KETERANGAN PRODUK

Saka dan Sihir Pemisah Saling Bertembung?

Masalah Rumah Tangga Berpunca Saka dan Sihir Pemisah

Suami isteri ada saka dan sihir pemisah?

saka dan sihir

SOALAN :

Perkahwinan tak pernah bahagia

Saya dah kahwin dalam 8 bulan. Sejak kawin sehingga kini saya tidak pernah bahagia. Mula-mula kahwin saya dan suami hadapi masalah pada hubungan intim. Kami tidak boleh lakukan.

Selepas seminggu saya kena gatal-gatal. Saya demam dan mual-mual. Emosi saya mula terganggu. Saya tak tahu kenapa saya stress. Kami selalu bergaduh. Saya selalu rasa tak suka dengan suami.

Suami mengaku ada saka

Kami berubat baru saya tahu rumah suami ada saka. Suami pernah mengaku saka arwah ayahnya. Saya tak boleh dah satu rumah dengan suami sebab saya akan sakit. Kami tidak sebumbung. Kadang-kadang je saya balik.

Kalau saya balik, selepas sehari tu mesti saya akan sakit. Kadang sakit kepala, kadang rasa nak demam, rasa mual dan muntah.

3 kali gagal berubat

Pernah suami saya bertanya kepada seorang ustaz mengenai masalah ini. Ustaz tu cakap dengan kerelaan saya pergi berubat tak boleh paksa. Adakah masalah ini berpunca dari saya?

Saya dah 3 kali gagal berubat. Mesti ada halangan. Saya jadi pelik. Kalau jam 11 pagi hingga 2 petang saya akan rasa nak marah dengan suami walaupun dia tak buat salah. Macam-macam keburukan dia masuk kat otak saya. Saya jadi hairan.

Antara saka dan sihir pemisah?

Saya keliru sebenarya sebab saka dari dia atau saya yang terkena sihir pemisah. Saya juga alami gatal-gatal pada miss v pada masa tertentu. Suami saya juga sudah ada masalah pada alat sulitnya. Gagal untuk bersama.

Selalu rindu pada seseorang

Saya juga keliru semakin lama saya semakin tak suka pada suami. Macam mana saya nak tahu sebenarnya ini gangguan saka atau terkena sihir pemisah?

Saya juga selalu rasa rindu terhadap seseorang. Atau perasaan saya saja sebab sejak kahwin saya dah tak pergi ke rumah dia(kawan perempuan).

JAWAPAN :

Kes yang bercampur

Waalaikumussalam

Pada pandangan saya, kes puan ini bercampur saka dan sihir. Mengikut pengalaman saya, suami isteri yang gagal mengadakan hubungan intim atau alat sulit suami gagal berfungsi dengan tiba-tiba berpunca daripada gangguan yang ada pada isteri.

Bila nak bersama, isteri tiba-tiba akan gatal-gatal seluruh tubuh tanpa sebab. Ini menyebabkan kemarahan kedua-dua belah pihak.

Atas kesungguhan sendiri

Jika puan gagal nak berubat, puan boleh lakukan sendiri mandian di rumah. Ini memerlukan kesungguhan di pihak puan sendiri. InshaAllah akan temui jalan peyelesaian.

Fokus dengan diri terlebih dulu

Merasa rindu pada seseorang juga ada banyak sebab. Jadi kita tak boleh nak tuduh pada seseorang punca perkahwinan kita gagal. Buat masa ini saya cadangkan agar fokus pada diri sendiri dulu. Jika sudah lakukan mandian, maka masalah-masalah yang lain akan turut terlerai inshaAllah.

Cari rumah lain untuk hubungan lebih baik

Saya kurang jelas apa maksud pulang ke rumah? Rumah yang dimaksudkan adakah rumah peninggalan keluarga suami atau bagaimana? Jika ya, saya cadangkan agar puan, suami isteri cari rumah yang lain agar hubungan suami isteri jadi baik.

Jangan berhenti berikhtiar

Jika nak bertemu saya cadangkan carilah hotel atau tempat yang sesuai. Saya tidak syorkan cari homestay sbb ada homestay yang tak aktif, sebulan sekali orang sewa juga tidak bagus. Carilah hotel yang aktif (yang kerap dikunjungi orang dan tidak ditinggal terlalu lama).

Sebagai Ikhtiar, boleh gunakan 3 item berikut :

1. Raja Gel Bidara

2. Scrub Lemon & Olive Oil

3. 7 Telaga Wangian Raudhah

Untuk 7 Telaga Wangian Raudhah, 1 titis bila nak bersama pada :

    • Nadi pergelanggan tangan, gosok-gosok sambil baca selawat.
    • Nadi bawah leher, kiri dan kanan, kemudian urut ke atas dan ke bawah menggunakan jari.
    • Titis keliling pusat dan gosok ikut arah lawan jam.
Sekian, salam hormat dari saya
 
Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Anda Mungkin Juga Berminat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Akses lebih cepat dan mudah melalui aplikasi BidaraSpecialist

DAPATKAN
×
Enable Notifications    OK No thanks