
Cara Hilangkan Gatal Badan Sebab Sihir & Gangguan Jin
Masalah gatal yang berpunca daripada gangguan jin atau sihir perlu ditangani dengan cara yang betul.
Apabila pendekatan tepat digunakan, insyaAllah keadaan akan bertambah baik secara berperingkat.
Sebahagian pesakit cuba atasi dengan ubat farmasi atau krim gatal biasa. Itu usaha yang baik sebagai langkah awal.
Namun untuk kes tertentu, ia memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh dan tersusun supaya hasilnya lebih berkesan dan berkekalan.
Emosi Tak Jaga, Gatal lagi
Menjaga emosi merupakan perkara asas yang wajib diambil perhatian kalau anda betul-betul nak tahu cara hilangkan gatal sebab gangguan jin ini.
Jika emosi tidak dikawal, anda akan berpotensi untuk sakit dan gatal semula.
Anda menderita kegatalan bila emosi tidak dikawal dengan baik.
Emosi yang saya maksudkan adalah emosi marah dan sedih.
Sikap panas baran yang menguasi diri adalah penyumbang utama kekalnya masalah gatal dalam diri anda.
Orang yang panas baran selalunya ada masalah kulit.
Kalau tak percaya anda semak diri anda, termasuk adik-beradik, saudara-mara yang panas baran.
Pasti mereka ada masalah gatal-gatal kulit.
Kaitan Emosi & Gatal Sihir
Jin dan tukang sihir tahu waktu manusia lemah.
Manusia akan lemah, bila dirinya dikuasai oleh emosi yang tidak stabil. Anda tidak boleh berfikir waras dan rasional bila sedang marah atau sedih.
Pada waktu lemah inilah jin ambil kesempatan dan membuat serangan. Anda boleh terkena gatal selepas anda beremosi.
Bila anda marah, akan ada ruang di dalam jantung yang membolehkan jin masuk ke dalam diri anda.
Walaupun anda dah sembuh, tapi anda akan gatal semula selepas anda marah atau sedih.
Berjaya mengawal emosi ertinya anda berjaya melakukan salah satu cara hilangkan gatal badan yang berpunca dari gangguan jin
Selawat Ibrahimiah Bantu Stabilkan Emosi

Lakukan amalan selawat ini pada 3 waktu yang saya jelaskan di atas
Membaca selawat ke atas Rasulullah S.A.W akan mengundang rahmat Allah pada kita.
Berjaya mengamalkan selawat, ertinya anda berjaya mengawal emosi.
Berjaya mengawal emosi, ertinya berjaya melakukan satu lagi cara hilangkan gatal badan sebab gangguan jin.
Nak Semak?

Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah
Gatal-Gatal Sihir, Saka dan Santau
Analisis Rawatan 10 Tahun
Updated:
Sejak 2016 hingga 2026, saya mengendalikan ribuan kes gatal sihir misteri yang tidak pulih dengan rawatan moden.
Daripada pengalaman 10 tahun ini, saya dapati puncanya terbahagi kepada 4 tahap utama. Ia dikenal pasti berdasarkan waktu serangan dan corak mimpi pesakit.
Kunci kesembuhan gatal gangguan bukan sekadar pada ubat sapu, tetapi pada ketepatan memilih medium rawatan—sama ada melalui mandian, teknik bertangas diri, pagar rumah, atau pembersihan dalaman (perut).
Selain itu, masalah gatal-gatal ini sering berkait rapat dengan gangguan jin di dalam rumah.
Anda boleh baca tulisan saya berkenaan 12 tanda gangguan jin dalam rumah tahap bahaya!.
Semua tanda-tanda yang saya jelaskan adalah rekod daripada pesakit saya sendiri, maka ia boleh jadi panduan bagi pesakit yang mengalami masalah yang hampir serupa.
Setiap tulisan berwarna biru boleh anda klik untuk terus ke produk atau panduan penuh. Saya sengaja tidak letak butang “Buy Now” untuk elak gangguan semasa membaca.
Ringkasan Jadual
| Waktu Gatal | Simptom Tambahan | Produk Cadangan |
| Senja / Maghrib | Gatal miang ringan | Raja Gel / Scrub Lemon |
| Tengah Malam – Subuh | Gatal merayap, gelisah | Bukhoor Premium (Bertangas+Rumah) |
| Tengah Malam – Subuh (Kronik) | Gatal tak surut, mimpi pelik | Bukhoor Samurai (Bertangas+Rumah) |
| Tak Kira Masa (Sangat Kronik) | Gatal berterusan, letih | Raja Gel + Scrub + Bidara Drop+Bukhoor Premium/Samurai |
| Simptom Dalaman | Perut mengeras, mimpi makan | Wajib: Bidara Drop n Drink |
90% Kesilapan Pesakit Gatal
90% Kesilapan Pesakit Merasakan Dirinya Bebas Gangguan Makhluk Halus, Walhal Jin & Iblis Boleh Datang Dalam Pelbagai Bentuk. Salah-satunya Melalui Masalah Kulit Gatal-Gatal Yang Tidak Sembuh-sembuh!
3 Waktu yang perlu dijaga

Tahap Awal, Gatal Ketika Senja

Dalam pemerhatian saya dari 2016 hingga 2026, fasa gatal yang bermula pada waktu Senja (menjelang Maghrib) adalah tahap yang paling kerap berlaku.
Kebiasaannya, gatal ini bersifat ‘miang’ yang masih boleh dikawal tetapi sangat tidak selesa.
Tanda-tanda Kategori Ringan:
Gatal bermula sebaik sahaja matahari mula terbenam.
Kulit nampak normal, tiada ruam merah yang ketara, namun kadang-kadang keluar juga bintat-bintat merah tanpa sebab
Gatal hilang atau reda sendiri selepas waktu Isyak atau apabila anda berada di kawasan yang terang/ramai orang.
Solusi Rawatan: Untuk tahap ini, memadai dengan pembersihan luaran yang berkualiti. Berdasarkan pengalaman saya, pesakit hanya perlu gunakan salah satu atau gabungan dua produk ini:
Raja Gel Bidara: Gunakan sebagai gel mandian. Unsur bidara di dalamnya membantu pecahkan gangguan makhluk halus pada kulit yang ‘menarik’ gangguan waktu senja.
Scrub Lemon Olive Oil: Sangat berkesan untuk membuang sel kulit mati yang menjadi tempat ‘lepak’ sisa gangguan halus, bahkan meresap ke dalam kulit. Oleh itu, pesakit perlu membiarkan sekitar 5 minit bersama campuran Raja Gel Bidara agar meresap ke dalam kulit dan memaksa keluar jin daripada kulit.
Insight 10 Tahun: “Jika anda berjaya lepasi gatal waktu senja dengan hanya mandian Raja Gel, bermakna gangguan anda masih di peringkat ‘luaran’ (aura). Jangan tangguh, sebab jika dibiarkan, ia akan masuk ke Kategori 3 yang lebih berat.”
Update : Jika anda mengalami masalah gatal-gatal hanya melibatkan jari jemari tangan dan kaki, anda boleh baca artikel saya Minyak Bidara Untuk Gatal.
Dalam artikel tu saya jelaskan panduan lengkap yang boleh anda rujuk berdasarkan rekod pesakit yang telah saya bantu.
Pesan Nabi S.A.W Agar Waspada Waktu Senja
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: “إِذَا اسْتَجْنَحَ اللَّيْلُ، أَوْ قَالَ جُنْحُ اللَّيْلِ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنَ الْعِشَاءِ فَخَلُّوهُمْ وَأَغْلِقْ بَابَكَ وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ، وَأَطْفِئْ مِصْبَاحَكَ، وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ، وَأَوْكِ سِقَاءَكَ، وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ، وَخَمِّرْ إِنَاءَكَ، وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ، وَلَوْ تَعْرُضُ عَلَيْهِ شَيْئًا
Maksud : Bila tiba waktu malam atau tiba waktu senja, maka hendaklah kamu halang anak-anak kamu (jangan benarkan mereka keluar), kerana syaitan sedang berkeliaran ketika itu. Bila sudah tiba waktu Isyak, barulah benarkan mereka untuk keluar;
dan tutup pintu rumahmu (pada waktu malam) dan sebutkan nama Allah di atasnya, dan tutuplah lampu kamu (bila kamu tidur) , dan sebutkan Nama Allah di atasnya, tutuplah bekas-bekas minuman (yang ada air di dalamnya) dan sebutlah nama Allah padanya, tutuplah perkakas dapur (yang masih ada makanan) dan sebut nama Allah padanya.
Kenapa Gatal Berlaku pada Waktu Senja?
Saya selalu menerangkan bahawa waktu senja atau Maghrib ialah waktu peralihan yang disebut dalam hadis sebagai waktu makhluk halus berkeliaran.
Ramai pesakit saya melaporkan:
Gatal bermula menjelang azan Maghrib
Rasa gelisah secara tiba-tiba
Emosi tidak stabil
Corak ini konsisten dalam kes saka.
👉 Untuk penerangan lengkap tentang cara hilangkan gatal di badan waktu senja atau maghrib.
Tahap Pertengahan, Gatal Bila Tengah Malam Hingga Subuh

Jika gatal anda hanya bermula atau memuncak pada waktu tengah malam sehingga Subuh, ini adalah tanda gangguan yang lebih kuat berbanding gatal waktu senja. Pada fasa ini, penggunaan gel mandian sahaja selalunya tidak mencukupi.
Kenapa Perlu Bukhoor Premium? Gangguan waktu malam biasanya melibatkan ‘kehadiran’ dalam rumah. Berdasarkan pengalaman saya, anda perlu gunakan Bukhoor Premium kerana dua fungsi utama:
Bertangas Diri: Asap bukhoor masuk ke liang roma untuk ‘menghalau’ gangguan dari dalam saraf.
Wangian Rumah: Mewangikan rumah dengan bukhoor bukan sekadar hiasan, tetapi untuk menukar suasana rumah supaya jin/sihir rasa tidak selesa dan keluar.
Nota Penting (Evolusi Rawatan): Dahulu (2016), saya hanya cadangkan Raja Gel dan Scrub Lemon untuk semua kes gatal sihir. Namun kini, pemilihan produk wajib mengikut waktu gatal. Jika ia gatal tengah malam, Bukhoor Premium adalah kunci utama untuk mematikan gangguan tersebut.
Kaedah Bertangas Menggunakan Bukhoor Premium
Saya akan mencadangkan kaedah bertangas menggunakan Bukhoor Premium.
Langkahnya:
Berdiri bertangas selama 15–20 minit
Bacakan doa perlindungan
Lakukan secara konsisten
Ramai pesakit melaporkan perubahan selepas beberapa sesi.
Boleh baca artikel saya mengenai masalah gatal waktu malam serta protokol rawatan yang lengkap.
Jika anda mengalami gatal Miss V, boleh baca panduan saya. Anda mesti baca
Tahap Kronik : Bila Gatal Tak Lega, Guna Bukhoor Samurai

Apabila gatal-gatal memuncak pada waktu tengah malam sehingga Subuh dan tidak menunjukkan pengurangan walaupun sudah berikhtiar dengan kaedah biasa, ini menandakan pesakit berada pada tahap kronik. Serangan pada waktu ini biasanya lebih tajam, degil, dan menyebabkan pesakit langsung tidak dapat berehat.
Jika selepas menggunakan Bukhoor Premium pun keadaan masih tidak berubah, maka anda perlu naik ke tahap yang lebih “ganas” iaitu Bukhoor Samurai.
Kenapa Perlu Bukhoor Samurai? Dalam pemerhatian saya selama 10 tahun, kes kronik pada waktu tengah malam memerlukan medium yang lebih ‘ganas’ untuk memecah rantaian sihir tersebut.
Bertangas Diri: Asap Bukhoor Samurai bertindak memedihkan dan memecah sarang gangguan yang sudah lama berselindung di bawah liang roma.
Wangian Rumah: Ia menetralkan semula aura rumah secara agresif supaya jin atau sihir yang menjadi punca gatal kronik ini keluar dari kediaman pesakit.
Fungsi Bukhoor Samurai: Ia mempunyai formula yang lebih keras untuk tujuan bertangas diri dan pagar rumah. Majoriti pesakit yang berada di kluster kronik ini menunjukkan tanda-tanda positif dan berjaya ‘lepas’ (sembuh) selepas konsisten menggunakan Bukhoor Samurai.
Dalam kes yang lebih berat, saya pernah mencadangkan penggunaan Bukhoor Samurai untuk tujuan bertangas.
Biasanya saya cadangkan apabila:
Mimpi semakin kerap
Gatal bertambah kuat
Gangguan terasa lebih agresif
Pendekatan ini dilakukan secara berperingkat dan berhati-hati.
Baca juga artikel saya berkenaan Gatal Merayap Bawah Kulit Seperti Miang Buluh? Kenapa Bukhoor Samurai Jadi ‘Musuh’ Utama Gangguan Ini?

Tahap Sangat Kronik : Gatal Tak Kira Masa

Jika Semua Ikhtiar Belum Berjaya, Semak "Punca Dalaman" (Sihir Melalui Makanan)
Ini adalah tahap yang paling mencabar kerana gatal-gatal berlaku secara berterusan sepanjang hari tanpa mengira waktu.
Jika anda berada dalam situasi ini, anda wajib menyemak sama ada punca gangguan sebenarnya sudah berada di dalam badan (dalaman).
Tanda-Tanda Utama:
Gatal 24 Jam: Serangan yang tidak berhenti-henti walaupun sudah mandi atau bertangas.
Masalah Dalaman: Perut kerap mengeras, kembung, atau memulas terutamanya pada waktu senja dan malam.
Isyarat Mimpi: Kerap bermimpi sedang makan atau diberi makan oleh seseorang.
Ramai pesakit buntu kerana sudah menggunakan Raja Gel, Scrub, malah sudah bertangas dengan Bukhoor Samurai, tetapi gatal tetap menyerang.
Jika ini berlaku, anda wajib menyemak sama ada gangguan tersebut sudah masuk ke dalam sistem tubuh melalui makanan yang disihir atau disantau.
Tanda-Tanda “Sihir Makanan” Yang Wajib Anda Perhatikan:
Simptom Perut: Perut terasa mengeras, kembung, atau memulas secara tiba-tiba, terutamanya apabila tiba waktu senja atau tengah malam.
Isyarat Mimpi: Anda kerap bermimpi sedang makan, diberi makan oleh orang (dikenali atau tidak), atau berada di majlis keraian yang penuh dengan makanan.
Gatal Luaran Tak Logik: Gatal di kulit tetap mengganas walaupun anda sudah menjaga kebersihan aura luaran secara maksimum.
Kenapa “Tak Jalan”?
Berdasarkan pengalaman saya, jika punca gangguan sudah berada di dalam perut (dalaman), ia akan bertindak sebagai ‘magnet’ yang terus menarik gangguan luar untuk datang semula. Selagi sistem dalaman tidak dibersihkan, produk mandian hanya mampu meredakan sementara, bukan menyembuhkan secara akar.
Solusi Utama: Bidara Drop n Drink
Untuk memecahkan rantaian ini, anda memerlukan Bidara Drop n Drink. Ia diformulasikan khusus untuk:
Proses Pembersihan : Membantu membuang dan meneutralkan sihir atau santau yang sudah sebati dalam sistem pencernaan.
Membuka Jalan Kesembuhan: Selepas sistem dalaman dibersihkan, barulah protokol luaran seperti mandian Raja Gel, Scrub Lemon, dan penggunaan Bukhoor Samurai akan berfungsi dengan tajam untuk mematikan saki-baki gangguan pada kulit. Tanpa membuang punca dalaman (perut), gatal-gatal ini akan sentiasa datang kembali kerana ‘magnet’ gangguan masih ada di dalam diri.
Rumusan saya: > “Setiap pesakit memberikan keputusan yang berbeza. Namun, bagi kes yang melibatkan sihir makanan, Bidara Drop n Drink adalah pintu utama. Tanpa membersihkan dalaman, ikhtiar luaran anda akan sentiasa terhalang.”
FAQ: Soalan Lazim Tentang Gatal Gangguan (Kajian 2016-2026)
1. Kenapa gatal-gatal saya hanya datang pada waktu senja atau tengah malam sahaja?
Mengikut pengalaman saya selama 10 tahun, gangguan jin dan sihir mempunyai waktu aktif yang spesifik, terutamanya pada waktu peralihan (senja) dan waktu manusia tidur (tengah malam). Ini bukan gatal alergi biasa, tetapi manifestasi ‘kehadiran’ unsur halus pada saraf anda. Sebab itu saya bahagikan rawatan mengikut cluster waktu gatal anda.
2. Adakah saya wajib bertangas dengan Bukhoor Samurai jika gatal saya sudah tahap kronik?
Ya, sangat digalakkan. Apabila gatal sudah sampai tahap kronik (Cluster 3), gangguan tersebut biasanya sudah membina ‘sarang’ di bawah kulit. Teknik bertangas menggunakan Bukhoor Samurai bertujuan untuk memedihkan dan memecahkan sarang tersebut melalui liang roma, sekali gus membersihkan aura rumah yang menjadi tempat persembunyian mereka.
3. Apa kaitan perut mengeras dengan masalah gatal-gatal kulit?
Ini adalah tanda Cluster 4 (Sihir Makanan). Jika punca gatal datang dari apa yang anda ‘termakan’ (sihir/santau), perut akan terasa kembung atau mengeras. Selagi punca di dalam perut tidak dibersihkan dengan Bidara Drop n Drink, gatal di kulit akan terus ada kerana ‘magnet’ gangguan masih berada di dalam sistem penghadaman anda.
4. Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk gatal-gatal ini benar-benar hilang?
Setiap individu mempunyai tahap tindak balas yang berbeza. Namun, secara purata melalui rekod rawatan saya dari 2016-2026, pesakit yang konsisten mengikut protokol cluster (cth: Mandian Raja Gel + Bertangas) akan mula nampak perubahan positif dalam tempoh 3 hingga 7 hari. Kuncinya adalah istiqamah dan tidak berhenti separuh jalan.
5. Bolehkah saya gunakan produk Cluster 1 (Raja Gel) sahaja untuk gatal yang berlaku ‘Tak Kira Masa’?
Jika gatal berlaku tak kira masa (Cluster 4), penggunaan Raja Gel sahaja mungkin hanya memberi kelegaan sementara. Anda memerlukan Protokol Lengkap termasuk pembersihan dalaman (Bidara Drop) dan pembersihan ruang (Bukhoor) kerana pada tahap ini, aura diri anda sudah terlalu lemah dan gangguan sudah mula berselindung di dalam organ badan.
Siapa saya?

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Perunding Rawatan Syifak Tanpa Ke Pusat Rawatan
Founder Bidara Specialist




2 thoughts on “Cara Hilangkan Gatal Badan Berpunca Gangguan Jin & Sihir”
Saya mengalami gatal2 di kaki .seperti ada benda merayap di celah jari kaki .dh bermcm cara ubat masih belum baik.
Pn Anita boleh wasap saya 0137628063