sendiri

Bukan Sekadar Ilmu Pemisah, Malah Ada Lagi Gangguan Lain Yang Dihadapinya

Kisah di bawah menceritakan mengenai teman lelakinya yang di sihir ilmu pemisah oleh ibunya sendiri.

SOALAN :

Ilmu Pemisah Digunakan

“Salam ustaz. Apa yang perlu saya lakukan. Teman lelaki saya di sihir oleh ibunya sendiri. Guna ilmu pemisah dan penunduk untuk buat anaknya lupakan saya dan ikut segala kehendaknya termasuk berkahwin dengan pilihannya. Sampai teman lelaki saya sudah tidak lagi kenal saya.”

“Macam mana saya nak bantu dia. Sebelum ini dia tahu apa yang terjadi tapi tiba-tiba dia terkena lagi. Tambahan pula ada juga jin yang jatuh cinta dengannya. Apa yang boleh saya buat untuk sembuhkan dia.

Terima kasih.”

JAWAPAN :

Lupakan Sahaja Dia

Sebenarnya kes ibu sihirkan anaknya sendiri memang banyak. Saudari dikira beruntung sebab saudari masih belum berkahwin lagi. Jika sudah berkahwin lagi sulit untuk tangani masalah ini terutamanya bila melibatkan anak-anak serta harta sepencarian.

Nasihat saya yang telah bergelumang dengan dunia rawatan ni, lupakanlah sahaja dia. Ini nasihat saya yang ikhlas. Saudari boleh beli produk saya tapi selagi mak dia degil dengan ilmu hitam dia, selagi itu saudari akan penat dalam hidup ni dan tak akan boleh buat perkara lain kecuali masalah saudari dengan dia sahaja. Walhal banyak lagi tugasan yang boleh kita lakukan.

Pilih keturunan yang baik

Islam mengajar kita untuk mencari pasangan dari keluarga yang baik dan soleh. Mungkin lelaki ini baik, tetapi keluarganya bukan orang yang baik. Selama kita ada hubungan dengan keluarga ini akan ada macam-macam rintangan yang akan kita hadapi.

Mencegah itu lebih baik dari merawat.Bukan lari dari cabaran, tapi carilah cabaran yang lain yang meningkatkan kualiti kita sebagai seorang muslim dan mukmin.

Kes ini berlainan jika pasangan suami isteri, rumahtangga harus dipertahankan disebabkan setiap pasangan ada hak masing-masing yang wajib dipertahankan. Jika dirampas, menjadi hak kepada kita untuk dapatkan semula. Ia cabaran hidup yang harus diterima dengan redha.

Sekian, salam hormat dari saya.

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist

cara membatalkan sihir pemisah
5/5
pulangkan sihir, cara membatalkan sihir pengasih
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Anda Mungkin Juga Berminat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Akses lebih cepat dan mudah melalui aplikasi BidaraSpecialist

DAPATKAN
×
Enable Notifications    OK No thanks