Sering Diganggu Mimpi Pelik, Apakah Memang Terdapat Suatu Petanda?
Pesakit ini menceritakan mengenai kawannya yang mengalami mimpi pelik.
SOALAN :

Melihat sepasang manusia berkepala orang berbadan biawak
Assalamualaikum…..
“Saya ada kawan yang dia diganggu mimpi pelik. Dia lihat manusia sepasang berupa kepala orang dan badannya biawak yang sangat besar. Dan mereka berdua ini berjalan dan bukan merangkak macam biawak..”
Kedua-duanya membawa kertas putih
“Kesian kawan saya ni macam dalam ketakutan bila setiap kali dapat mimpi pelik begini.
Biawak ni tak buat apa pun tapi sekadar muncul dan pergi serta kedua-duanya membawa kertas putih.”
JAWAPAN :
Mimpi yang benar merupakan wahyu dari Allah
Waalaikumussalam….Mimpi yang benar merupakan wahyu dari Allah adalah mimpinya para Nabi. Mimpi orang mukmin atau orang biasa status kebenarannya perlu disemak dalam pelbagai segi. Apa jua mimpi hanya untuk diri seseorang yang mimpi itu sahaja. Ia tiada kaitan atau paksaan kepada orang lain. Sebab itu tidak digalakkan ceritakan mimpi kepada orang lain kecuali mereka yang ahli sahaja.
Mimpi yang berkaitan sihir ataupun saka
Mimpi orang yang kena sihir pula, dia akan nampak dengan jelas seperti mimpi ular, mimpi kena patuk ular, mimpi kena gigit anjing atau kejar anjing. Mimpi binatang buas pula ada kaitan dengan saka.
Waktu berlakunya mimpi
Mimpi yang benar biasanya berlaku pada tengah malam, jika berlaku lepas subuh atau siang hari peratus mimpi itu boleh diragui.
Jadi apa maksud mimpi pelik tersebut ?
Pada pandangan saya, mimpi yang seperti ini hanya utk lemahkan semangat sahaja. Tak perlu dirisaukan. Mohon pada Allah rahmat semoga diberikan jalan keluar bagi segala kesulitan. Jika mimpi ini masih berulang-ulang kali, bila tersedar dari mimpi baca Auzubillahi Minassyainirrajim sebanyak 3 kali dan ludah ke sebelah kiri kita. Inilah seperti yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W.
Wallhua’Alam.
Sekian, salam hormat dari saya.

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist
Kaedah Rawatan

Raja Gel Bidara
Saya telah jelaskan dengan detail kenapa anda perlu gunakan Raja Gel Bidara adalah untuk masalah seperti berikut :
- Gatal-gatal tahap awal yang berlaku waktu senja
- Masalah saka dan sihir kritikal
- Kerap Mimpi bayi
- Saka Keturunan Bila masuk Umur 40-an
- Gagal memberikan kasih sayang kepada anak
- Mengalami masalah pemisah keluarga
- Saka datang semula setelah dibuang
- Bertembungnya sihir pemisah dan saka pemisah
- Ibu sanggup sihir anaknya sendiri kerana saka
- Kerap mimpi pocong dan badan gatal-gatal
- Pesakit jenis kebal dan selamba bila disyifa atau diruqyah
- Kegatalan Miss V hingga luka

Cara Guna Raja Gel Bidara
Gunakan seperti sabun mandi.
Lakukan 2 kali mandi setiap hari.
Waktu pertama ialah waktu Subuh, selepas azan Subuh sebelum terbit matahari.
Waktu kedua ialah waktu senja sebelum azan Maghrib.
Mandian perlu dilakukan setiap hari.
Boleh gunakan sebagai syampu, sabun mandi dan feminine wash bagi wanita. Tunggu 3 minit kemudian bilas dengan air bersih.
Namun tiada halangan untuk lakukan mandian pada waktu lain.




