Sihir Dalam Pandangan Al-Quran dan As-Sunnah

Dalil-dalil yang menunjukkan kewujudan Jin dan Syaitan

Sesungguhnya di antara jin dan sihir mempunyai pertalian yang cukup erat sekali. JIn dan syaitan merupakan faktor utama dalam menjayakan satu-satu sihir itu.  Namun begitu, terdapat sebahagian orang yang tidak mempercayai kewujudan jin lantas menafikan kejadian-kejadian sihir. Oleh itu mari kita lihat dari sudut Al-Quran dan Hadis sahih tentang kebenaran wujudnya jin, syaitan dan kaitannya dengan sihir.

Dalil-dalil dari Al-Quran

Firman Allah dalam surah Al-Ahqaaf ayat 29

46:29

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Qur’an; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): “Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!” Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Qur’an itu dengan) memberi peringatan dan amaran. (Al-Ahqaaf:29)

FirmanNya lagi dalam surah Al-An'am ayat 130

6:130

Wahai golongan jin dan manusia! Bukankah sudah datang kepadamu rasul-rasul dari kalanganmu sendiri, mereka menyampaikan ayat-ayat-Ku kepadamu dan memperingatkanmu tentang pertemuan pada hari ini? Mereka menjawab, “(Ya), kami menjadi saksi atas diri kami sendiri.” Tetapi mereka tertipu oleh kehidupan dunia dan mereka telah menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang kafir. (Al-An’am:130)

FirmanNya lagi dalam surah Ar-Rahman ayat 33

55:33

Wahai golongan jin dan manusia! Jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka tembuslah. Kamu tidak akan mampu menembusnya kecuali dengan kekuatan (dari Allah). (Ar-Rahman:33)

FirmanNya lagi dalam surah Al-Jin ayat 1

72:1

Katakanlah (Muhammad), “Telah diwahyukan kepadaku bahwa sekumpulan jin telah mendengarkan (bacaan),” lalu mereka berkata, “Kami telah mendengarkan bacaan yang menakjubkan (Al-Qur’an), (Al-Jin :1)

FirmanNya lagi dalam surah Al-Jin ayat 6

72:6

dan sesungguhnya ada beberapa orang laki-laki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat. (Al-Jin :6)

FirmanNya lagi dalam surah Al-Maidah ayat 91

5:91

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (Al-Maidah:91)

FirmanNya lagi dalam surah An-Nur ayat 21

24:21

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. ” (An-Nur:21)

Dalil-dalil dari As Sunnah (Hadis)

Ibnu Mas'uud r.a. pernah menceritakan

‘Pada suatu malam, kami pernah keluar bersama Rasullullah S.A.W. Seketika kemudian baginda telah tiada di sisi kami lalu kami pun berusaha mencarinya sehinggalah ke segenap pelusuk lembah dan perkampungan tertentu. 

Akhirnya masing-masing ada yang beranggapan bahawa beginda mungkin sudah ghaib atau mati setelah gagal menemuinya. Selepas itu kami pun bermalam dalam keadaan gelap gelita dan dengan persaan yang penuh ngeri.

Apabila hari sudah beransur pagi, tiba-tiba Rasulullah S.A.W. menyerlah dari gua Hiraa’ yang berhampiran:  “Wahai Rasulullah  S.A.W.! Kemana anda menghilangkan diri? Puas kami mencari namun tidak juga berhasil. 

Dan malam tadi kami bermalam dalam keadaan yang penuh ngeri sekali”. “Sebenarnya salah seorang pendakwah dari kalangan jin telah datang menemui aku. Aku terus bersamanya untuk mengajarkan kepada mereka ayat-ayat al Quran” jelas Rasulullah S.A.W.

Tidak lama kemudia baginda pun membawa kami untuk melihat kesan-kesan api dan pertemuan beliau dengan mereka pada malam tadi. 

Kami kemudian bertanyakan perihal makanan yang di makan oleh golongan jin. 

Baginda pun memberitahu mereka bahawa makanannya ialah tulang-tulang binatang yang disembelih dengan di baca nama Allah yang apabila dibuang, 

Allah S.W.T akan membalutnya semula dengan daging, dan juga tahi-tahi ternakan yang dipelihara (seperti unta). Seterusnya baginda pun bersabda:

Ertinya: ” Janganlah kalian beristinjak dengan kedua-dua benda tersebut (tulang dan najis haiwan ternakan) kerana kedua–duanya adalah makanan bagi saudara-saudara kamu (jin)”. Riwayat Muslim.

Pernah berkata bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Sesungguhnya aku lihat kamu sangat meminati mengembala kambing dan berjalan kauh ke pendalaman.

Oleh itu sekiranya kamu dalam keadaan sedemikian, maka hendaklah azan solat(apabila masuk waktu), dan kuatkanlah azan solat tersebut kerana sesungguhnya tidaklah di dengar setiap seruan azan samada dari kalangan jin atau manusia melainkan akan dipersaksikan pada hari kiamat kelak”. 

Riwayat Imam Malik, al Bukhari, an Nasa’i dan ibnu Majah.

Ibnu Abbas r.a pernah berkata

“Suatu ketika Rasulullah S.A.W pernah berangkat ke Pasar ‘Ukkaaz bersama para sahabatnya. 

Pada masa yang sama, masih lagi berlaku pemindahan-pemindahan perkhabaran rahsia dari langit kepada jin-jin dan syaitan-syaitan. 

Pada suatu hari mereka telah memperolehi satu perkhabaran ganjil lagi pelik(ketika berada di langit) dengan serta merta puak itu kembali kepada kaumnya(di bumi) dengan berita tersebut. 

Lalu kaumnya terus bertanya: ‘Apa yang kalian perolehi dari sana(langit)?’ ‘

Kami telah memperolehi satu berita yang ganjil dan pelik ketika di langit ‘ jawab mereka kepada kaumnya. 

‘Ini adalah satu perkara baru yang telah telah terjadi di antara kamu dengan perkhabaran langit itu. 

Ayuh! Bersegeralah kalian mencarinya di segenap pepenjuru dunia ini apakah sebenarnya realiti dari pertemuan kalian dengan perkhabaran langit tersebut!’ ujar kaum syaitan tersebut.

Lalu masing-masing mulalah melilau ke segenap pepenjuru dunia mencari apakah sebenarnya bentuk rahsia langit yang bakal diturunkan itu, dan tujuan utama mereka ialah kepada Rasulullah S.A.W. 

Akhirnya mereka bertemu dengan Rasulullah S.A.W  yang sedang berehat di sebatang pokok kurma yang ketika itu sedang dalam perjalanan  menuju ke Pasar Ukkaaz’. 

Ketika baginda S.A.W sedang bersolat Subuh bersama para sahabatnya golongan jin tersebut mendengar bacaan Al-Quran, masing-masing mendengarnya dengan penuh teliti sekali. 

Lalu masing-masing pun bersuara: ‘Yaa! Inilah dia rahsia sebenarnya di antara kalian deangan perkhabaran langit tersebut’. 

Akhirnya masing-masing kembali kepada kaumnya untuk mengisahkan perkara tersebut. Apabila tiba di sana mereka pun berkata: 

‘Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar satu bacaan (al Quran) yang sungguh ajaib sekali. Ianya membimbing kepada petunjuk kebenaran. 

Kami telah beriman dengan bacaan tersebut dan kami sekali kali tidak akan melakukan syirik kepada Tuhan kami dengan sesuatu apa jua pun’. 

Lalu All S.W.T. pun menurunkan ayat kepada Nabi  S.A.W yang berbunyi: 

 

72:1

 

Katakanlah (Muhammad), “Telah diwahyukan kepadaku bahwa sekumpulan jin telah mendengarkan (bacaan),” lalu mereka berkata, “Kami telah mendengarkan bacaan yang menakjubkan (Al-Qur’an), (Al-Jin :1)

Hadis Ibnu Abbas ini telah diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim.

A'isyah R.A juga telah berkata

“Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

Ertinya: “Para Malaikat dijadikan dari cahaya, para jin pula dijadikan dari nyalaan api manakala Adam pula dijadikan dengan apa yang telah disifatkan kepada kalian semua”. Hadis riwayat Imam Ahmad dan Muslim.

Sofiyyah binti Huyyai R.A

Telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya syaitan (termasuklah jin) itu boleh bergerak di dalam tubuh anak-anak Adam (sealiran perjalanan) darah dalam urat-uratnya”. Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.

Abdullah ibnu Umar R.A

Telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W S.A.W pernah bersabda:

Ertinya” Apabila seseorang dari kamu hendak makan atau minum, maka hendaklah dia makan atau minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya hanya syaitan sahaja yang makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri”. Hadis riwayat Muslim.

 

Abu Hurairah R.A

Telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Ertinya: “Tidak ada seorang pun dari bayi yang lahir melainkan pasti akan dicucuk-cucuk oleh syaitan, sehingga menyebabkan bayi tersebut menangis-nangis (sakit) akibat cucukan syaitan tersebut, cuma anak Maryam (Isa) dan ibunya sahaja yang tidak dapat dicucuk”. Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.

Abdulah ibnu Mas'ud R.A

Telah menceritakan bahawa seorang pernah diceritakan Rasulullah S.A.W. tentang keadaan seorang lelaki yang tidur pada malamnya sehinggalah menjelang pagi lalu baginda pun bersabda:

Ertinya: Itulah lelaki yang telah dikencingkan oleh syaitan ke dalam telinga atau ke dalam kedua-dua belah telinganya”. Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.

Abi Qatadah R.A

Juga pernah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda: 

Ertinya: “Mimpi yang baik adalah (pemberian) dari Allah, manakala mimpi yang buruk datangnya dari syaitan. Oleh itu sesiapa yang bermimpi sesuatu yang menggerunkan (yang dia benci), maka hendaklah dia meludah-ludah ke sebelah kirinya sebanyak 3 kali dan seterusnya hendaklah dia membaca ta’wuz(‘A’uzubillah..), kerana sesungguhnya dengan berta’awwuz itu nescaya dia tidak akan ditimpa apaa-apa mudarat”. Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim

Abi Said al Khudri R.A

Telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

Ertinya: “Apabila seseorang dari kamu menguap , maka hendaklah dia menutup mulut itu dengan tangannya supaya tidak dimasuki oleh syaitan”. Hadis riwayat Muslim dan ad Darimiy.

