Perbuatan Syirik kepada Allah yang dilakukan tukang sihir untuk dekatkan diri kepada syaitan

Perbuatan Syirik Kepada Allah Tempah Neraka Dunia & Akhirat

8 Perbuatan syirik kepada Allah yang kononnya dekatkan diri pada Iblis, rupanya tempah neraka dunia & akhirat!

  1. Mengikat mashaf Al-Quran di bawah kedua tapak kakinya (dijadikan selipar) kemudian di bawa masuk berjalan ke dalam tandas.
  2. Menulis ayat-ayat Al-Quran dengan najis, kotoran atau darah haid di bawah dua belah seliparnya.
  3. Menulis ayat-ayat al Fatihah secara terbalik.
  4. Bersolat tanpa berwuduk dan kadang-kadang dalam keadaan berjunub.
  5. Melakukan penyembelihan semata-mata kerana syaitan dan tidak menyebut nama Allah ketika menyembelihnya, kemudian hasil sembelihan itu diletakkan di tempat-tempat tertentu yang sememangnya khusus bagi syaitan.
  6. Melakukan pemujaan terhadap cakerawala-cakerawala langit di samping turut mengabdikan diri hanya kepadanya dan tidak kepada Allah S.W.T.
  7. Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung dan anak perempuannya sendiri.
  8. Menulis lafaz-lafaz (azimat dan jampi serapah) bukan dalam bahasa arab asli bahkan kadangkala ianya membawa makna kufur dan syirik.

Waspada dengan perawat yang gunakan "Jin khadam"

Jin tidak akan menjadi khadam atau memberi pertolongan kepada tukang sihir melainkan setelah mengikut tuntutan syarat-syarat berupa perbuatan syirik kepada Allah.

Setiap kali bertambahnya amalan kekufuran si tukang sihir, maka syaitan akan menjadi bertambah taat kepada segala kehendak yang dihajati oleh ‘tuannya’ serta cepatlah pula melaksanakan ‘titah-perintah’ seperti yang disuruh. 

Tetapi kalau ‘tuannya’ tidak mengambil berat atau mengurangkan jumlah ‘perbuatan syirik kepada Allah’, maka khidmat si iblis itu akan turut berkurangan malahan ia akan derhaka kepada ‘tuannya’.

Jelasnya si tukang sihir dan syaitan masing-masing mempunyai hubungan yang amat rapat dalam usaha-usaha melakukan penderhakaan kepada Allah S.W.T.

Tukang sihir hidup dalam derita

Sekiranya anda pernah melihat keadaan si tukang sihir, anda akan dapati seolah-olah terlukis warna-warna kekufuran yang hitam pekat di wajahnya. Wajahnya tidak berseri, menyeramkan dan kadang-kala boleh menyebabkan sesak nafas.

Demikian juga kalau anda tinjau secara lebih dekat lagi, sudah pasti anda dapati kehidupannya termasuklah bersama isteri dan anak-anaknya sendiri cukup melarat dan penuh penderitaan. 

Dia sendiri tidak berupaya untuk tidur nyenyak atau beristirehat secukupnya bahkan seringkali mengalami kejutan berulang-ulang kali semasa tidur . 

Fikiran (mental) dan hatinya (spiritual) sentiasa bergelora keresahan serta tidak menentu. 

Lebih teruk lagi apabila si syaitan ‘belaannya’ turut sibuk campur tangan memporak-perandakan kehidupan ‘tuannya’ dengan isteri dan anak-anaknya sehingga kadang-kadang mereka sering bertelagah dah bergaduh sesama sendiri. 

Amat benar sekalilah seperti apa yang telah difirmankan oleh Allah S.W.T yang berbunyi:

20 124

Ertinya: “Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya mereka akan memperoleh kehidupan yang sangat sempit(sesak)”. Tohaa: 124.

Tukang sihir hidupnya susah!

Jika tukang sihir sendiri hadapi kehidupan yang sempit, apa pula kelebihan pada mereka yang meminta pertolongan pada tukang sihir?

Jika tukar sihir sendiri tak dapat selamatkan diri mereka, apakah penjilat tukang sihir mampu mencapai kebahagian?

Anda mungkin dapat apa yang anda mahu, tapi semua yang anda dapat akan berantakan dan timbulkan semula masalah pada diri sendiri.

Sekian, salam hormat dari saya,

ustaz zulhilmei, bidara specialist

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist

Artikel berkaitan

Tanda Sihir Sudah Hilang

5 Tanda Sihir Sudah Hilang

Tanda Sihir Sudah Hilang lepas Guna Bidara Specialist 1) Kestabilan Emosi Emosi merupakan kayu ukur paling penting bagi menentukan adakah anda benar-benar stabil dalam menghadapi

Read More »
Set Bidara atasi sihir Step 2

Set Bidara Atasi Sihir (Step 2)

Cara Guna Set Atasi Sihir Step 2 https://youtu.be/_Qt4IQQLDsQhttps://www.youtube.com/watch?v=7zvhCfq0X-Q Set 2 Atasi sihir mengandungi 3 item penting 1. Gel Mandian Bidara Atasi Sihir Cara Guna Gel

Read More »

Anda Mungkin Juga Berminat

Gatal-Gatal Yang Tak Sembuh
Jenis Masalah

Gatal-Gatal Yang Tak Sembuh

Gatal-Gatal Yang Tak Sembuh: Kenapa Ia Berlaku & Pendekatan Berperingkat Yang Lebih Selamat Gatal-gatal yang tak sembuh walaupun sudah cuba pelbagai cara boleh menjejaskan emosi

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *