Fakta Saintifik Surah Yasin – Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

SURAH YAASIN DEDAH RAHSIA BENARNYA HIDUP SELEPAS MATI

Al-Quran Cabar Manusia Jika Rasa Syak & Ragu, Lakukanlah Kajian!

Surah Yasin Cabar Manusia Kaji 8 Perkara Penting!

1.Cabar Kaji Bumi, Tanah dan Manusia

Surah Yasin Ayat 33-34 : "Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair".

fakta saintifik bumi tanah & manusia

"......sekiranya kamu merasa ragu terhadap hari kebangkitan, maka lihat, buatlah kajian terhadap asal usul kejadianmu, agar segala keraguan dan rasa syak akan lenyap"

Imam Asy-Syaukani
Tafsir Fath al-Qadir

"......Jika diperhatikan proses menghidupkan semula bumi yang sudah mati memerlukan beberapa jenis organisma, diikuti dengan adanya kelembapan udara dan cahaya matahari. Allah yang yang berkuasa menghidupkan bumi yang mati, menumbuhkan pokok-pokok yang menghijau dan berbuah, mengurniakan kelazatan dan memperindahnya sehingga memberi manfaat yang besar kepada manusia dan memberikan bekalan mata air kepada bumi yang kering kontang, adakah mustahil bagi-Nya untuk menghidupkan semula manusia yang sudah mati?"

Dr Nazmi
Bekas Pensyarah, Dekan dan Ahli Lembaga Pengarah Pendidikan Bahagian Ilmu Biologi & Geologi, Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir

2.Cabar Kaji Setiap Makhluk Yang Berpasangan

Surah Yasin Ayat 36 : "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya".

fakta saintifik berpasangan

"......Semua makhluk yang ada di dunia ini hanyalah dunia bayangan iaitu hanyalah titik-titik cahaya yang terpancar daripada pasangan cas-cas elektrik positif dan negatif" - Jika begitu keadaannya, adakah kehidupan ini semudah menghidup dan mematikan suiz lampu?

Sheikh Tantawi Jauhari
Tafsir Al-Jawahir Fi Tafsir Al-Quran Al-Karim

3.Cabar Kaji Kejadian Malam dan Siang

Surah Yasin Ayat 37 : "Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita".

fakta saintifik fenomena malam & siang

"......Kejadian malam dan siang disebabkan pergerakan bumi di atas paksinya yang kemas, kukuh dan tidak berubah-ubah. Situasi ini telah mengajar manusia ilmu yang berkaitan masa dan waktu. Ertinya manusia hanya mengukur masa yang telah ditentukan oleh Allah, sebelum manusia mencipta jam melalui pergerakan bumi di atas paksinya. Pergerakan jam menunjukkan pergerakan bumi."- Jika jam menunjukkan pergerakan bumi ertinya kejadian malam dan siang mengajar manusia matematik perkiraan masa agar mereka dapat menyusun kehidupan secara sistematik. Kuasa inilah yang memiliki hak mutlak menghidupkan manusia semula iaitu Allah

Sya'ban Ahmad Soleh
Kitab Kunuz al-I'jaz al-I'lmi Fi Al-Quran al-Karim

4.Cabar Kaji Peredaran Planet Dan Cakerawala

Surah Yasin Ayat 38-40 : "Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. ".

fakta saintifik peredaran planet dan cakerawala

"......Elektron bergerak arah lawan jam, bumi bergerak arah lawan jam, matahari bergerak arah lawan jam, bintang-bintang bergerak arah lawan jam, bulan juga bergerak arah lawan jam, begitu juga planet-planet seperti Venus, Neptun, Musytari, semuanya bergerak arah lawan jam. Paksi bumi condong, paksi bulan juga condong, paksi Marikh condong, paksi matahari condong. Apa yang menghairankan adalah ciri-ciri nukleus dan elektronnya adalah sama seperti matahari dengan planet-planet yang mengelilinya. Justeru, ciri-ciri persamaan yang terdapat pada alam semesta ini akan mengembalikan pengkaji kepada pencipta alam tersebut iaitu mentauhidkan-Nya berikutan ciri-ciri keesaan itu terjelma di dalam sistem alam semesta ".

Said Hawwa
Allah Jalla Jalaluh, Kaherah Mesir

5.Cabar Kaji Kapal Yang Belayar Di Lautan

Surah Yasin Ayat 41-43 : "Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya. Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, ".

fakta saintifik maritim

"......Kehidupan manusia tidak lengkap kecuali memerlukan interaksi maritim. Sebagaimana manusia perlu kepada bumi, masa dan sistem solar yang berada di cakerawala, kita juga memerlukan sistem maritim. Hubungan antara kedua-duanya adalah sangat kuat. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa bahtera yang 'berenang' atau 'belayar' di lautan memerlukan segala sistem yang berenang-renang di angkasa. Apa yang menghairankan ialah Allah menggambarkan kapal laut sama seperti gunung-ganang! Kenapa?". Tidak mungkin Allah berkata dusta, namun mengapa Allah berkata demikian? "......Kehidupan manusia tidak lengkap kecuali memerlukan interaksi maritim. Sebagaimana manusia perlu kepada bumi, masa dan sistem solar yang berada di cakerawala, kita juga memerlukan sistem maritim. Hubungan antara kedua-duanya adalah sangat kuat. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa bahtera yang 'berenang' atau 'belayar' di lautan memerlukan segala sistem yang berenang-renang di angkasa. Apa yang menghairankan ialah Allah menggambarkan kapal laut sama seperti gunung-ganang! Kenapa?". Tidak mungkin Allah berkata dusta, namun mengapa Allah berkata demikian?

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Penulis Buku Fakta Saintifik Surah Yasin

6.Cabar Kaji DNA & Sains Forensik

Surah Yasin Ayat 65 : "Pada waktu itu Kami kunci mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. ".

fakta saintifik DNA & sains forensik

"......Jika manusia pada hari ini boleh mengetahui identiti dan jenayah yang dilakukan oleh seseorang melalui cap jari dan kesan-kesan kerja tangan dan kaki mereka, adakah mustahil bagi Allah yang lebih awal mencipta cap jari tersebut untuk mendedahkan semula amalan mereka? ".

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Penulis Buku Fakta Saintifik Surah Yasin

7.Cabar Kaji Embriologi

Surah Yasin Ayat 77-79 : "Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati), Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?" Katakanlah: "Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya); ".

fakta saintifik embriologi

"......Jika manusia pada hari ini boleh mengetahui identiti dan jenayah yang dilakukan oleh seseorang melalui cap jari dan kesan-kesan kerja tangan dan kaki mereka, adakah mustahil bagi Allah yang lebih awal mencipta cap jari tersebut untuk mendedahkan semula amalan mereka? ".

Imam Asy-Syaukani
Tafsir Fath al-Qadir

8.Cabar Kaji Melalui Kaedah Kimia

Surah Yasin Ayat 80 : "Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu ".

fakta saintifik kimia

"......Jika manusia berpendapat, menghidupkan semula yang mati adalah sesuatu yang pelik, menghidupkan api dari pokok kayu yang hijau juga merupakan sesuatu yang pelik! Ini kerana kuasa yang menghidupkan manusia daripada tulang yang reput adalah kuasa yang sama yang menghidupkan api dari pokok kayu yang hijau (Pokok Marak atau nama saintifiknya Leptadenia pyrotechnica) Cuba kamu fikirkan bagaimana batang yang basah dan masih hijau mampu mengeluarkan api, sedangkan ia mengandungi air? Bagaimana api dapat dihasilkan daripada air?".

Sheikh Mutawalli Sya'rawi
Tafsir Khawatir Mutawalli Sya'rawi

Testimonial

Perpustakaan Negara Malaysia Beli 100 200 300 499 Naskhah Bagi Perbekalan Perpustakaan Desa Seluruh Negara Bagi Tahun 2017

arrow
surat PNM

Apa Kata Mereka?

(1)

test syukriah

(2)

testimoni

(3)

testimoni

(4)

testimoni

(5)

testimoni buku yasin

Anda Mungkin Juga Berminat

mimpi pocong, badan gatal-gatal
Jenis Masalah

Mimpi Pocong, Badan Gatal-gatal?

Mimpi Pocong, Badan Gatal-gatal? Seorang pesakit mengadu sering mengalami mimpi pocong di mana pocong itu mengejarnya.  Tidak hanya sekadar mimpi biasa, mimpi pocong ini sering

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *