Mimpi Pelik Didatangai Manusia Berbadan Biawak Sambil Membawa Sesuatu

Sering Diganggu Mimpi Pelik, Apakah Memang Terdapat Suatu Petanda?

Pesakit ini menceritakan mengenai kawannya yang mengalami mimpi pelik.

SOALAN :

mimpi pelik, manusia biawak

Melihat sepasang manusia berkepala orang berbadan biawak

Assalamualaikum…..

“Saya ada kawan yang dia diganggu mimpi pelik. Dia lihat manusia sepasang berupa kepala orang dan badannya biawak yang sangat besar. Dan mereka berdua ini berjalan dan bukan merangkak macam biawak..”

Kedua-duanya membawa kertas putih

“Kesian kawan saya ni macam dalam ketakutan bila setiap kali dapat mimpi pelik begini.
Biawak ni tak buat apa pun tapi sekadar muncul dan pergi serta kedua-duanya membawa kertas putih.”

JAWAPAN :

Mimpi yang benar merupakan wahyu dari Allah

Waalaikumussalam….Mimpi yang benar merupakan wahyu dari Allah adalah mimpinya para Nabi. Mimpi orang mukmin atau orang biasa status kebenarannya perlu disemak dalam pelbagai segi. Apa jua mimpi hanya untuk diri seseorang yang mimpi itu sahaja. Ia tiada kaitan atau paksaan kepada orang lain. Sebab itu tidak digalakkan ceritakan mimpi kepada orang lain kecuali mereka yang ahli sahaja.

Mimpi yang berkaitan sihir ataupun saka

Mimpi orang yang kena sihir pula, dia akan nampak dengan jelas seperti mimpi ular, mimpi kena patuk ular, mimpi kena gigit anjing atau kejar anjing. Mimpi binatang buas pula ada kaitan dengan saka.

Waktu berlakunya mimpi

Mimpi yang benar biasanya berlaku pada tengah malam, jika berlaku lepas subuh atau siang hari peratus mimpi itu boleh diragui.

Jadi apa maksud mimpi pelik tersebut ?

Pada pandangan saya, mimpi yang seperti ini hanya utk lemahkan semangat sahaja. Tak perlu dirisaukan. Mohon pada Allah rahmat semoga diberikan jalan keluar bagi segala kesulitan. Jika mimpi ini masih berulang-ulang kali, bila tersedar dari mimpi baca Auzubillahi Minassyainirrajim sebanyak 3 kali dan ludah ke sebelah kiri kita. Inilah seperti yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W.

Wallhua’Alam.

Sekian, salam hormat dari saya.

ustaz zul, about me

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

Founder Bidara Specialist

Kaedah Rawatan

arrow

Raja Gel Bidara

Raja Gel Bidara

Cara Guna Raja Gel Bidara

Gunakan seperti sabun mandi.

Lakukan 2 kali mandi setiap hari.

Waktu pertama ialah waktu Subuh, selepas azan Subuh sebelum terbit matahari.

Waktu kedua ialah waktu senja sebelum azan Maghrib.

Mandian perlu dilakukan setiap hari.

Boleh gunakan sebagai syampu, sabun mandi dan feminine wash bagi wanita. Tunggu 3 minit kemudian bilas dengan air bersih.

Namun tiada halangan untuk lakukan mandian pada waktu lain.

ustaz zulhilmei, bidara specialist

Anda Mungkin Juga Berminat

minyak bidara untuk gatal
Jenis Masalah

Minyak Bidara Untuk Gatal

Minyak Bidara Untuk Gatal Adakah Ia Gatal Kulit Biasa Atau Tanda Gangguan? Adakah anda sering mengalami kegatalan kulit yang tidak kunjung sembuh walaupun sudah pelbagai

Read More »
Gatal Merayap Bawah Kulit Seperti Miang Buluh
Jenis Masalah

Gatal Merayap Bawah Kulit?

Gatal Merayap Bawah Kulit Seperti Miang Buluh? Kenapa Bukhoor Samurai Jadi ‘Musuh’ Utama Gangguan Ini?   Gatal merayap di bawah kulit yang terasa pedih seperti

Read More »
gatal waktu malam
Jenis Masalah

Badan Gatal Waktu Malam?

Gatal Waktu Malam : Kenapa Bukhoor Premium Lebih Berkesan Dari Raja Gel dan Scrub Lemon Sejak 2016 hingga 2026, saya dapati gatal yang bermula selepas

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *