Nak Halau Jin Atau Pagar Rumah Dulu?
Halau jin tak boleh dilakukan sekelip mata

SOALAN :
Assalamualaikum Ustaz yang dihormati,
Saya ada buat khidmat semah rumah baru dan lama cara Islam iaitu membaca Al Baqarah, Azan dan Doa Selamat, selain ini adakah saya perlu buat yang lain-lain?
Pagar rumah atau halau jin?
Ada minta saya pagar rumah tapi setahu pagar rumah ini bila ada gangguan kita halau jin dulu baru pagar bukan nya semuanya mesti kena pagar. Adakah ini benar?
Terima kasih Ustaz.
Khairul dari Singapura.
JAWAPAN :
Tak boleh sekelip mata
Waalaikumussalam.
Gangguan jin di rumah atau sihir rumah tidak boleh dilakukan dengan sekelip mata. Seseorang datang ke rumah, baca ayat lebih kurang, maka jin pun keluar.Ia tidak semudah itu!
Jika boleh dilakukan pun, hanya pada masa Ustaz tu datang sahaja, bila ustaz tu balik, jin itu akan datang semula. Iblis ni dengan Allah pun dia tak nak patuh inikan lagi kita manusia biasa.
Taraf manusia lebih tinggi
Namun kita kena ingat! mengenai taraf manusia sebenarnya lebih tinggi daripada Iblis.
Al-Quran merekodkan sejarah bahawa Iblis diarah sujud kepada Nabi Adam A.S.
Ini level kita sebenarnya! Penciptaan manusia daripada tanah lebih tinggi darjatnya jika dibandingkan dengan penciptaan jin daripada api!
Proses halau jin
Jin boleh dihalau dengan beberapa proses.
Kita perlu mengambil beberapa faktor yang menyebabkan dia tak suka hingga dia merasa benci pada rumah tersebut.
Untuk timbulkan rasa benci, seseorang harus berusaha lakukan sesuatu yang jin tak suka selama 100 hari berturut-turut.
100 hari atau 3 bulan dianggap sesuatu yang normal bagi sesiapa nak lakukan perubahan.
Mereka yang ambil supplement di farmasi pun memerlukan 3 bulan untuk lihat perubahan dengan syarat, konsisten dengan peraturan yang ditetapkan.
Halau jin terlebih dahulu
Salah satu caranya ialah dengan mewangikan rumah dengan wangian Bukhoor Premium atau Bukhoor Samurai.
Namun demikian, jika anda bergantung semata-mata dengan Bukhoor dengan meminggirkan pergantungan kepada Allah akan mengurangkan keberkesanannya.
Bagi saya, menghalau jin di dalam rumah perlu didahulukan sebelum anda memagar rumah anda.
1. Bukhoor Premium

Bukhoor Premium merupakan salah satu daripada 13 Produk Atasi Sihir, Saka dan Santau
Bukhoor Premium digunakan bila terdapatnya perkara berikut:
- Tanda-tanda sihir dalam rumah.
- Duit kerap hilang dalam rumah, gatal-gatal juga datang.
- Anda mahu pagar rumah daripada gangguan.
- Jumpa duit syiling ditabur depan rumah atau kawasan kedai
- Gangguan jin dalam rumah.
- Badan terasa berat, malas dan kerap fikir negatif bila berada di rumah.
- Sakit pinggang secara tiba-tiba bila berada di rumah
- Jumpa tikus mati depan rumah disertakan dengan tanda-tanda gangguan atau sihir
- Pesakit sakit semula setelah buat rawatan bila pulang ke rumah.
- Mengalami masalah gatal bila menjelang tengah malam.
- Mengalami masalah gatal-gatal yang tak sembuh setelah mendapati tanda gatal-gatal yang telah saya huraikan.
- Mengalami masalah kegatalan Miss V hingga luka.
- Kerap mimpi rumah lama atau mimpi rumah usang.
- Mimpi ulat dalam rumah diikuti dengan masalah emosi dan jiwa yang tak stabil
- Rumah berbau busuk atau rumah berbau hancing tapi tak jumpa punca
- Jika mengalami masalah gangguan dalam rumah dan diri yang memerlukan kaedah bertangas
Oleh kerana itu mengapa Bukhoor Premium ini menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Namun jiika dalam rumah anda memiliki 11 tanda gangguan tahap ekstrem dan bahaya, sewajar anda menggunakan Bukhoor Samurai.
2. Bukhoor Samurai

Bukhoor Samurai termasuk antara 13 Produk Atasi Sihir, Saka dan santau.
Bukhoor Samurai digunakan kepada pesakit yang mengalami masalah berikut:
- Terdapat 11 tanda gangguan jin dalam rumah tahap bahaya
- Bagi kes Gatal Merayap Bawah Kulit Seperti Miang Buluh.
- Cara menghalau jin dalam rumah
- Kerap mengalami mimpi terkena sihir.
- Mengalami masalah gatal-gatal yang tak sembuh disebabkan gangguan jin.
- Mengalami mimpi ulat dalam rumah diikuti dengan 3 tanda menunjukkan terdapat tanda gangguan dalam rumah.
- Mengalami mimpi suami curang, mimpi rumah usang, tandas dan najis diikuti dengan tanda-tanda gangguan.
- Rumah bau hancing tak jumpa punca
- Jumpa duit syiling dalam rumah diikuti tanda-tanda gangguan.
- Saka datang semula selepas buat rawatan.
- Kedai tak nampak sebab kena sihir.
- Pesakit yang tersilap berubat dengan bomoh atau tukang sihir.
Nak Kepastian?


Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah



