KETERANGAN PRODUK

Rasa Terpinggir Di Tempat Kerja? Rupanya Ada Gangguan Jin?

Kerap Rasa Terpinggir Di Pejabat? Ini Punca & Solusinya

Masalah kerap terpinggir boleh disebabkan oleh gangguan. Teruskan bacaan.

terpinggir

SOALAN :

Saya macam dah tak wujud

Assalamualaikum ustaz.

Saya nak bertanya, ini masalah di tempat kerja. Entah kenapa rakan sepejabat dengan saya tidak sebulu dengan saya seperti selalu. Dah tak pernah ajak saya makan sekali. Dah tak pernah bagitahu apa-apa aktiviti pejabat. Seolah-olah saya tidak wujud dalam pejabat itu.

Macam mana nak bagi orang sukakan saya?

Kami berempat sahaja. Bukan ramai pun. Apa salah yang saya sudah lakukan sampai diorang buat saya macam ini. Kalau saya bertanya tentu perang besar. Nak jumpa hari-hari ustaz. Kerja pun nak buat sama-sama. Macam hipokrit sangat duduk satu pejabat. Tolonglah saya ustaz. macam mana nak bagi orang sukakan saya?

JAWAPAN:

4 kemungkinan jika kerap terpinggir

Rakan sekerja tiba-tiba bermusuh hingga menyebabkan kita rasa terpinggir tanpa sebab ada beberapa faktor:

    1. Kita memang ada masalah peribadi dengan dia, yang memang kita tak tahu. Ia hanya akan jelas bila kita sendiri tanya pada dia apa masalah yang berlaku. Faktor ini tiada kaitan dengan jin. Boleh tanya dan buat siasatan sendiri.
    2. Atau faktor gangguan yang sudah sedia ada dalam diri kita seperti masalah saka. Mungkin sebelum ni tidak ada, tetapi kenapa sekarang ada? Ini juga ada beberapa faktor, antaranya ialah bila usia mula masuk ke 40an atau 50an, maka gangguan tu mula aktif. Kenapa bila masuk umur tersebut gangguan mula aktif, yang ni panjang ceritanya. Nanti bila sempat saya cerita.
    3. Atau dengan sebab kawan kita tu ada masalah gangguan, kita pula rajin baca al-Quran atau mengamalkan sunnah maka perkara ini juga boleh terjadi.
    4. Atau memang anda kena sihir yang dihantar dengan tujuan untuk memisahkan antara kedua belah pihak.

Jika faktor (1) tidak ada maka ia biasanya akan berlaku pada faktor (2), (3) atau (4). Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh lakukan mandian dengan Gel Bidara Hijau dan 7 Telaga Wangian Raudhah -->> Klik Di Sini.

1. Gel Bidara Hijau

2. 7 Telaga Wangian Raudhah

Ikhtiar cara ini bila di pejabat dengan 7 Telaga Raudhah

Bila ditempat kerja, anda boleh gunakan 7 Telaga Wangian Raudhah dengan:

    1. Titis 1 titis pada nadi pergelangan tangas, gosok-gosok sambil selawat, niat mohon dengan Allah, agar menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Mohon untuk jadi syukur, merupakan faktor penting untuk pecahkan aura negatif.
    2. Titiskan juga pada nadi yang berada di leher dan niat syukur.
    3. Titiskan juga pada perut gosok ikut arah lawan jam, sambil baca selawat dan niat syukur.
Lakukan (1) – (3) setiap hari anda pergi kerja. Saya doakan semoga Allah menurunkan rahmat-Nya kepada semua staf di office anda, inshaAllah.
 
Sekian, salam hormat dari saya
 
Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Anda Mungkin Juga Berminat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Akses lebih cepat dan mudah melalui aplikasi BidaraSpecialist

DAPATKAN
×
Enable Notifications    OK No thanks