Ayat Pembatal Sihir & 6 Cara Runtuhkan Sihir Via Samurai Perfume

Ayat Pembatal Sihir :

Pernahkah anda rasa jantung berdebar tanpa sebab, sesak nafas, atau rasa miang pada kulit setiap kali masuk waktu senja dan tengah malam?

Ramai mangsa sihir tidak sedar bahawa jantung adalah sasaran utama gangguan jin untuk mengawal emosi manusia melalui rasa marah dan sedih yang melampau.

Lebih-lebih lagi akan bertambah emosi bila kerap mimpi yang menakutkan seperti mimpi perempuan berbaju hitam dan sebagainya.

Saya Ustaz Zul Hilmei Mohamad Rohani, pengasas Bidara Specialist dengan pengalaman lebih 10 tahun sebagai Perunding Rawatan Syifak. Saya telah membantu ramai pesakit yang mengalami masalah sihir, saka, dan santau melalui tafsir mimpi serta kaedah rawatan yang boleh anda lakukan sendiri di rumah dengan bantuan khidmat nasihat dari saya tanpa perlu hadir ke pusat rawatan.

Dalam perkongsian ini, saya akan membongkar bagaimana penggunaan Samurai Perfume sebagai wasilah ikhtiar—digabungkan dengan amalan selawat dan ayat pembatal sihir—mampu menjadi ‘pedang’ yang memancung serta meracik tubuh makhluk halus dengan izin Allah.

Ada juga rekod yang saya terima, pesakit berjaya memecahkan rahsia berlapis-lapis dalam mimpi  selepas menggunakan Samurai Perfume.

Notis Penting!

PENTING: Pesakit mestilah ada niat mengembalikan kepasrahan kepada Allah serta memperbetulkan akidah dan syariat bagi memastikan rawatan benar-benar membawa pesakit kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Kesembuhan hanya berlaku dengan izin Allah, manakala penggunaan produk adalah sebahagian daripada usaha tawakal yang disertai dengan selawat, zikir, dan solat untuk melindungi diri. Pesakit juga diingatkan supaya sentiasa menjaga adab-adab yang telah diajarkan sepanjang tempoh rawatan.

Ayat Pembatal Sihir-Ayat 137 Surah al-Baqarah

al-baqarah 137
  • Samurai Perfume merupakan ikhtiar bagi membatalkan sihir.
  • Ikhtiar bermaksud bahawa kita memohon kepada Allah untuk membatalkan sihir dengan ikhtiar semburan Samurai Perfume dengan ayat 137 Surah al-Baqarah.
  • Teks al-Quran.

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

  • Rumi: Fasayakfīkahumullāh, wa huwas-samī‘ul-‘alīm.
  • Terjemahan: “Maka Allah akan memelihara kamu dari (kejahatan) mereka; dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Ayat ini juga digunakan sebagai doa pembatal sihir rezeki dengan mandian ais 7 Telaga Raudhah dan Samurai Perfume.

Sebenarnya ayat pembatal sihir tidak hanya terhad kepada ayat 137 Surah al-Baqarah, anda juga boleh gunakan ayat 81-82 Surah Yunus.

Sila baca tulisan saya berkenaan ayat pembatal sihir Surah Yunus ayat 81-82 untuk panduan.

ayat pembatal sihir,ayat pembatal sihir rumi

Samurai Perfume boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut keadaan pesakit

1. Ayat Pembatal Sihir Sebagai Pedinding Diri

Anda baca ayat pembatal sihir di atas sebanyak 7 kali sambil letak botol Samurai Perfume pada jantung di dada kiri.Ini disebabkan jantung menjadi sasaran utama. DENGAN SYARAT: Jadikan selawat pada Rasulullah S.A.W sebagai amalan zikir harian. Bacalah seberapa banyak yang boleh.

Sebaiknya letak sepanjang waktu, namun jika bermasalah anda boleh letak waktu serangan sihir berlaku iaitu pada 12.00 tengahari, Senja (6,00 petang) dan 12.00 tengah malam hingga subuh

Amalkan hidu Samurai Perfume pada 3 waktu ini iaitu 12.00 tengahari, Senja (6.00 petang) dan sebelum tidur

Bagi non-muslim anda tidak digalakkan ambil minuman keras semasa guna Samurai Perfume.

Namun demikian, sepanjang pengalaman saya merawat pesakit, kebanyakan masalah pesakit adalah disebabkan diri seseorang itu memerlukan pemulihan hingga ke akarnya.

Pedinding diri itu bagus, namun pemulihan diri hingga ke akarnya juga perlu dilakukan.

Oleh itu, Samurai Perfume digunakan untuk membantu pesakit memahami masalah diri dan punca gangguan yang dialami.

Doa Nabi Yunus Untuk Sihir: Satu lagi amalan yang wajar anda lakukan sebagai memfokuskan kepada amalan doa sebagai wasilah perlindungan dan pembatal sihir.

Jantung merupakan sasaran sihir. Mangsa akan kerap sakit dada dan sesak nafas bila senja & tengah malam

gangguan-emosi, gel-feminine

“Ketahuilah dalam tubuh manusia ada seketul daging, bila ia baik, maka baiklah seluruh tubuh, jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adalah JANTUNG!”- Sabda Rasulullah S.A.W

Jin dan Iblis mengusai manusia bermula dengan jantung. Bila jin dah kacau,  jantung kerap berdebar tanpa sebab bila senja & tengah malam.

air humidifiers

Anda boleh rujuk artikel saya untuk mengetahui tanda-tanda gangguan jin dalam rumah.

Ini dapat membantu untuk anda memahami kenapa perlu menggunakan Samurai Perfume

Salah satu tanda itu ialah bila seseorang kerap mimpi rumah lama atau halaman lama. 

Ada juga pesakit yang kerap mimpi rumah lama walaupun rumah tu sudah tak wujud atau tidak diketahui di mana ia berada.

Antara yang popular juga ialah bila seseorang mengalami masalah gatal-gatal tanpa sebab bila berada dalam rumah.

Baca ayat pembatal sihir semasa anda sembur ke udara atau ke mana-mana tempat yang ada gangguan.

Boleh baca panduan cara halau jin dalam rumah untuk lebih detail.

Baca tanda gangguan jin dalam rumah. Jika terdapat tanda sihir dalam rumah, anda sewajarnya ikhtiar dengan Samurai Perfume.

Rumah yang mengalami masalah berbau hancing atau berbau busuk serta ada rekod gangguan jin, Samurai Perfume merupakan ikhtiar terbaik untuk menghilangkan bau tersebut

ayat pembatal sihir,ayat pembatal sihir rumi

Anda boleh baca artikel saya yang lebih lengkap ada 3 cara untuk menyedarkan pesakit kerasukan jin dengan Samurai Perfume.

Ayat Pembatal Sihir & Selawat dibaca ketika guna Samurai Perfume waktu sakit.

Ayat pembatal sihir boleh dibaca bersama penggunaan Samurai Perfume sebagai salah satu ikhtiar bagi pesakit yang percaya dirinya mengalami gangguan sihir.

Bagi pesakit yang sukar membaca al-Quran atau tidak mampu menghafal banyak ayat, saya sarankan supaya mulakan dengan amalan yang mudah, iaitu berselawat kepada Rasulullah SAW.

Amalkan selawat sebanyak yang mampu setiap hari dan jadikan ia sebagai zikir harian. Tak perlu paksa diri sampai rasa terbeban. Mulakan sedikit demi sedikit dan cuba istiqamah.

1. Bersedia pada waktu yang diberi perhatian dalam kaedah rawatan ini

Berdasarkan kaedah yang saya amalkan, pesakit diminta memberikan perhatian pada tiga waktu berikut:

  • Pukul 12.00 tengah hari.

  • Pukul 6.00 petang, iaitu waktu senja sebelum Maghrib.

  • Pukul 12.00 tengah malam hingga masuk waktu Subuh.

Apabila tiba waktu tersebut, pesakit boleh meneruskan selawat dan menghidu aroma Samurai Perfume mengikut kaedah penggunaan yang sesuai.

Waktu-waktu ini merupakan panduan dalam kaedah rawatan yang saya amalkan, bukan bukti bahawa serangan sihir pasti berlaku pada setiap waktu tersebut.

2. Apa perlu buat apabila emosi terlalu kuat?

Dalam kaedah rawatan ini, pesakit juga diingatkan supaya memberikan perhatian kepada keadaan emosi, terutamanya apabila terlalu marah, terlalu sedih atau ketawa secara berlebihan.

Jika keadaan ini berlaku, cuba bertenang terlebih dahulu.

Duduk jika perlu, kawal pernafasan dan teruskan berselawat mengikut kemampuan.

Perlu diingat, emosi yang kuat tidak semestinya bermaksud seseorang sedang diserang sihir.

Tekanan, keletihan dan masalah kesihatan juga boleh mempengaruhi emosi.

Baca panduan saya halau bisikan iblis dengan panduan 6 doa bagi mengatasi masalah emosi.

3. Boleh baca ayat al-Quran lain ketika menggunakan Samurai Perfume?

Boleh. Pesakit tidak dihalang daripada membaca mana-mana ayat al-Quran yang dihafal ketika menggunakan Samurai Perfume.

Jika pesakit tahu membaca Surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas atau ayat pembatal sihir seperti Surah Yunus ayat 81-82, bolehlah membacanya mengikut kemampuan.

Saya mencadangkan selawat sebagai amalan asas kerana bukan semua pesakit mampu membaca al-Quran dengan lancar atau menghafal banyak ayat.

Jadi, kita mulakan dengan perkara yang mudah supaya pesakit tidak rasa terbeban.

4. Kalau tak tahu selawat, macam mana?

Tak mengapa. Belajar sedikit demi sedikit.

Pesakit boleh mencari panduan selawat kepada Rasulullah SAW melalui YouTube atau sumber pembelajaran Islam yang dipercayai.

Pilih selawat yang mudah diikuti, kemudian amalkan setiap hari mengikut kemampuan.

Jangan sampai rasa susah untuk memulakan amalan kerana terlalu memikirkan bacaan yang panjang.

Yang penting, belajar dengan betul, beramal dengan ikhlas dan sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah SWT.

Nasihat saya, mulakan ikhtiar dengan perkara yang mudah. Jadikan selawat sebagai zikir harian, baca ayat al-Quran yang diketahui dan gunakan Samurai Perfume mengikut arahan yang sesuai.

Samurai Perfume adalah salah satu ikhtiar.

Kita tidak boleh memastikan bahawa waktu tertentu atau perubahan emosi menandakan serangan sihir.

Kita berusaha setakat yang mampu, berdoa dan bertawakal.

Hak mutlak penyembuhan tetap milik Allah SWT.

Jika sakit pinggang belakang bila tiba waktu senja atau tengah malam, anda disyorkan untuk menggunakan Minyak Bidara Premium.

Ini disebabkan Minyak Bidara Premium fokus untuk mengatasi masalah sakit sendi dan urat saraf.

ayat pembatal sihir,ayat pembatal sihir rumi

Jika Pasangan Tak Mahu Berubat

Bagi mengatasi masalah sihir pemisah, namun pasangan tak mahu berubat, anda boleh ikhtiar menggunakan Bidara Drop n Drink.

Boleh baca panduan saya mengenai pasangan suami isteri yang tak mahu berubat.

Sihir pemisah rumahtangga juga ada kaitan dengan masalah sihir pembenci.

Bagi pesakit yang mengalami sihir pemisah suami isteri, ia juga turut mengalami masalah dibenci oleh orang lain.

Boleh baca panduan saya cara menghilangkan sihir pembenci untuk lebih detail.

Langkah ini adalah untuk menghentikan gangguan yang dihantar secara berulang-ulang.

Pesakit yang tidak sembuh dari sihir yang dihantar berulang-ulang kali disebabkan beberapa faktor, antaranya:

Baca panduan lebih detail berkenaan masalah pesakit yang mengalami sihir berulang-ulang.

Soalan Lazim

  • Bilakah waktu serangan sihir biasanya berlaku? Serangan sihir dan aktiviti jin paling aktif berlaku pada tiga waktu utama iaitu jam 12.00 tengah hari, waktu Senja (6.00 petang), dan 12.00 tengah malam hingga waktu Subuh. Mangsa biasanya akan merasa sakit atau sesak nafas pada waktu-waktu tersebut.

  • Mengapa rawatan perlu difokuskan pada bahagian jantung? Jantung merupakan sasaran utama sihir kerana ia adalah pusat yang mengawal seluruh tubuh. Jin dan Iblis cuba menguasai manusia bermula dari jantung, menyebabkan mangsa kerap berdebar-debar tanpa sebab.

  • Berapa lama tempoh untuk membersihkan gangguan di rumah atau kedai? Bagi pembersihan premis, penggunaan aromaterapi melalui mesin air humidifier yang dicampur Samurai Perfume disarankan dilakukan selama 100 hari ke atas. Tempoh ini adalah yang terbaik mengikut pengalaman rawatan Syifak selama 10 tahun.

  • Bolehkah Samurai Perfume digunakan oleh golongan non-Muslim? Ya, boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Namun, bagi golongan non-Muslim, anda tidak digalakkan mengambil minuman keras semasa menggunakan ikhtiar ini.

Siapa Saya?

ustaz zulhilmei, bidara specialist

Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah

Testimonial

Berapa mereka Bagi Rating?

samurai perfume

Apa Kata Mereka Yang Telah Mencuba?

Pengguna Shopee Berikan 5 Star!

Ribuan pengguna telah merasai perubahan positif selepas mengamalkan kaedah rawatan di rumah dengan bantuan khidmat nasihat saya:

  • Masalah Sakit Bertahun Sembuh: Seorang pengguna menceritakan ibunya yang sakit tangan bertahun-tahun kembali boleh menggenggam barang dan melakukan kerja rumah selepas disapu Samurai Perfume.

  • Emosi Suami Lebih Tenang: Testimoni menyatakan suami yang sebelum ini kerap marah-marah menjadi lebih tenang dan tidak lagi melenting apabila ditegur selepas menggunakan produk ini.

  • Kesihatan Fizikal Meningkat: Ada yang melaporkan rasa ‘miang’ dalam dada hilang dan badan terasa lebih sihat untuk beribadah dan bekerja.

  • Pengguna Tegar: Keberkesanan produk ini terbukti apabila ada pelanggan yang telah membuat pembelian sehingga botol ke-5 kerana berpuas hati dengan hasilnya

Bertahun sakitnya g berubat takde kesan apa...skrang dah boleh genggam barang

Mak saya tangan kiri dia sakit belah kiri dah bertahun sakitnya g berubat takde kesan apa.saya sapu semlm pakai perfume samurai ni alhamdulillah kurang rasa sakit nya dia boleh gengam barang nak buat kerja tidak lama dah sakit nya

Tadi mula2 suami saya mcm marah2,

Tuan saya cuba hidu tadi saya rasa pening tapi ada sedikit rasa pening sikit
Baik2 tuan..alhamdulillah saya rasa tenng tadi saya rasa serabut Alhamdulillah tuan..baru pakai tadi..syukur saya rasa sehat dah boleh buat keje nak solat boleh tidak saya rasa tak sedap badan je Tadi saya sapu sikit dekat dada alhamdulillah hilang rasa miang dlam dada ..Alhamdulillah saya rasa tenng lepas hidu dan pakai perfume ni (Samurai Perfume) saya rasa sehat mcm selalu

Tadi mula2 suami saya mcm marah2, saya suruh dia pakai tadi nampak dia lebih tenng tidak dia bila saya tegur dok marah2 saya syukur tuan saya harap ni lah ikhtiar saya untuk terus sembuh

Pinggan Terbelah?

terbelah pinggan

Lepas beli untuk ayah beli utk adik

samurai berkesan

Baru buka minyak Samurai, tetiba akak menangis

Bau Mmg best tenag je rasa

testimoni samurai perfume
samurai 1
samurai 2

Sudah beberapa kali repeat

samurai 3

Work Very Well

4

Wangi ..mempesona..terkasima

5

I Am Very Excited

6

Saya dah beli ni botol yang ke 5!

samurai 7

Nak Dapatkan Samurai Perfume?

Samurai Perfume,Samurai Perfume Bidara Specialist untuk ketenangan suasana rumah dan kestabilan emosi pesakit

Anda Mungkin Juga Berminat

doa elak fikir negatif
Doa & Wirid

Doa Elak Fikir Negatif

Doa Elak Fikir Negatif – Ayat 15 Surah al-Ahqaf Pernah tak kita rasa fikiran asyik negatif? Baru bangun tidur, dah fikir macam-macam. Risau tentang masa

Read More »
anxiety bangun tidur
Jenis Masalah

Takut Kematian Secara Tiba-Tiba?

Sering Anxiety Bangun Tidur? Adakah anda sering terbangun daripada tidur dalam keadaan jantung berdebar-debar, dada terasa sempit, atau diserang serangan panik (panic attack) yang teruk

Read More »

13 thoughts on “Ayat Pembatal Sihir & 6 Cara Runtuhkan Sihir Via Samurai Perfume”

  1. Akhi says:

    Saya penderita sihir, selama 20 tahun ini saya di serang setiap hari, Badan saya terasa Panas Menggelegak, Di hidung terasa seperti di Cucuk, Di Mata-Telinga-Leher seperti ada benda yang bergerak-gerak. Di sebelah Malam tidur saya diganggu. Penyihir itu telah mengunci dengan sihir, fikiran saya – hati – mata dan mengetahui dimana saya pergi – Dengan siapa saya berjumpa. saya sangat bimbang diperangkap.Mohon doakan saya.
    Allahallahsatu@gmail.com

    • Bidara Specialist says:

      Assalamualaikum…utk kes yg spt ini dan sebagai permulaan, saya tdak galakkan anda beli semua sekali produk saya, mulakan gunakan dulu dengan Samurai Perfume. Letak botol Samurai Perfume tu pd area jantung di dada kiri. Masa letak kena baca selawat sebanyak yang mungkin, sekrang-kurangnya 21 x.(Letak sepanjang masa terutama bila senja hingga ke subuh.

      Samurai Perfume juga boleh digunakan sebagai pati wangian bagi mesin ‘Air Humidifiers’ sbg wangian aromatheraphy. Buat setiap malam terutama ketika tidur. Mula wapkan bilik tidur bermula dari senja hingga subuh.

      Saya doakan dengan ikhtiar ini akan dapat membantu masalah yang dihadapi..

      Bila dah nampak perubahan, barulah ambil mandian yang lain sebagai pelengkap rawatan…

      Sekian, terima kasih

    • . says:

      Kenapa kena sihir? Awak ada buat salah sampai dia berdendam ke? Baik awak mintak maaf dengan dia

      • Bidara Specialist says:

        jgn bergaduh di sini, setiap org ada sejarah hidup masing-masing. Mereka nak selesaikan masalah mereka. Dalam kebanyakan kes, org yg kena sihir adalah sbb hasad dan dengki. Namun kita tidak menafikan juga disebabkan sikap manusia yg kena sihir tu sendiri.. Wallahu a’lam

    • Bidara Specialist says:

      ya boleh gunakan…
      ramai pengguna saya dari kalangan non-muslim

  2. izani mohd noor says:

    salam ustaz. sy mengalami masalah zakar tk tegang. diawal permulaan kejadian setiap kali nk bersama zakar sy jd gatal. tp skrg dah 2 tahun….dan zakar pon tk bole bangun terus….

    • Bidara Specialist says:

      wasalamalaik….zakar yg tidak tegang bila nak bersama biasanya ada kaitan dengan masalah gangguan yang ada pada isteri yg ada saka. Boleh tanya pada isteri dia kerap mimpi baby, rumah lama, halaman lama tau org yang dah meninggal? jika ya maka isteri kena diberikan tumpuan utk rawatan, suami juga boleh buat perkara yang sama.. Wallahu A’lam

  3. Tubuhsatu says:

    Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..

    Saya mencari perawat disekitar kelantan, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, setiap hari beratus-ratus benda halus di hantar kepada saya.

    Mohon membantu saya, saya hilang upaya..
    email : tubuhsatu@gmail.com

    • Bidara Specialist says:

      waalaikumussalam…maaf ya saya tiada rekod perawat di sana

  4. Izzah says:

    Salam. Ustaz, selama sy hidup selepas tmat alam pskolahn. Sy sllu tidak disukai org disekeliling sy.. sy pon x tahu apa puncanya.. bermula dari kakak sy sdr sgt benci dgn sy smenjak klahiran sy di dunia. Sy x tahu apa punca hinggala sy tamat skolah satu psatu org tidak menyukai sy wlpn sy berbuat baik kpd mereka.. hingga kini hidup Sy rasa tertekan sy hanya mmpu berdoa & menangis. Kerana satu persatu org yg baik dgn sy jugak dlm diam menyakiti dr sy.. cumenya sy diberikn pinjaman oleh Allah dgn paras rupa .. ttpi sy jugak dikhianati & ditinggalkn …adakah sy didampingi jin, kerana hingga saat ini sy msh single wlpn sy puas ikhtiar utk mcari pengganti teman hidup yg baru yg hampir 9 tahun tlh blalu..sblom perpisahan sy merasa disantau oleh kluarga mertua. Malahan mertua sy tlh mati2 bpesan utk sy x mcuci kain2 batik yg dihadiahkn utk sy dlm pantang. Slpas menyarung sy merasa ada suatu kuasa mengawal minda sy.. Sy mdgar org berbisik2 hampir stp mlm smsa bpantang. Mbuatkn sy hampir jd gila meroyan… Sy cume mengubati dr sdr dgn zikirullah shj, hingga bisikn itu hilg. Mohon bantuan ustz..

  5. Bidara Specialist says:

    caranya mudah sahaja utk tahu sama ada gatal disebabkan gangguan jin atau tidak.
    Bila kita gatal pada waktu berikut :

    senja
    12 tgh mlm – subuh
    12 tgh.

    bila gatal pada salah satu waktu berikut mmg bukan gatal biasa. Ada kaitan dengan gangguan jin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jawab soalan ini:Captcha


Nak order di shopee?

Close Welcome Bar