Badan Gatal Waktu Maghrib Tanpa Sebab?
Badan gatal waktu maghrib tanpa sebab Ini satu masalah yang sering dialami oleh kebanyakan pesakit. Ia berlaku secara tiba-tiba.
Anda mungkin seorang yang menjaga makanan, kuat berpantang tapi merasa hairan kenapa badan anda gatal gatal tanpa sebab dan secara tiba-tiba.
Waktu senja merupakan waktu yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W untuk keluar, terutamanya kanak-kanak.
Sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya : Jika malam datang menjelang, atau kalian berada di petang hari, maka tahanlah anak-anak kalian, kerana sesungguhnya ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka lepaskan mereka.(Bila tiba waktu isyak)
Binatang Ternakan Juga Dilarang Berkeliaran
Sabda Rasulullah S.A.W
Maksudnya : “Jangan lepas haiwan ternak kalian dan anak-anak kalian apabila matahari terbenam hingga berlalunya awal waktu Isya. Kerana syaitan bertebaran jika matahari terbenam hingga berlalunya awal waktu Isya.” (HR. Muslim).
Jangan Pandang Remeh Waktu Senja
Memandang remeh waktu senja punca yang menyebabkan anda terkena gangguan badan gatal gatal tanpa sebab
Anda terasa gatal bukan sebab tersalah makan, tetapi sebab masuk waktu senja atau maghrib.
Ada 2 Lagi Waktu yang Menyebabkan Badan Gatal Gatal Tanpa Sebab



