Saka Keturunan:Anda dah masuk 40 tahun?
Adakah saka keturunan punca adik-beradik jadi panas?

SOALAN :
Adik beradik punyai saka keturunan
Assalamualaikum ustad.
Nak tanya ya, boleh kita bercakap dengan adik beradik jauh malahan kita tahu dalam badannya ada benda saka keturunan? Dia bila cakap pening kepala saya ustaz. Bolehkah kita rapat dengan saudara seperti tu ya?
JAWAPAN :
Haram memutuskan silaturrahim
Jangan sesekali memutuskan silaturahim terutmanya adik beradik. Diriwayatkan daripada hadith Jubair bin Muth^im RadhiAllahu Anhu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :
لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَاطِعٌ
Maksudnya: “ Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim”. Maksud “tidak masuk syurga” di sini adalah tidak masuk bersama golongan terawal (bukan ertinya dia tidak akan masuk syurga selama-lamanya padahal dia memiliki Iman)
Kesan orang mempunyai saka
Bila kita berinteraksi dengan pesakit yang ada saka, sedikit sebanyak akan ada kesannya. Terutama, bila anda seseorang yang berusaha untuk jalani rawatan, manakala yang lain tidak mahu. Salah satu kesannya ialah terlalu mudah nak bergaduh, cepat marah, buruk sangka dan panas baran dan gopoh bila buat keputusan.
Diam lebih baik
Pening kepala salah satu kesan gangguan tersebut. Namun ia adalah hasil daripada gangguan emosi di atas. Pening kepala tidak akan berlaku, kecuali setelah emosi anda diganggu. Oleh Jika tiada keperluan untuk bercakap, adalah lebih baik diam. Namun demikian janganlah sampai memutuskan silaturrahim.
Tiada halangan untuk rapat dengan mereka. Namun jika memang mendatangkan masalah pada diri kita terutamanya diri kita sendiri, adalah lebih baik fokus pada diri sendiri dan keluarga kita dahulu.
Asal-usul Saka Keturunan
1) Ia adalah hasil perjanjian nenek moyang dahulu dengan jin untuk mendapatkan ilmu atau bantuan tertentu.
Nak Tahu Kena Saka atau Sihir?
Anda boleh tahu masalah yang anda hadapi melalui mimpi yang anda alami.
Mimpi yang menunjukkan anda ada saka :
* Mimpi jumpa bayi
* Mimpi Menyusu bayi
* Mimpi terima bayi daripada seseorang
* Mimpi melahirkan bayi
* Mimpi rumah lama
* Mimpi halaman lama
* Mimpi saudara-mara yang sudah meninggal dunia
* Mimpi terbang tinggi
* Mimpi terjun dari bangunan tinggi
* Mimpi terbang melayang-layang
* Mimpi rumah sendiri tapi dalam keadaan rumah lama atau rumah asal yang belum direnovate
* Mimpi Berada Di Tempat Kotor / Perkuburan seperti tandas
3. Jika anda mengalami mimpi di atas dan anda mengalami masalah suami isteri, kerap bertengkar atau panas baran, atau orang sekeliling jadi tak suka, ia bukan berpunca daripada sihir, tapi saka keturunan yang sudah ada pada diri anda sendiri. Saka inilah jadi penghalang kepada diri anda sendiri.
Mimpi yang menunjukkan anda terkena sihir:
- Mimpi jumpa dengan ular tapi tidak patuk atau gigit
- Mimpi dipatuk atau digigit ular
- Mimpi kala jengking
- Mimpi benda-benda tajam seperti pisau atau kaca atau apa jua jenis yang tajam
-->>Jika anda mengalami mimpi di atas dan anda mengalami masalah suami isteri, kerap bertengkar atau panas baran, atau orang sekeliling jadi tak suka, ia berpunca daripada seseorang yang melakukan sihir terhadap diri anda.
-->>Jika anda dalam kategori yang kena sihir, maka anda perlu berhati-hati dengan orang sekeliling terutama orang yang paling rapat dengan anda. Belajar untuk simpan rahsia yang ada pada diri. Jangan kerap sangat untuk share dan tayang-tayang usaha anda di Fb atau instagram, ini sangat bahaya.
Mimpi bercampur Saka & Sihir?
- Jika mimpi anda bercampur saka dan sihir, ertinya masalah yang anda alami ada kaitan dengan sihir dan saka. Kes yang seperti ini memang banyak bukan anda sahaja. Jika nak gunakan produk Bidara Specialist, anda mulakan dengan set atasi sihir dahulu, barulah gunakan set atasi saka untuk step yang berikutnya.
- Lakukan ikhtiar dengan tenang & sabar disamping bergantung harap hanya pada Allah, inshaAllah anda akan selamat
Kenapa Masuk Umur 40 tahun ke atas, Saka anda mula aktif?
- Umur 40 tahun ke atas adalah umur perubahan sikap seseorang untuk jadi lebih baik.
- Umur 40 tahun ke bawah merupakan tempoh manusia belajar daripada kesilapan lalu.
- Saka akan ambil kesempatan ini untuk lakukan kerosakan kepada manusia dan memastikan manusia kekal rosak setelah berumur 40 tahun
- Dalam umur 40 tahun ini, saka mencari pengganti siapa yang akan mewarisinya untuk generasi seterusnya. Oleh itu selagi tiada pegganti ia akan cuba ganggu manusia bila mencapai umur 40 tahun ke atas. Ini juga sebab kenapa saka mula aktif bila berumur 40 tahun ke atas.
Macamana Nak Tahu mula Aktif?
- Bila mimpi-mimpi disebabkan saka muncul semula
- Mungkin dulu anda pernah mimpi mengenai saka ni, kemudian untuk tempoh yang lama anda dah tak mimpi lagi. Tapi bila berumur 40 tahun ke atas akan mimpi lagi...Ini tanda-tanda ia mula nak mainkan peranan dia lebih kuat lagi.
- Jika anda mimpi semula tanda-tanda saka setelah guna produk Bidara Specialist, anda hanya perlu teruskan macam biasa.
- Ini disebabkan fungsi Produk Bidara Specialist ialah bongkar semula masalah yang ada kaitan dengan diri anda. Anda boleh tahu melalui amalan Surah Syuarak ayat 83
Contoh perjanjian dengan jin jika setuju terima saka
1. Keturunannya yang ke-7 akan hilang
2. Anak lelaki pertama menjadi mandul (memberi kesan kepada anak)
3. Semasa hidup perlu ada ritual-ritual tertentu untuk mengekalkan perjanjian semasa mati (saka mula kacau sebab tiada tempat bergantung), sebab itulah ia mula mengganggu anak-anak dan keturunannya
4. Ada juga jenis guru tiada perjanjian, tetapi ada memberi barang sebagai contohnya cincin
Saka Versi 2
Cara rawatan permulaan ada 2 cara:
Cara Pertama rawatan bagi pesakit yang pernah membuat rawatan
Ikhtiar Rawatan : Teruskan lakukan rawatan sendiri Dengan Mandian Raja Gel Bidara
Untuk masalah saka keturunan ini memang pelbagai cara rawatan. Ada ketikanya memang sangat sukar untuk hadapi. Namun demikian kesungguhan anda lakukan setiap hari boleh membantu mengatasi masalah yang dihadapi.
Jika anda mahu meneruskan rawatan tanpa perlu berjumpa atau tidak ada masa berjumpa pakar perawat islam, saya syorkan, anda gunakan dengan Raja Gel Bidara.

Testimonial: 5 Star! Terjual lebih 2.5K di Shopee
Panduan Bergambar:




Cara Kedua bagi pesakit yang belum pernah melakukan rawatan
Ikhtiar Rawatan : Mandian dengan 7 Telaga Raudhah
Cara kedua dilakukan bagi pesakit yang tak pernah langsung membuat atau mendapatkan rawatan islam, bagus gunakan 7 Telaga Raudhah untuk yang baru hendak memulakan rawatan.
Gunakan 7 Telaga Raudhah ini sebagai permulaan adalah sangat digalakkan.

Panduan Bergambar:







Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah



