KETERANGAN PRODUK

Ibu Sihir Anak Sendiri : Berbalah Sebab Saka?

Ibu Sihir Anak Sendiri : Berbalah Sebabkan Saka

Ibu sihir anak sendiri, sering diganggu & diperhatikan.

ibu sihir anak sendiri

SOALAN :

Menentang jin yang bertuan?

Assalamualaikum ustaz.

Merujuk kepada hal ini. Saya ingin bertanya, apakah strategi untuk menentang gangguan jin yang mempunyai tuan.

Contohnya jin tersebut di perintahkan oleh tuannya untuk berada di rumah dan mengganggu penghuni. Atau menjadi mata-mata/’spy’ kepada tuannya supaya tuannya boleh mengetahui bagaimana keadaan/perkembangan penghuni rumah tersebut.

Mimpi jin lepas bakar gaharu

Ini kerana, apabila saya membakar gaharu premium di rumah (dah nak habis satu bekas), saya mimpi tentang tujuan jin itu dihantar ke rumah saya.

Saya juga mengetahui jin yang mengganggu saya adalah dari jenis jin ifrit. Saya ada masalah saka dan berbalah dengan ibu saya kerana saya ajak ibu berubat.

Bagaimana nak tangani?

Soalan saya, tempoh 100 hari akan membuatkan jin tersebut benci pada rumah kita. Tetapi dalam masa yang sama, jin itu menerima arahan daripada tuannya untuk berada di rumah.

Setahu saya (maafkan saya jika saya salah) jin ini sifatnya setia, jadi dia akan terus berusaha mengganggu selagi tidak mati. Jadi, bagaimana strategi untuk menangani masalah begini.

Terima kasih atas perhatian ustaz.

JAWAPAN :

Kes Ibu Sihir Anak Sendiri

Kes yang puan alami adalah berkaitan dengan masalah ibu sihir anak sendiri(puan sendiri). Kita tidak wajib menuruti kehendak ibubapa yang melakukan kerja syirik kepada Allah.Tapi kena bergaul dengan mereka dengan cara yang baik. Al-Quran menjelaskan :

وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا

Maksud: Jika mereka berdua mendesak kamu untuk melakukan syirik kepada-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak ketahui, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. (Surah Luqman ayat 15)

Bagaimana nak bergaul dengan mereka?

Bila kena sihir dengan ibu sendiri, sudah pasti bila anda menziarahinya akan mendatangkan masalah pada diri dan keluarga kita sendiri. Kita akan terdedah dengan makanan dan minuman yang telah pun disihir. Ini aduan yang sering diterima.

Soalnya bagaimana perlu bergaul dengan mereka dengan cara yang baik seperti saranan al-Quran?

Pada pandangan saya, jika menziarahi mereka boleh mendatangkan bahaya, anda diharuskan untuk tidak menziarahi mereka dalam tempoh yang lama sehingga mereka kembali kepada jalan Allah.

Hanya dengan Rahmat Allah dapat membantu

Sebagai anak yang soleh, cara yang paling selamat tapi ada sedikit risiko ialah mendoakan mereka dengan satu doa yang ringkas tapi power! Maksud ada risiko mungkin kita akan rasa sakit-sakit badan bila mendoakan mereka dengan doa ini. Maka puan juga kena amalkan satu lagi doa untuk diri puan yang power juga! Untuk menahan rasa bisa-bisa badan tadi.

Doa kepada ibu sihir anak sendiri ialah :

رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Maksud : Wahai Tuhanku, berikanlah rahmat kepada mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil

Surah al-Isra’ ayat 24.

Doa yang anda kena baca ialah :

رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksud : Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)

Surah Al-Kahfi ayat 10

Kedua-dua doa di atas mengandungi satu permintaan kepada Allah iaitu “RAHMAT“. Hanya dengan rahmat Allah kita akan selamat.

Berfikir positif, teruskan bertawaqal

Ibu saya boleh kembali semula pada Allah ke ustaz? Jawapannya INshaaaaAllahhhhhhh, boleh! Anda hanya perlu masa sahaja untuk itu. Fikir positif anda akan sembuh dan ibu akan kembali pada jalan Allah, inshaAllah. Tak perlu bimbang.

Jika nak guna produk Bidara Specialist, saya cadangkan ambil 3 item sahaja sudah memadai dalam tempoh ini, iaitu

1. Raja Gel Bidara

2. Samurai Perfume

3. 7 Telaga Wangian Raudhah

Wallahu A’lam

Sekian, salam hormat dari saya

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Anda Mungkin Juga Berminat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Akses lebih cepat dan mudah melalui aplikasi BidaraSpecialist

DAPATKAN
×
Enable Notifications    OK No thanks