Mimpi Orang Terkena Sihir
Tanda Gangguan Sihir & 6 Cara Rawatan Syifa Kendiri
Mimpi sering dianggap sekadar mainan tidur, namun bagi individu yang mengalami gangguan, ia merupakan isyarat dalaman yang sangat kuat.
Berdasarkan pengalaman saya selama 10 tahun (2016-2026) sebagai pengasas Bidara Specialist dalam mengendalikan kes rawatan syifak, mimpi orang terkena sihir lazimnya adalah 95% benar dari sudut isyarat jiwa dan roh pesakit.
Konsep utama yang saya bawakan adalah tanpa ke pusat rawatan; pesakit boleh melakukan rawatan syifa kendiri di rumah dengan bimbingan dan khidmat nasihat secara percuma semasa guna produk.
Rawatan ini bertujuan mengembalikan pesakit kepada Allah serta memperbetulkan akidah dan syariat melalui kaedah yang tenang dan berperingkat.
Setiap tulisan berwarna biru boleh anda klik untuk terus ke produk atau panduan penuh. Saya sengaja tidak letak butang “Buy Now” untuk elak gangguan semasa membaca.
Tanda Mimpi Gangguan Sihir yang Pesakit Sering Alami
Dalam memahami maksud mimpi ular dalam Islam atau tanda gangguan lain, minda separa sedar biasanya menjadi lebih sensitif terhadap perubahan tenaga semasa jasad berehat.
Berikut adalah antara tanda mimpi gangguan sihir yang sering dilaporkan oleh pesakit saya:
Mimpi Ular Hitam: Ini adalah rekod yang paling popular, sama ada ular tersebut sekadar memerhati atau cuba mematuk.
Dikejar Sesuatu: Merasa cemas dikejar oleh lembaga atau orang yang tidak dikenali sehingga terjaga dalam keadaan lelah.
Badan Terasa Berat: Mengalami situasi “kena tindih” atau sukar menggerakkan anggota badan semasa tidur.
Tempat Kotor atau Sunyi: Berada di kawasan yang menakutkan, gelap, atau tandas yang melambangkan kekotoran jiwa atau persekitaran.
Jika terdapat tanda ini, cara halau gangguan dalam rumah yang paling baik adalah melalui aromaterapi syifa untuk ketenangan. Penggunaan produk seperti Bukhoor Premium atau Bukhoor Samurai sangat membantu sebagai ikhtiar awal untuk meneutralkan suasana yang “keras” di kediaman.
6 Cara Rawatan Syifa Kendiri Selepas Mimpi Terkena Sihir
Jika pesakit mengalami mimpi yang meresahkan, berikut adalah 6 langkah praktikal yang boleh dilakukan terus di rumah sebagai ikhtiar pemulihan:
Meneutralkan Suasana Kediaman dengan Bukhoor: Gunakan Bukhoor Premium atau Bukhoor Samurai untuk membersihkan udara dan memberikan rasa selamat di dalam bilik tidur atau premis perniagaan. Asap bukhoor berfungsi membantu mewujudkan persekitaran yang damai untuk jiwa.
Mandi dengan Gel Bidara Syifa: Lakukan mandian menggunakan Gel Bidara Syifa atau Raja Gel Bidara untuk membantu melegakan kesan berat badan, lesu, dan kelesuan selepas terjaga dari mimpi buruk.
Amalan Doa Nabi Yunus dan Ayat Ruqyah: Konsisten membaca Doa Nabi Yunus dan Ayat Ruqyah sebagai pendinding diri serta penawar sihir. Amalan ini memperkukuh aspek tauhid dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Rujukan mengenai kelebihan Doa Nabi Yunus boleh rujuk FB JAKIM, manakala ayat Ruqyah boleh di dapati di portal rasmi Mufti Negeri Sembilan.
Kawalan Emosi dan Ketenangan Jiwa: Pastikan emosi seperti rasa sedih dan marah dikawal dengan baik. Tanda gangguan sering muncul apabila seseorang berada dalam keadaan emosi tertekan atau aura diri yang melemah.
Aromaterapi Syifa Secara Konsisten: Gunakan wangian aromaterapi seperti Utrujah Perfume atau Minyak Angin Bidara untuk membantu menenangkan sistem saraf serta menguatkan fokus semasa melakukan doa dan zikir.
Dapatkan Khidmat Nasihat Percuma: Jangan biarkan diri berhalusinasi atau takut sendirian. Pesakit digalakkan menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma sepanjang tempoh penggunaan produk bagi memastikan prosedur rawatan diikuti dengan betul.
SOALAN PESAKIT:
Dikejar enam lelaki
Assalamualaikum ustaz. Saya juga mengalami mimpi yang serupa dan terjaga pada waktu yang sama. Bezanya saya dikejar oleh 6 orang lelaki.
Saya lari sehingga ke hujung kampung (saya dibesarkan oleh arwah atuk dan nenek di kampung) dan bertemu jalan mati.
Saya tidak ditembak, sebaliknya saya yang berjaya menembak mati kesemua 6 lelaki tersebut tepat di dahi- Mimpi orang terkena sihir
Keluarga ada saka
Saya sememangnya ada masalah saka dan sentiasa berubat, akhirnya saya tahu ada perjanjian yang dibuat ke atas saya kerana saya cucu perempuan sulung.
Saya juga tidak boleh ada waris perempuan.
Saya pernah hilang bayi dalam kandungan (baby girl) sebelum ini.
Tetapi alhamdulillah dua bulan lepas saya selamat melahirkan seorang anak perempuan. Mimpi orang te
Waktu selepas melahirkan anak
Mohon pencerahan maksud mimpi tersebut saya alami selepas saya selamat melahirkan.
Dalam mimpi itu, saya lari bersama bayi saya kerana lelaki-lelaki tersebut(mimpi yang di alaminya) mahu mencederakan saya dan bayi saya.
Saya agak keliru, adakah bayi yang saya selamatkan dalam mimpi itu ialah saka atau membawa maksud yang lain. Mohon pencerahan ustaz.
Suami terhidu bau terbakar hangit
Saya sudah tidak rasa pening bila menghidu Utrujah Perfume dan tidak lagi rasa panas di belakang badan bila mengamalkan selawat ibrahimiyah.
Suami ada terhidu bau hangit di rumah beberapa kali. Tapi saya tak bau.
Saya anggap mungkin sebab suami yang bakar Bukhoor Premium di rumah, jadi dia sahaja yang boleh hidu?
Alhamdulillah keadaan rumah semakin baik. Cuma saya masih rasa meremang sesekali pada waktu-waktu tertentu atau bila saya berselawat.
Bagaimana ustaz?
JAWAPAN :
Mimpi Orang Terkena Sihir Sebagai Isyarat Dalaman
Dalam kehidupan seharian, mimpi sering dianggap sebagai mainan tidur.
Namun, bagi sebahagian individu, mimpi orang terkena sihir hadir dengan emosi yang kuat, gambaran yang jelas, dan kesan berpanjangan selepas terjaga.
Perasaan gelisah, dada sempit, dan fikiran tidak tenteram menjadi tanda awal bahawa mimpi tersebut bukan sekadar khayalan.
Berdasarkan pengalaman pemerhatian rawatan syifa’ dan pendekatan menyeluruh, mimpi orang terkena sihir 95% adalah benar dari sudut isyarat dalaman — sama ada melibatkan gangguan tenaga negatif, ketidakseimbangan emosi, atau kelemahan jiwa yang memerlukan perhatian segera.
FAQ (Soalan Lazim)
Kenapa dikatakan mimpi orang terkena sihir 95% adalah benar?
Peratusan ini sering disebut kerana keserasian antara mimpi dan keadaan sebenar pesakit. Antara sebab utamanya ialah:
Deria dalaman lebih peka ketika tidur: Ketika jasad berehat, minda separa sedar menjadi lebih sensitif terhadap perubahan tenaga sekeliling.
Tekanan emosi dizahirkan melalui tanda mimpi: Gangguan dalaman sering muncul sebagai tanda sihir, ikatan, atau ancaman.
Mimpi berlaku secara berulang dan konsisten: Pengulangan ini jarang berlaku secara kebetulan.
Kesan mimpi berpanjangan selepas bangun: Rasa berat badan, lesu, dan tidak bermotivasi menjadi petunjuk lanjut. Oleh itu, mimpi ini wajar difahami sebagai peringatan untuk menjaga diri dan jiwa, bukan untuk ditakuti.
S: Adakah mimpi buruk bermaksud saya pasti terkena sihir?
J: Tidak semestinya. Ia adalah tanda bahawa jiwa sedang lemah atau terdapat gangguan tenaga negatif di persekitaran yang memerlukan perhatian segera melalui rawatan kendiri.
S: Mengapa rawatan kendiri lebih disarankan berbanding ke pusat rawatan?
J: Rawatan kendiri mendidik pesakit untuk lebih bergantung kepada Allah, memperbetulkan adab harian, dan menghilangkan kebergantungan melampau kepada perantara atau perawat.
S: Berapa lama kesan penggunaan Bukhoor Samurai dapat dirasai?
J: Kesan ketenangan pada ruang kediaman biasanya dirasai serta-merta, namun pemulihan jiwa sepenuhnya bergantung kepada keistiqamahan pesakit dalam mengamalkan doa dan zikir harian.
Kesan Sampingan Selepas Bermimpi Orang Terkena Sihir
Ramai individu menyedari perubahan berikut selepas mimpi tersebut:
Sukar tidur lena
Mudah beremosi atau cepat marah
Sakit kepala tanpa punca perubatan
Badan terasa berat dan lemah
Hilang fokus dalam urusan harian
Keadaan ini menandakan ketidakseimbangan dalaman, bukan semata-mata keletihan fizikal.
Aromaterapi Syifa’: Mudah & Tenang
Berbanding rawatan keras atau ekstrem, pendekatan aromaterapi syifa’ lebih menekankan prinsip:
Ketenangan
Pemulihan emosi
Keseimbangan tenaga
Kesedaran spiritual
Ia sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja tanpa rasa takut atau tekanan.
Apakah Itu Aromaterapi Syifa’?
Aromaterapi syifa’ ialah kaedah menggunakan aroma semula jadi untuk membantu:
Menenangkan sistem saraf
Membersihkan emosi negatif
Mewujudkan suasana damai
Menguatkan fokus dan ketenangan jiwa
Ia sering digabungkan dengan niat, doa, dan kesedaran diri.
Peranan Bukhoor Premium Untuk Rawatan Rumah
Bukhoor telah lama digunakan dalam tradisi Islam dan Timur Tengah sebagai medium aroma yang membawa ketenangan. Dalam aromaterapi syifa’, asap bukhoor berfungsi untuk:
Meneutralkan suasana yang “keras”
Memberi rasa selamat dan tenteram
Membantu fokus semasa doa dan zikir
Menyokong pemulihan emosi secara semula jadi
Bukhoor Premium & Bukhoor Samurai Sebagai Rawatan

Tanpa perlu dipromosikan secara berlebihan, ramai memilih Bukhoor Premium atau Bukhoor Samurai kerana:
Aromanya lembut tetapi mendalam
Tidak memualkan atau memeningkan
Sesuai digunakan di rumah, bilik tidur, atau ruang solat
Memberi kesan ketenangan yang konsisten
Ia sering digunakan sebagai sebahagian rutin penjagaan diri, terutamanya bagi mereka yang pernah mengalami mimpi orang terkena sihir.
Khidmat Nasihat Percuma


Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah
Cara Bertangas Guna Bukhoor Premium atau Samurai

Gatal Alat Sulit Selepas Mimpi Terkena Sihir?

Kenapa Pendekatan Ini Lebih Sesuai Untuk Ramai Orang?
Aromaterapi syifa’ tidak menakutkan, tidak memaksa, dan tidak memberi tekanan mental. Ia sesuai untuk:
Individu sensitif
Mereka yang baru menyedari tanda gangguan
Orang yang ingin ikhtiar secara berperingkat
Sesiapa yang mementingkan ketenangan jiwa
Mimpi Sebagai Panggilan Untuk Menjaga Diri
Mimpi orang terkena sihir sering hadir sebagai isyarat dalaman. Apabila dikatakan mimpi ini 95% adalah benar, ia membawa maksud bahawa mimpi tersebut selalunya berkait rapat dengan keadaan emosi dan jiwa seseorang.
Pendekatan aromaterapi syifa’ menggunakan Bukhoor Premium atau Bukhoor Samurai boleh dijadikan langkah awal yang lembut, beradab, dan menenangkan untuk membantu mengembalikan keseimbangan diri.
Kadangkala, dengan hanya menjaga suasana, aroma, dan ketenangan jiwa — banyak perkara dapat diperbaiki sebelum menjadi lebih berat.
Bukhoor Premium

Bukhoor Samurai





4 thoughts on “Mimpi Orang Terkena Sihir Apakah Benar? Gunakan 6 Cara Ini”
Assalamualaikum ustaz. Nk tanya bgaimana pula klau kerap mimpi macamni:
1) mimpi disihir/santau
2) mimpi dirukyah
3) mimpi org yg tlh meninggal
4) mimpi didatangi oleh makhluk2, kdg mereka dtg dlm keadaan baik. Kdg mereka mengejar dan mahu membunuh saya.
5) mimpi berkomunikasi dgn makhluk halus
6) mimpi lelaki2 yg tdak dikenali
7) mimpi menyusukan anak
8) mimpi boleh terbang
9) mimpi melihat patung buddha dan diberi senjata tajam
10) mimpi binantang berbusa dan bertaring
Kemudian dlm jaga pula kerap sakit blakang, mndengar bunyi2 pelik, susah tidur
Wasalamalaik…..
1) mimpi disihir/santau—pada pandangan saya mimpi ini benar
2) mimpi dirukyah–ia berkaitan dengan rawatan yg pernah awak jalani
3) mimpi org yg tlh meninggal–ini berkaitan saka
4) mimpi didatangi oleh makhluk2, kdg mereka dtg dlm keadaan baik. Kdg mereka mengejar dan mahu membunuh saya.–ini berkaitan masalah sihir yang dihantar
5) mimpi berkomunikasi dgn makhluk halus-ya ada kemungkinan awak mmg ada berkomunikasi dan rasa nak nego dgn mereka sbb apa jadi mcm ni
6) mimpi lelaki2 yg tdak dikenali–jika berkahwin atau bersetubuh, ini akan jadi punca orang tak suka awak tanpa sebab
7) mimpi menyusukan anak–ini berkaitan saka
8) mimpi boleh terbang—ini juga berkaitan saka
9) mimpi melihat patung buddha dan diberi senjata tajam—ini sihir yg datang dari patung Buddha
10) mimpi binantang berbusa dan bertaring—ini berkaitan saka dan awak seorang yg panas baran, semua orang tak berani nak dekat
Kemudian dlm jaga pula kerap sakit blakang, mndengar bunyi2 pelik, susah tidur—-semua masalah ini ada kaitannya dengan mimpi yang awak mimpi di atas….
Assalamualaikum ustaz , apa maksud mimpi saya ini
1. Mimpi pegang pisau.
2. Mimpi dukung kanak2 dan nak menyusu tapi saya tepis atau tolak.
3. Mimpi makan2 atau suasana keluarga makan ramai2.
4.Mimpi orang bagi sesuatu barang tapi kdg sy terima kadang saya tolak.
5. Mimpi melihat ritual bomoh ada kain kuning dan ayam berdarah.
6.Mimpi sedang berubat dan perawat masukkan sesuatu dalam tapak kaki , terasa sakit ( mcm biji)
7.Mimpi sedang berubat dan check kemaluan penuh dengan ulat.
8. Mimpi hampir melakukan persetubuhan tapi tak nak
9. Mimpi rumah lama dan ternampak jin/hantu duduk mencangkung atas atap dengan keadaan marah
10. Mimpi semasa di dapur nak tutup tingkap ternampak jin/hantu marah dengan saya
11. Mimpi di luar dapur , ternampak lelaki yang mencurigakan dia ternampak saya dan dia marah
12. Mimpi saya ada rambut dalam tekak , dan saya tarik keluarkan.
13. Mimpi lipas dan saya bunuh , spray lipas
14. Kerap mimpi lelaki yang sma dengan berwajah muram.
15.Mimpi mengurus jenazah dan terhidu bau mayat.
Dan saya sering terbayang ada lembaga yang sedang memperhatikan saya dari jauh dan dekat dengan mata yg besar dan senyum menyeringai.
Dan sebelum nak tidur , baru pejam mata kadang2 saya terbayang serangga akan keluar masa sya tidur .
Wasalamalaik….mimpi mcm ni menjelaskan mengenai masalah gangguan yang ada dalm rumah… Kisah awak ni panjang jika dihuraikan di sini…Namun memerlukan ketekunan dalam menyelesaikan masalah ini..
Bagi saya, sebelum memulakan pelbagai rawatan untuk diri, masalah gangguan dalm rumah tu menjadi asas yang perlu dipecahkan dahulu sebelum melakukan perkara yang lain. Fokus kpd masalah rumah, ia akan pecahkan masalah-masalah yang berkaitan.
Bukhoor Premium boleh digunakan utk rumah dan juga bertangas untuk diri sendiri –>>https://bidaraspecialist.com/product/bukhoor-premium-atasi-gangguan-rumah-kedai/