Telinga berdesing tanda sihir bila rasa bodoh, terkunci, tak boleh berfikir

Telinga Berdesing Tanda Sihir Bila Orang Mula Benci Tanpa Sebab, Rasa Buntu

Rumah yang ada gangguan jin, akan menyebabkan  pada masalah telinga berdesing tanda sihir yang boleh menyebabkan seseorang jadi was-was dan bingung dalam buat keputusan. Tapi benarkah jika telinga berdesing tanda sihir?

SOALAN :

Gangguan jin di Telinga: Sensitif waktu malam

Ustaz nak tanya adakah bunyi bunyian di sekeliling sehingga kita rasa nak marah adalah bentuk gangguan dari jin? Saya sering terganggu dengan bunyi bunyian sekeliling apabila hendak tidur. 

Contohnya dari bunyi kenderaan hingga ke bunyi binatang, telinga saya seolah olah sangat peka diwaktu malam.

Ibadah dijaga, tetap ada gangguan jin di telinga

Mohon ustaz bantu saya.

Saya sudah amalkan solat tahajud dan membaca al quran. Tetapi gangguan itu masih ada, sekarang bila masuk waktu malam saya akan mudah merasa takut dan badan menjadi lemah-lemah.

JAWAPAN :

Telinga Berdesing Tanda Sihir?

Orang yang ada gangguan jin, memiliki daya deria yang tinggi terutamanya telinga. Orang kata telinga berdesing tanda sihir?

Tidak semestinya sihir.

Selalunya ada kaitan dengan saka. Tidak semua yang alami masalah ini. Tapi ada. 

Gangguan jin pada manusia boleh datang dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang melalui gatal-gatal kulit, gatal mata atau deria telinga yang sensitif.

Mesti anda tanya kenapa jin kacau manusia melalui telinga yang sensitif? Ini memang ada kaitan dengan telinga berdesing tanda sihir mahupun gangguan jin. 

Ini disebabkan deria telinga yang sensitif dengan bunyian, sering menyebabkan seseorang tu jadi panas baran, nak marah, emosi juga terganggu sebab tak boleh tidur. 

Siapa pun akan marah bila nak rehat orang akan kacau. Waktu ini anda akan marah dan salahkan semua orang yang kacau masa anda tidur. 

Sebenarnya orang tak kacau, tapi telinga anda sangat sensitif, menyebabkan anda terganggu. Jika dah marah, maka jin telah capai matlamatnya untuk kacau anda.

Mengapa telinga jadi sasaran sihir?

1. "Pendengaran" disebut lebih banyak dalam al-Quran

Menurut Dr. Sadiq Al Hilali, Al-Quran menyebutkan kalimah “pendengaran” dan pecahan perkataannya sebanyak 185 kali.

Manakala perkataan “penglihatan” dan pecahannya disebut sebanyak 148 kali.

Kalimah “pendengaran” disebut lebih banyak berbanding “penglihatan”, ertinya Allah mahu menjelaskan bahawa deria pendengaran lebih memberikan impak yang lebih besar daripada penglihatan.

2. Lafaz "Pendengaran" disebut lebih awal

17 36

Maksudnya: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Surah Al-Isra’ ayat 36)

Ini adalah salah satu contoh Allah mendahulukan lafaz pendengaran diikuti dengan penglihatan.

Mendahulukan lafaz pendengaran ke atas penglihatan, menunjukkan sesuatu yang sangat penting yang perlu diambil perhatian.

3. Pendengaran-->Penglihatan-->Jantung(hati) = Faham

Surah al-Isra’ ayat 36 di atas, menjelaskan 3 laluan saluran maklumat manusia bermula daripada pendengaran diikuti dengan penglihatan kemudian barulah sampai ke dalam jantung (hati-hati) manusia untuk berfikir.

Jika daripada awal lagi iaitu saluran pendengaran sudah mula disekat, maka anda tidak boleh fokus. 

Oleh itu jin akan ganggu pada telinga, supaya anda tidak boleh berfikir.

memandu

Memandu sambil mendengar telefon akan ganggu pemanduan, meskipun anda melihat kenderaan di depan mata. Kerap berlaku kemalangan dan tersesat jalan.

4. "Pendengaran" saluran maklumat no 1

2 18

Maksudnya : Mereka (orang-orang kafir itu itu, seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). (Surah Al-Baqarah ayat 18)

Pekak merujuk kepada deria pendengaran. Jika manusia pekak, atau “buat-buat pekak” atau di “pekak’kan maka segala maklumat tidak sampai kepada mereka meskipun mereka melihat dengan mata kepala mereka.

Inilah nasib yang terjadi pada orang-orang kafir. Ia terhalang dari terima maklumat yang benar!

Iblis ambil kesempatan?

Iblis sangat pakar dalam masalah ini. Iblis juga tahu kelemahan manusia. Iblis juga belajar dari al-Quran bagaimana mahu menjadikan manusia pekak, bisu dan buta!

Saya doakan anda semua tidak termasuk dalam kelompok “pekak badak” ini!

"Pekak Badak" Tandanya anda sudah dikunci

Bila anda tak mahu dengar al-Quran, kalau dengar pun rasa sakit, itu tandanya gangguan sudah dikunci pada deria pendengaran anda. Maklumat kebenaran tak boleh masuk.

Anda akan jadi “pekak badak” tidak mahu terima kebenaran seakan-akan buta terhadap maklumat kebenaran! Ini sangat bahaya!

Jika dibiarkan akan menyebabkan anda berada dalam kegelapan!

"Pekak Badak" & Sihir Pengasih

Orang yang terkena sihir pengasih, telinganya sudah tidak lagi berfungsi. Derianya sudah dikunci dan dikuasai makhluk halus. Segala maklumat kebenaran pasti ditolak oleh pesakit ini.

Apa yang ia dengar adalah khayalan semata-mata, ia seperti pekak, bisu dan buta!

"Pekak Badak" & Sihir Pemisah

Orang yang terkena sihir pemisah, sering mendengar bisikan-bisikan yang jahat mengenai pasangannya.

Walaupun kesalahan/kesilapan pasangan adalah kejadian yang sudah lama berlaku, ia tetap segar dalam ingatan susah nak dihilangkan.

Inilah bisikan-bisakan negatif yang sering didengari oleh pesakit.

Masalah salah dengar atau salah faham bila berinteraksi juga sangat banyak berlaku. Hanya orang yang pernah kena sihir pemisah tahu masalah ini.

Suami cakap perkara lain, isteri faham lain. Suami minta ambilkan sudu, isteri berikan senduk! macam-macam hal pesakit yang terkena sihir pemisah ni!

Berdesing sebab gangguan jin atau sebab sakit?

Jika anda mengalami mimpi di bawah, itu tandanya telinga anda berdesing bukan sebab biasa.

Kesan gangguan jin di telinga

1) Tak boleh tidur

Siapa yang boleh tidur dalam suasana bising? Kebanyakan orang awam akan menjawab tidak! 

Manusia hanya boleh tidur bila telinganya tidak terganggu. Al-Quran merekodkan, pemuda ashabul al-Khafi yang ditidurkan dalam gua beratus-ratus tahun ialah disebabkan telinga mereka ditutup oleh Allah.

18 11

Maksudnya: Dan Kami tutup telinga-telinga mereka, (tidurlah mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun lamanya. (Surah al-kahf ayat 11)

Ayat ini menjelaskan, punca manusia boleh tidur nyenyak adalah telinga mereka. Jika telinga mereka diganggu, anda tak boleh tidur.

2) Jadi bodoh & susah bercakap

Rekod dari pesakit saya, menunjukkan mereka mengalami gejala menjadi bodoh, tak boleh berfikir dengan waras dan sukar nak menjelaskan apa yang berlaku pada diri mereka.

Bila ditanya, mereka pun jawab seperti orang yang bingung tak tahu nak buat apa. Kadang-kadang apa yang telah saya ajar pun, masih bertanya berulang-ulang kali bertanya pada saya.

Ini disebabkan apa yang diajar, seperti mantul tak masuk dalam fikiran mereka.

Jika mereka seorang penceramah, seperti guru atau seumpamanya maka akan terhalang dari berkata-kata. Rasa seperti disekat-sekat.

Anda kena faham, jika anda mengalami masalah ini telinga anda mengalami gangguan jin. Tak kisahlah jin tu datang daripada mana. Tapi yang paling penting anda perlu jalani rawatan seperti akan saya jelaskan di bawah ini.

3) Nafsu suami/isteri terkunci

Pelik kan? ya memang pelik!. Apa kena mengena telinga dengan nafsu yang terkunci? Tapi inilah kenyataan yang berlaku. 

Hampir kebanyakan pasangan yang mengalami masalah telinga berdesing, juga mengalami masalah nafsu mereka terkunci.

Yang lebih menghairankan adalah deria ‘alat sulit’ mereka mula berfungsi setelah jalani rawatan mandian pada telinga mereka menggunakan Gel Bidara Feminine

4) Telinga sangat sensetif

Rasa sensetif dengan bunyian akan semakin teruk bila tiba pada waktu gangguan jin yang saya pernah jelaskan sebelum ini. Iaitu bermula 12 tengah malam hingga ke subuh.

Ada juga pesakit yang mengalami waktu lain, seperti waktu senja atau pada 12 tengahari. Waktu ini anda akan mendegar bisikan-bisikan yang negatif. Ia bertambah rumit, bila keesokkan harinya anda ada tugas penting yang perlu anda selesaikan.

Sudah pasti di malam hari akan mula berfikir macam-macam untuk esok tanpa henti. Berfikir sampai bergaduh dengan orang walhal anda belum buat apa-apa lagi, tapi macam-macam anda fikir! Sampaikan perkara yang tak masuk akal pun anda fikirkan!

5) Gangguan jin di otak-blur, gagal berfikir

Ramai mencari punca di mana gangguan jin di otak. Pesakit bingung di mana tempatnya gangguan ini bermula?

Suka saya menjelaskan ia bermula di telinga. Ia menghalang anda membuat keputusan. Sering kali ada masalah timbul, pasti anda blur tak tahu nak buat apa.

Walhal masalah itu simple je, tapi anda anggap macam “batu yang besar hempap atas kepala”

Bila waktu gangguan jin di telinga?

Ini adalah penanda aras, sama ada masalah telinga anda berdesing ada kaitan dengan gangguan jin atau tidak.

Waktu bermula

Waktu jin “bangun tidur” ialah bermulanya waktu senja sebelum masuk waktu maghrib. Waktu asar tu, masing-masing mula bangun sedarkan diri.

Bila waktu semakin gelap, maka semakin aktif dan rancak mereka lakukan aktiviti menyesatkan manusia. Anda akan dapat rasa bila masuk 12.00 tengah malam.

12.00 tengahari hingga waktu zohor (1.30 petang) juga merupakan waktu yang menyebabkan gangguan jin di telinga.

Telinga akan mula berdesing pada waktu ini. Al-Quran tidak menyatakan secara spesifik pukul berapa. Tetapi al-Quran menjelaskan ia bermula apabila malam bertambah gelap. 

 

Waktu habis

81 17

Maksudnya : Dan malam, apabila ia hampir habis. (Surah At-Takwir 17)

Inilah waktu yang paling iblis tak suka, iaitu bila masukkan waktu subuh. Bila azan subuh mula dikumandangkan, maka berakhirlah telinga berdesing tadi.

Walaupun telinga anda masih terasa rasa sakit selepas waktu subuh, ia adalah disebabkan hentaman yang dilakukan pada tengah malam tadi.

Kaedah Rawatan

arrow

1) Gel Bidara Feminine

terkunci

Semasa anda lakukan mandian, pentingnya anda sapu Gel Feminine ini di telinga bagi mengatasi masalah telinga berdesing tadi.

Telinga berdesing sering dikaitkan dengan kejadian kerap mimpi bersetubuh

Mimpi bersetubuh pula menimbulkan beberapa masalah di bawah:

gel feminine baru

2) Bukhoor Premium

Ada pesakit yang mengalami masalah telinga berdesing bila berada dalam rumah sahaja. Bila keluar rumah rasa okay. Ini menandakan rumah anda mengalami masalah gangguan jin.

Kes seperti ini, anda perlu tambahan kepada produk Bukhoor Premium

Bukhoor Premium

Panduan Hijabkan Diri Daripada Sihir

3) 7 Telaga Raudhah

Pesakit telinga berdesing disebabkan gangguan jin, sering mengalami masalah bisikan negatif di telinga mereka.

Anda boleh lakukan mandian ais menggunakan 7 Telaga Raudhah

7 Telaga Raudhah

Selepas lakukan mandian, anda perlu sapu 7 Telaga Raudhah ini di bahagian belakang telinga kiri dan kanan

telinga low

Anda Mungkin Juga Berminat

Gatal-Gatal Yang Tak Sembuh
Jenis Masalah

Gatal-Gatal Yang Tak Sembuh

Gatal-Gatal Yang Tak Sembuh: Kenapa Ia Berlaku & Pendekatan Berperingkat Yang Lebih Selamat Gatal-gatal yang tak sembuh walaupun sudah cuba pelbagai cara boleh menjejaskan emosi

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *