Rawatan Pulih Semangat Mesti Tahu 10 Perkara ini Jika Nak Sembuh
Untuk jalani rawatan pulihkan semangat, kita mesti tahu punca kenapa tiba-tiba hilang semangat tanpa sebab. Ini adalah perkara penting sebelum anda jalani apa-apa rawatan.
Orang yang mengalami masalah “hilang semangat” adalah disebabkan jiwanya tidak diisi dengan “sesuatu” yang boleh ia bergantung harap.
Jiwa seseorang itu kosong dan sudah hilang kepercayaan dengan orang berada di sekelilingnya.
Mungkin orang sekelilingnya tidak berfikiran begitu, namun “diri yang kehilangan semangat” sering berfikiran begitu.
Di sini saya cuba berikan 10 Tips sebelum anda jalani apa-apa rawatan untuk pulihkan semangat
10 Tanda Lemah Semangat Ada Kaitan Dengan Gangguan Makhluk Halus
1) Jantung berdebar-debar tanpa sebab
Jantung merupakan lokasi utama kestabilan dan kekuatan manusia. Manusia yang kuat bukan terletak pada ‘hartanya’ namun terletak pada jantungnya (hatinya).
Jika hatinya kuat, segala cabaran dan rintangan ia akan lalui dengan kuat.
Cabaran dan halangan adalah ‘laluan’ yang mesti ditempuhi untuk sampai ke destinasi kejayaan.
Ia bukan penghalang, tapi laluan.
Jika anda mengalami masalah jantung yang kerap berdebar-debar tanpa sebab, anda perlu tahu terdapat gangguan yang perlu anda lakukan pemeriksaan.
Jika pemeriksaan doktor sudah dilakukan, tetapi tiada sebarang petunjuk bahawa anda mengalami masalah jantung, maka anda perlu fahami terdapat gangguan makhluk halus pada jantung anda.
Lebih-lebih lagi bila jantung anda kerap berdebar pada 3 waktu iaitu:
1. Waktu tengahari terutamanya 12.00 tengahari
2. Waktu senja dan maghrib
3. Waktu tengah malam hingga ke subuh hingga menyebabkan anda tak boleh tidur malam.
3 waktu ini adalah merupakan waktu kejahatan dan makhluk mula aktif dan berkeliaran. Jika ia berlaku pada salah satu waktu ini, maka anda perlu berjaga-jaga.
2) Fikiran negatif datang bertalu-talu
Orang yang mengalami masalah jantung berdebar-debar disebabkan gangguan jin, mereka akan rasa seperti “dipaksa” untuk berfikir negatif. Sebenarnya pesakit yang mengalami masalah ini, bukannya mahu berfikir negatif.
Mereka sedaya upaya berusaha untuk berfikir positif, namun demikian fikiran negatif seperti “ditembak” seperti peluru ke dalam fikiran mereka.
Fikiran negatif itu datang bertalu-talu tanpa sebab terutamanya bila menjelang waktu senja.
Jika berlaku pada waktu tengah malam, menyebabkan seseorang yang kerap berfikiran negatif, menyebabkan tidak boleh tidur malam.
Fikiran negatif ini berpunca gangguan yang terdapat pada jantung pesakit. Ia berdebar-debar tanpa sebab. Saya ada jelaskan mengenai masalah jantung yang menjadi punca gangguan iblis di sini.
3) Telinga berdesing atau berdengung tanpa sebab
Bagi memastikan gangguan jin pada fikiran anda menjadi negatif berjalan dengan lancar, maka ada sesetangah pesakit mengalami masalah telinga berdesing atau berdengung tanpa sebab.
Ini strategi iblis dalam memastikan serangan bertalu-talu terdapat pesakit berlaku dengan lancar.
Ini menyebabkan anda tidak mampu berfikir rasional kerana memiliki segala macam masalah yang sering ganggu pada diri anda.
Telinga berdesing ini juga menyebabkan anda sering mendengar bisikan-bisikan jahat ke dalam telinga. Anda akan jadi kurang bercakap, rasa seperti diperbodohkan, mudah terpengaruh dengan berita-berita palsu yang diselitkan dengan cerita kesedihan atau kemarahan.
Kelemahan ini menyebabkan anda hilang semangat untuk melakukan perubahan!
Masalah khusus mengenai telinga berdesing juga saya ada jelaskan panjang lebar di sini.
4) Kerap mimpi yang menakutkan
Ada sesetengah pesakit, tidak mengalami masalah mimpi yang menakutkan, tetapi mengalami kekerapan mimpi yang tidak disedari ada kaitan dengan gangguan iblis.
Bagi masyarakat nusantara khususnya, kerap mimpi bayi atau menyusukan bayi merupakan tanda-tanda seseorang mengalami masalah gangguan iblis.
Mimpi ini bukanlah sesuatu yang menakutkan, sebaliknya sesuatu yang menyebabkan seseorang itu suka lebih-lebih lagi wanita.
Penerimaan seseorang terhadap bayi tersebut dalam mimpi merupakan tanda bahawa ia bersetuju untuk menerima “saka” (iblis keturunan) yang menyebabkan seseorang itu tidak ada semangat untuk berubah.
Mimpi rumah lama atau halaman lama seperti zaman dahulu juga pertanda terdapatnya tanda gangguan iblis yang boleh menyebabkan seseorang itu hilang semangat.
Perkara yang membunuh semangat nak sembuh mesti diubah!
Bagi rawatan pulih semangat, ayat pulih semangat, doa pulihkan semangat yang hilang, doa untuk pulihkan semangat, tanda sembuh dari gangguan jin, anda hanya perlu amalkan Selawat Ibrahimiah ini. Jadikan sebagai amalan sepanjang hayat.

Kaedah Rawatan
7 Telaga Raudhah Perfume
RM83.00
7 Telaga Raudhah Perfume
7 Telaga Raudhah Perfume boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut keadaan pesakit
1. Digunakan Sebagai Bahan Mandian
- Semua yang mengalami masalah ini digalakkan untuk lakukan mandian
- 7 Telaga Raudhah Perfume dititis pada baldi sederhana besar, dicampur dengan ais (air batu) setiap hari, selepas mandi dan bilas menggunakan gel mandian bidara. Bila telah siram dengan mandian 7 Telaga Raudhah Perfume + air batu, jangan dilap dan biarkan ia kering sendiri.
- Cara siraman ialah dengan mula daripada kepala. Pastikan air yang telah sampai di kepala, mestilah sampai ke seluruh tubuh dengan sekali siraman dan tidak digalakkan menggunakan gayung, terus siram guna baldi.
- Sehari hanya mandi sekali sahaja, sama ada pagi atau petang. Jika hari pertama mula pada waktu petang, maka pada hari-hari berikutnya juga pada waktu petang. Jika bermula pada waktu pagi, maka hari-hari yang berikutnya juga mesti bermula pada waktu pagi.
- Jika anda masalah tidur maka 7 Telaga Raudhah Perfume ini akan memperbaiki masalah tersebut.
- Produk ini telah disyifakkan dengan bacaan syifak al-Quran. Saya akan ubah kandungan produk ini setiap 1 atau 2 bulan sekali, bergantung kepada feedback yang diberikan oleh pesakit kepada saya. Ini bagi memastikan kualiti yang terbaik.
Video menjelaskan cara mandian 7 Telaga Raudhah
2. Mengatasi Masalah Anak Degil Tak Dengar Kata
- Anak bawah 12 tahun ke bawah masih boleh ditangani guna cara mandian ini
- Cara mandian adalah sama seperti di atas
- Jika 12 tahun ke atas atau sudah dewasa, kaedah yang paling sesuai ialah guna Bidara Drop n Drink. Klik di sini
- Tanda anak ada aura negatif yang kuat, anda akan cepat naik angin bila ditanya oleh anak sebarang soalan.Walhal soalan yang ditanya adalah soalan biasa.
- Anda akan mudah menghina anak sendiri walhal apa yang anda hina tu satu perkara yang tak pernah terlintas dalam fikiran
3. Mengekalkan Aura Positif 24 Jam
- Mengekalkan aura positif sangat penting disebabkan cabaran gangguan emosi berlaku setiap saat. 7 Telaga Raudhah bantu anda hadapi cabaran besar ini.
- Kaedah ini boleh dilakukan dengan meletakkan botol 7 Telaga Raudhah pada jantung di dada kiri
- Bila tiba 12.00 tghari dan waktu senja (6.00 petang) anda perlu banyakkan selawat pada Rasulullah S.A.W
- Untuk kesan yang maksimum, mandian 7 Telaga Raudhah & ais juga perlu dilakukan seperti panduan video di atas. Lakukan ulangan setiap minggu 3 hari berturut-turut
- Kawal emosi sedih dan marah sepanjang guna produk.
4. Menyebarkan Aura Rezeki di Kedai & Rumah Yang Suram

- Gunakan Mesin "Air Humidifiers" di rumah atau di kedai yang ada masalah gangguan jin
- Pasang pada waktu serangan sihir akan berlaku pada 12.00 tengahari, Senja (6,00 petang) dan 12.00 tengah malam hingga subuh
- Tempoh yang paling baik ialah 100 hari ke atas. Dalam pengalaman saya 100 hari adalah waktu yang paling baik untuk bersihkan rumah & kedai yang mempunyai gangguan makhluk halus

Banyakkan selawat dan kawal emosi marah & sedih terutama pada waktu 12.00 tghari, 6.00 ptg dan waktu sebelum tidur akan memudahkan proses rawatan ini.
Weight | 0.3 kg |
---|
Be the first to review “7 Telaga Raudhah Perfume” Cancel reply
Related products
List Produk Bidara Specialist
Artikel berkaitan

16 Tanda Gangguan Jin Dalam Rumah Punca Kenapa Tak Pernah Sembuh
Tanda gangguan jin di rumah, ialah keluar penyakit macam-macam Gangguan jin di rumah menjadi penyebab utama kenapa pesakit sukar sembuh setelah jalani rawatan SOALAN :

Doa Elak Fikir Negatif Dengan 7 Telaga Raudhah
Doa Elak Fikir Negatif Akan Jadi Praktikal Dengan 4 Kaedah Ini Tahukah Anda! Orang Yang Fikir Negatif Sebenarnya Sakit? Orang yang kerap fikir negatif sebenarnya

5 Tanda Sihir Sudah Hilang
Tanda Sihir Sudah Hilang lepas Guna Bidara Specialist 1) Kestabilan Emosi Emosi merupakan kayu ukur paling penting bagi menentukan adakah anda benar-benar stabil dalam menghadapi

Rawatan Resdung Khas Bagi Mereka Yang Tak Sembuh Lagi
Rawatan Resdung Bidara Specialist: Pernah terkena sihir atau santau? Mengalami gatal-gatal seluruh tubuh bila senja dan tengah malam? Alami masalah emosi yang tidak stabil seperti
Reviews
There are no reviews yet.