Banyak lagi hadis-hadis yang menceritakan perihal jin dan syaitan tersebut. Namun memadailah dengan hadis-hadis yang telah dimuatkan di sini sebagai ukuran kebenaran bahawa jin dan syaitan itu sememangnya wujud di alam realiti ini.

Dalil-dalil Tentang Kewujudan Sihir

Dalil Al-Quran

Firman Allah dalam Al -Baqarah ayat 102

2:102

Ertinya: “Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh setan-setan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babilonia yaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan, “Sesungguhnya kami hanyalah cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kafir.” Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan istrinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barangsiapa membeli (menggunakan sihir) itu, niscaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu.” (Al-Baqarah:102)

Firman Allah dalam surah Yunus ayat 77

10:77

Ertinya: “Musa berkata, “Pantaskah kamu mengatakan terhadap kebenaran ketika ia datang kepadamu, ‘sihirkah ini?’ Padahal para pesihir itu tidaklah mendapat kemenangan.” (Yunus:77)

Firman Allah dalam surah Yunus ayat 81-82

10:81

10:82

Ertinya: Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”. (Yunus:81-82)

Firman Allah dalam surah Taha ayat 67-69

20:67

20:68

20:69

Ertinya: Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya.Kami berfirman kepadanya: “Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.”Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”. (Taha:67-69)

Firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 117-122

7:117

7:118

 

7:119

7:120

7:121

7:122

Ertinya: ” Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. “(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”. (Al-A’raaf:117-122)

Firman Allah dalam surah Al-Falaaq

Ertinya: “Katakanlah, “Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar). Dari kejahatan makhluk-Nya. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan. Dan daripada kejahatan pendengki bila ia dengki.” (Al-Falaaq:1-5)

 

Hadis

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata

Seorang lelaki dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin Al-A’soom pernah menyihir Rasulullah S.A.W. dan baginda telah terkena sihir tersebut. 

Akibatnya beliau tidak boleh berbuat apa-apa terhadap pekerjaan yang sepatutnya boleh dilakukan. 

Hingga pada suatu hari atau satu malam, ketika beliau bersamaku, tetapi baginda hanya mampu panggil memangil sahaja. 

Akhirnya beliau bersabda: ‘Wahai A’isyah! Adakah engkau sedar bahawa Allah S.W.T. telah mendatangkan fatwa kepadaku terhadap apa yang benar-benar memerlukannya. 

Dua orang lelaki telah datang kepadaku dan salah seorang darinya telah duduk disamping kepalaku dan seorang lagi duduk disamping hujung kakiku. 

Salah seorang dari mereka berkata kepada sahabatnya: ‘Apakah sakit yang menimpa lelaki ini?’ ‘Terkena sihir’ jawab rakannya. 

‘Siapakah yang telah menyihirkannya?’ ‘Labid ibnu al A’soom’. ‘Apakah bahan yang menjadi alat penyihirannya?’ ‘Pada sikat dan rambut kemudian dibungkus dengan seludang tamar jantan yang muda’ 

‘Di mana diletakkan benda tersebut?’ ‘Di dalam sebuah telaga bernama Telaga Zarwaan’. 

Lalu Rasulullah S.A.W pun menyuruh salah seorang dari sahabatnya agar pergi membuat tinjaun  terhadap benda tersebut, dan apabila dia telah datang kepada baginda S.A.W, baginda selanjutnya bersabda: ‘Wahai A’isyah! Air telaga tersebut warnanya kemerahan seolah-olah warna air inai. 

Manakala rupa bentuk pohon tamar tersebut seperti kepala ular  (dan sangat hodoh)’. 

Aku (A’isyah) kemudia bertanya: ‘Wahai Rasulullah, mengapa tidak dikeluarkan sahaja benda itu?’ ‘Sesungguhnya Allah S.W.T telah pun menyembuhkan aku sekarang. 

Aku tidak suka mengenakan kembali kejahatan seperti itu kepada manusia lain’. Lalu baginda pun mnyuruh S.A.W. pun menyuruh para sahabat menanam benda tersebut’. Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim.

Abu Hurairah r.a telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Ertinya: “ Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya : Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik berzina,” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

ustaz zul, about me
Wallahu A’lam
Sekian, salam hormat dari saya.
 
Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist

Anda Mungkin Juga Berminat

Gatal-Gatal Yang Tak Sembuh
Jenis Masalah

Gatal-Gatal Yang Tak Sembuh

Gatal-Gatal Yang Tak Sembuh: Kenapa Ia Berlaku & Pendekatan Berperingkat Yang Lebih Selamat Gatal-gatal yang tak sembuh walaupun sudah cuba pelbagai cara boleh menjejaskan emosi

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *