Atasi Masalah Saka dan Sihir Kritikal
Anda Sering Mimpi Halaman & Rumah lama, Saudara-mara yang Sudah Meninggal Dunia? Binatang Buas Menakutkan? Terjun dari Tempat Yang tinggi? Bayi dan Menyusukannya?
Tanda-tanda anda mempunyai saka
- Apabila ada salah seorang ahli keluarga yang meninggal, anggota badan akan terasa lenguh, emosi tak stabil tanpa sebab
- Tubuh badan menjadi lebam-lebam tanpa sebab
- Selepas berlaku kematian ada gangguan di rumah seperti rumah dicakar, dibaling dengan sesuatu yang tajam, bunyi orang bermain guli atas bumbung
- Darah sentiasa kurang tanpa sebab
Ramuan Rahsia Set Lengkap Atasi Saka Perlu 5 Bahan Penting:
1. Raja Gel Bidara
Raja Gel Bidara dirumus khas bagi mengatasi masalah yang berkaitan Sihir saka, Santau dan Sihir Gatal Kulit. Saka adalah merupakan perjanjian yang dilakukan oleh keturunan yang terdahulu dengan makhluk halus.
Perjanjian ini dilakukan disebabkan manusia mahu pertolongan daripada makhluk halus dalam aktiviti harian mereka.
Biasanya perkara yang mereka minta tolong ada kaitan dengan kerjaya.
Mereka mahu berjaya dalam hidup, walhal tindakan mereka sebenarnya menyusahkan diri mereka dan keturunan mereka sendiri.
Perjanjian ini menyebabkan seluruh keturunan mereka yang ada perjanjian dengan makhluk halus menjadi mangsa.
Manakala santau pula adalah sejenis sihir yang dilakukan oleh penyihir untuk menghantar benda-benda yang tajam melalui makanan, minuman, angin.
Kaedah ini menyebabkan mangsa menjadi sakit secara tiba-tiba tetapi tidak tahu punca yang menyebabkan ia jadi sakit.
Cara Guna Raja Gel Mandian Bidara
- Gunakan seperti guna sabun mandi
- Lakukan sebanyak 2 kali mandi setiap hari.
- Boleh gunakan sebagai syampoo, mandian & feminine wash bagi wanita. Tunggu 3 minit baru bilas dengan air bersih
- Namun tiada halangan untuk lakukan mandian pada waktu yang lain
Cara menggunakan Raja Gel Mandian Bidara mestilah mengikut waktu yang telah ditetapkan iaitu:
- Waktu Subuh sebelum terbit matahari
- Waktu Senja sebelum magrib
Mandian juga boleh dilakukan selain dari waktu di atas, namun kesannya tidaklah sama jika dilakukan pada 2 waktu di atas.
Siapa Saya ?
Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Penulis Buku Fakta Saintifik Surah Yasin Founder & CEO Bidara Specialist Senggarang, Batu Pahat, Johor
2. Minyak Angin Bidara Premium
Biasanya selepas mandi dengan Raja Gel, badan akan terasa letih, bisa-bisa dan penat. Atau terasa bahang kepanasan.
Maka Minyak Angin Bidara Premium berfungsi untuk atasi masalah bisa-bisa tersebut.
Ia juga untuk atasi masalah tidur yang terganggu… Sebelum tidur sapu pada lokasi berikut :
- Sendi-sendi seluruh tubuh
- Bawah pusat
- Belakang pinggang
- Tapak kaki
- Dada (area jantung)
Jika sendawa biarkan ia keluar sendiri. Jika nak muntah jangan di tahan-tahan. Biarkan sahaja.
3. Samurai Perfume
Samurai Pefume boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut keadaan pesakit
1. Sebagai Pedinding Diri 24 Jam
- Letak botol Samurai Perfume pada jantung di dada kiri.Ini disebabkan jantung menjadi sasaran utama. DENGAN SYARAT: Jadikan selawat pada Rasulullah S.A.W sebagai amalan zikir harian. Bacalah seberapa banyak yang boleh.
- Sebaiknya letak sepanjang waktu, namun jika bermasalah anda boleh letak waktu serangan sihir berlaku iaitu pada 12.00 tengahari, Senja (6,00 petang) dan 12.00 tengah malam hingga subuh
- Amalkan hidu Samurai Perfume pada 3 waktu ini iaitu 12.00 tengahari, Senja (6.00 petang) dan sebelum tidur
- Bagi non-muslim anda tidak digalakkan ambil minuman keras semasa guna Samurai Perfume
Anda boleh gunakan pada bila-bila waktu sama ada selepas mandi dengan Raja gel atau tidak
Kenapa Letak Samurai Perfume di Jantung?
Jantung merupakan lokasi sasaran sihir. Mangsa akan kerap sakit dada bila senja & tengah malam
“Ketahuilah dalam tubuh badan manusia ada seketul daging, bila ia baik, maka baiklah seluruh tubuh, jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adalah JANTUNG!”
Sabda Rasulullah S.A.W Tweet
Jin & Iblis bila mahu mengusai manusia, ia akan bermula dari jantung. Bila jin dah kacau, jantung anda kerap berdebar-debar tanpa sebab bila senja & tengah malam.
2. Membersihkan Gangguan Jin di Rumah & Kedai
- Gunakan Mesin "Air Humidifiers" di rumah atau di kedai yang ada masalah gangguan jin.
- Pasang pada waktu serangan sihir akan berlaku pada 12.00 tengahari, Senja (6,00 petang) dan 12.00 tengah malam hingga subuh
- Tempoh yang paling baik ialah 100 hari ke atas. Dalam pengalaman saya 100 hari adalah waktu yang paling baik untuk bersihkan rumah & kedai yang mempunyai gangguan makhluk halus
- Jika tiada mesin Air Humidifiers, gunakan botol semburan seperti gambar dan video di bawah
Cara bersihkan rumah & kedai dari gangguan jin guna spray air
Video menerangkan cara membersihkan rumah guna Samurai Perfume dengan spray air
3. Menyedarkan Pesakit Yang Sedang Kerasukan
- Pesakit yang kerasukan inshaAllah boleh sedar, bila sembur pada jantung di dada kirinya atau tapak kaki kiri dan kanan dengan membaca lafaz Bismillah
- Boleh sembur terus dari botol Samurai Perfume ke arah pesakit atau menggunakan kaedah seperti video di atas
4. Mengatasi Kesakitan Sihir Pada Waktu Serangan Sihir
- Ikhtiar ini memerlukan seorang pesakit mengamalkan selawat kepada Rasulullah S.A.W seberapa banyak yang boleh setiap hari. Jadikan selawat ini sebagai zikir harian bagi setiap pesakit
- Serangan sihir akan berlaku pada setiap jam 12.00 tengahari, 6.00 (senja sebelum magrib dan 12.00 tgh malam hingga subuh. Pesakit perlu bersiap sedia dengan selawat dan menghidu aroma Samurai Perfume bila tiba waktu-waktu tersebut
- Selain dari 3 waktu di atas, serangan sihir juga akan berlaku selepas seseorang itu marah berlebihan atau sedih berlebihan atau ketawa terbahak-bahak berlebihan. Waktu ini manusia berada pada keadaan yang lemah. Pesakit perlu bersedia untuk mempertahankan diri dengan selawat dan menghidu aroma Samurai Perfume dan meletakkan botol Samurai Perfume di jantung
- Tiada halangan untuk pesakit baca mana-mana ayat al-Quran yang dihafal semasa guna Samurai Perfume. Tujuan saya meminta agar gunakan selawat adalah untuk memudahkan pesakit yang lemah dalam membaca al-Quran
- Mulakan dengan yang mudah dan jangan mulakan dengan bacaan yang menyusahkan. Bagi saya selawat kepada Rasulullah dah cukup. Kalau selawat pun tak tahu, boleh google di youtube.
5. Membatalkan Sihir Pemisah
- Pasangan suami/isteri yang terpisah dan sudah tidak duduk serumah atau yang masih serumah tapi cepat naik angin, boleh ikhtiar guna Samurai Perfume ini
- Caranya ialah dengan meletakkan botol Samurai Pefume pada jantung di dada kiri salah satu pasangan.
- Contohnya suami yang dah keluar dari rumah tak balik-balik, pihak isteri boleh bertindak dengan meletakkan botol Samurai Perfume pada jantung di dada kiri isteri.
- Masa letak botol tu baca Zikir Ya Aziz Ya Hakim, mohon pada Allah agar jantung suami dicantumkan dengan jantung isteri.
- Waktunya ada 3 iaitu (12.00 tengahari - waktu Zohor) , senja (6.00 ptg - hingga Isyak) dan sebelum tidur.
- Bacalah seberapa banyak dengan niat menyatukan semula hati suami/isteri sendiri
6. Pulangkan Sihir Kepada Penyihir*
- Pesakit tidak digalakkan pulangkan sihir kepada penyihir, ia hanya khusus untuk perawat Syifak yang bertauliah sahaja*
- Anda tumpukan untuk perbaiki diri anda dahulu. Sehinggalah anda benar-benar berasa yakin baru anda boleh lakukan teknik ini
- Sebenarnya tak perlu pun untuk anda hantar semula sihir itu kepada penyihir jika diri anda sendiri sudah berjaya mengawal dan dikuasai dengan amalan doa disamping anda mampu mengawal emosi ketika marah dan sedih. Jika tak mampu kawal emosi, saya tak galakkan anda guna teknik ini
- Namun jika anda mahu lakukan, sila hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum anda melakukannya.
Kalau Sihir Jenis Berulang-ulang, Macamana?
Pesakit yang tidak sembuh dari sihir yang dihantar berulang-ulang kali disebabkan beberapa faktor, antaranya:
- Pesakit tidak berwaspada dengan amalan selawat, terutama pada 3 waktu, iaitu 12.00 tengahari, senja sebelum maghrib (sekitar jam 6.00 ptg hingga isyak) & 12.00 tgh mlm hingga ke subuh. Pada waktu ini kena banyakkan selawat.
- Jin sangat aktif pada 3 waktu di atas. Orang yang ada gangguan sihir atau jin biasanya dia akan sakit pada 3 waktu ni
- Pesakit tiada bahan wangian seperti SAMURAI PERFUME pada waktu pesakit tidur bermula 12.00 tgh mlm hingga subuh. Anda boleh ikhtiar guna mesin "air humidifiers" dan pasang sepanjang malam dalam bilik tidur
- Pada waktu ini kena kawal emosi, terutama bila terasa nak marah atau sedih. Pada waktu ini akan berlaku macam-macam ujian. Mohonlah rahmat dari Allah ke atas jantung kita dan banyakkan selawat supaya kita rasa tenang dalam buat keputusan
- Pada waktu ini kadang-kadang kita okay, tapi suami atau isteri atau anak-anak atau sesiapa yang rapat dengan kita akan buat hal. Jika mereka buat hal ketahuilah itulah laluan iblis untuk buat serangan sihir pada kita.
- Meskipun anda amalkan selawat, rajin baca Quran, solat tahajjud dan berpuasa, ia bukan jaminan anda kebal daripada sihir, SEKIRANYA ANDA MASIH GAGAL kawal emosi MARAH & SEDIH!
- Jika anda terasa nak marah atau dah melepaskan kemarahan, anda kena tenang, jika berdiri diminta duduk, baca selawat kemudian hidu aroma Samurai Perfume. Jika anda sendawa lepas hidu itu normal.
- Samurai Perfume adalah wasilah ikhtiar dalam menghadapi situasi sukar terutamanya mengawal emosi. Dengan tidak menafikan perlunya kita berdoa dan berzikir mohon perlindungan dengan Allah.
- Semoga dengan ikhtiar ini akan membantu anda kawal emosi dan mampu berhadapan dengan sihir yang berulang-ulang.
4. 7 Telaga Wangian Raudhah
7 Telaga Wangian Raudhah boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut keadaan pesakit. Ia digunakan setelah lakukan mandian dengan Raja gel
1. Digunakan Sebagai Bahan Mandian
- Semua yang mengalami masalah ini digalakkan untuk lakukan mandian
- 7 Telaga Wangian Raudhah dititis pada baldi sederhana besar, dicampur dengan ais (air batu) setiap hari, selepas mandi dan bilas menggunakan gel mandian bidara. Bila telah siram dengan mandian 7 Telaga Wangian Raudhah + air batu, jangan dilap dan biarkan ia kering sendiri.
- Cara siraman ialah dengan mula daripada kepala. Pastikan air yang telah sampai di kepala, mestilah sampai ke seluruh tubuh dengan sekali siraman dan tidak digalakkan menggunakan gayung, terus siram guna baldi.
- Sehari hanya mandi sekali sahaja, sama ada pagi atau petang. Jika hari pertama mula pada waktu petang, maka pada hari-hari berikutnya juga pada waktu petang. Jika bermula pada waktu pagi, maka hari-hari yang berikutnya juga mesti bermula pada waktu pagi.
- Jika anda masalah tidur maka 7 Telaga Wangian Raudhah ini akan memperbaiki masalah tersebut.
- Produk ini telah disyifakkan dengan bacaan syifak al-Quran. Saya akan ubah kandungan produk ini setiap 1 atau 2 bulan sekali, bergantung kepada feedback yang diberikan oleh pesakit kepada saya. Ini bagi memastikan kualiti yang terbaik.
Video menjelaskan cara mandian 7 Telaga Wangian Raudhah
2. Mengatasi Masalah Anak Degil Tak Dengar Kata
Boleh gunakan pada bila-bila waktu sama ada selepas mandi dengan Raja gel atau tidak
- Anak bawah 12 tahun ke bawah masih boleh ditangani guna cara mandian ini
- Cara mandian adalah sama seperti di atas
- Jika 12 tahun ke atas atau sudah dewasa atau tak mahu mandi, kaedah yang paling sesuai ialah guna Bidara Drop n Drink. Klik di sini
- Tanda anak ada aura negatif yang kuat, anda akan cepat naik angin bila ditanya oleh anak sebarang soalan.Walhal soalan yang ditanya adalah soalan biasa.
- Anda akan mudah menghina anak sendiri walhal apa yang anda hina tu satu perkara yang tak pernah terlintas dalam fikiran
3. Mengekalkan Aura Positif Anak Degil 24 Jam
Boleh gunakan pada bila-bila waktu sama ada selepas mandi dengan Raja gel atau tidak
- Mengekalkan aura positif sangat penting disebabkan cabaran gangguan emosi berlaku setiap saat. 7 Telaga Raudhah bantu anda hadapi cabaran besar ini.
- Kaedah ini boleh dilakukan dengan meletakkan botol 7 Telaga Raudhah pada jantung di dada kiri
- Bila tiba 12.00 tghari dan waktu senja (6.00 petang) anda perlu banyakkan selawat pada Rasulullah S.A.W
- Untuk kesan yang maksimum, mandian 7 Telaga Raudhah & ais juga perlu dilakukan seperti panduan video di atas. Lakukan ulangan setiap minggu 3 hari berturut-turut
- Kawal emosi sedih dan marah sepanjang guna produk.
4. Menyebarkan Aura Rezeki Anak Degil di Kedai & Rumah Yang Suram
Boleh gunakan pada bila-bila waktu sama ada selepas mandi dengan Raja gel bidara atau tidak
- Gunakan Mesin "Air Humidifiers" di rumah atau di kedai yang ada masalah gangguan jin.
- Pasang pada waktu serangan sihir akan berlaku pada 12.00 tengahari, Senja (6,00 petang) dan 12.00 tengah malam hingga subuh
- Tempoh yang paling baik ialah 100 hari ke atas. Dalam pengalaman saya 100 hari adalah waktu yang paling baik untuk bersihkan rumah & kedai yang mempunyai gangguan makhluk halus
5. Bukhoor Premium
Bukhoor Premium boleh digunakan mengikut keadaan pesakit:
Anda boleh gunakan pada bila-bila waktu sama ada selepas mandi dengan Raja gel atau tidak
1. Untuk rumah kediaman
- Azankan rumah sebelum bakar arang atas tungku dapur sebanyak sekali
- Letak arang pada tungku dapur dan bakar hingga jadi bara
- Letak bara pada tempat yang boleh tahan panas
- Tabur Bukhoor Premium pada bara hingga keluar asap
- Bawa bekas arang yang telah ditabur Bukhoor Premium ke seluruh rumah / kedai hingga berbau wangi di setiap bilik, ruang tamu & tandas
- Pastikan semasa asapkan, seluruh pintu dan tingkap ditutup bagi memastikan wangian tersebut tidak keluar.
2. Untuk kedai / premis perniagaan
- Untuk masalah kedai, anda boleh asapkan kedai setengah jam/ 1 jam sebelum buka kedai.
- Boleh asapkan sekali lagi bila anda dah tutup kedai.
- Jika nak asapkan masa buka kedai pun boleh. Lakukan setiap hari.
3. Untuk diri & bertangas
Jika diri anda terkena sihir atau gangguan jin, boleh gunakan kaedah bertangas seperti di bawah:
- Anda dikehendaki pakai kain pelakat atau kain batik atau apa-apa jenis kain
- Letak arang pada tungku dapur dan bakar hingga jadi bara
- Tabur Bukhoor Premium pada bara hingga keluar asap
- Letakkan bukhoor di bawah kain dan asapkan diri daripada bawah dengan memakai kain..Pastikan asap berada dlm kain dan biarkan ia meresap ke atas hingga ke tubuh badan. Inilah tujuan kenapa perlu memakai kain
- Kain yang digunakan hendaklah dipakai sepanjang malam. Anda boleh asapkan diri bila-bila masa jika rasa tak selesa.
Testimonial
Dulu Tak Boleh Tidur
Salam.. Sihir jenis apakah ini.. Sy lihat byk perubahan pd tubuh bdn saya.. Paling ketara kekerapan buang air kecil yg sgt truk hilang da ustaz..
Saya fikir mungkin penyakit biasa da bertahun tanggung msalah ni smpai xley tdo mlm dan siang xley duduk tenang,pelik mkn ubat smua xbaik gak..tp dgn raja jel..masha allah jujur sy sgt bersyukur sudah normal buang air kecil..
Sy lihat kulit bdn sy yg kering telah kembali segar.. Klu tdk spt mayat hidup tbuh saya..bdn mmg terlalu kurus ustaz dan mcm2 sakit.. Sy da pts ase..
Dgn cube produk ustaz ni la jln terakhir bagi saya stelah sy puas menangis fikir ape lagi jln utk saya.. Sykur pelan2 perubahan bsr telah berlaku pd diri saya ..
Trima kash pd ustaz dan syukur allah bantu saya dgn cara begini..
Tetiba keluar angin dan sendawa begitu banyak
Pesakit: Salam.. Ustaz saya da mandi jam6:30 tadi.. Lps mandi tekak saya yg batok2 dan gatal kurang..
Lps tu dari petang smpai mlm ni sendawa dan muntah angin..
Mmg perut sakit bertahun perut mudah kembong,senak dan sakit..
Lps mandi byk angin kuar dan mudah sendawa..adakah smua sb sihir yg saya kene selama bertahun2 ni
Bisikan-bisakan jahat dah mula hilang
alhmllh ustaz dgn izin Allah bg sy ade perubahan positif klo nk bandingkn sblom ambil mandian raja bidara…
cuma nk btau kt ustaz mase 1st time nk pakai ade suara yg bsik kt tlga sy btau jgn gune jgn gune jgn gune smpai 3x bisikn tu…so sy truskn jgak than mase nk pakai sy ase ade smthing kt sblh n mmerhati
sy truskn jgak yg ketara sgt2 sy kurang marah n dah xmelenting mcm dulu ustaz