Bangun pagi sentiasa rasa badan lemah, bisa seluruh sendi, pinggang, serta lutut?
Lebih merunsingkan apabila gangguan malam seperti mimpi ngeri, saka, atau sihir terus mengganggu walaupun pelbagai ikhtiar telah dicuba.
Sebenarnya, ada rahsia agung daripada Baginda Nabi SAW untuk melindungi diri, merawat jiwa, sekaligus mendapat pemeliharaan mutlak daripada Allah SWT sepanjang malam.
Mari kita telusuri panduan lengkap mengikut sunnah berserta ikhtiar tambahan untuk mengatasi ganggua.
Badan Lemah Sebab Tinggal Sunnah?
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
«*أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ، جَمَعَ كَفَّيْهِ، ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا، فَقَرَأَ فِيهِمَا: ﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾، وَ﴿قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ﴾، وَ﴿قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ﴾، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ، وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ، يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ*».
{رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ}
Daripada Aisyah رضي الله عنها berkata:
“Bahawa Nabi SAW apabila masuk ke tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda merapatkan kedua-dua tapak tangannya, lalu meniup (dengan tiupan lembut tanpa air liur) ke dalam keduanya, kemudian membaca pada keduanya surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas. Selepas itu, Baginda menyapu dengan kedua-dua tapak tangannya apa sahaja bahagian tubuhnya yang mampu Baginda capai, bermula dengan kepala dan wajahnya, serta bahagian depan tubuhnya. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR Al-Bukhari)
Hanya beberapa minit yang singkat, seorang mukmin mengangkat kedua-dua tapak tangannya, lalu dicurahkan padanya dengan cahaya al-Quran, kemudian disapukan ke seluruh tubuhnya.
Seolah-olah dia menyarungkan pakaian ayat-ayat Allah, memakaikannya sehelai pakaian zikir, dan menyerahkan diri kepada Zat yang tidak pernah mensia-siakan sebarang amanah.
Begitulah cara Nabi SAW menutup hari Baginda—bukan dengan hiruk-pikuk dunia atau perbualan kosong, sebaliknya dengan kalam Allah agar sentuhan terakhir pada tubuhnya adalah ayat-ayat suci, dan zikrullah menjadi pengisi terakhir yang memakmurkan hati.
Maka, janganlah tinggalkan sunnah yang agung ini kerana padanya terdapat unsur mencontohi Baginda, keberkatan, ruqyah, serta penjagaan mutlak dengan izin Allah SWT.
Akhirilah hari kita dengan kalam Allah; sesiapa yang berlindung kepada-Nya, nescaya Dia akan melindunginya.
Kenapa Masih Terkena Gangguan Walaupun Sudah Beramal?
Bagi pesakit yang berdepan masalah gangguan sihir, saka, atau santau, ada kalanya gangguan tersebut masih hadir walaupun sudah mengamalkan sunnah di atas. Antara puncanya ialah:
- Gagal Memahami Makna: Membaca ayat al-Quran secara lisan tetapi gagal memahami maksudnya serta gagal menghadirkan rasa keinsafan dan kekhusyukan di dalam hati.
- Kurang Ikhtiar Tambahan: Pesakit yang berada dalam fasa rawatan memerlukan senjata dan ikhtiar sokongan menggunakan bahan-bahan tertentu yang tidak disukai oleh bangsa jin.
4 Pilihan Ikhtiar Tambahan Penambat Tidur & Benteng Syaitan
Selain mengamalkan sunnah membaca 3 Qul, anda boleh memilih mana-mana kaedah ikhtiar berikut yang lebih mudah untuk dilakukan sebelum tidur (pastikan pergantungan hati tetap kepada Allah SWT semata-mata):

Meskipun popular untuk masalah gatal-gatal kulit, muka kusam, dan berjerawat, ia juga berfungsi sebagai ikhtiar pedinding.
Caranya mudah sahaja: buka penutup bekas scrub lemon dan letakkan di sebelah tempat tidur selepas selesai mengamalkan sunnah di atas.
2. Genggam Salah Satu Botol Minyak Bidara:
Genggam botol Minyak Bidara Gaharu atau Minyak Bidara Premium atau Minyak Bidara Intim, atau Samurai Perfume sewaktu hendak tidur (lebih afdal jika disapu pada tubuh).
Namun kaedah genggam botol adalah kaedah paling jimat dan cukup cukup berkesan disamping itu jangan lupa kena letak pergantungan kepada Allah bersama amalan sunnah.

3. Bakar Bukhoor :
Bakar Bukhoor Premium atau Bukhoor Samurai sebelum tidur untuk memenuhi ruang bilik dengan wangian yang tidak disukai makhluk halus. (Nota: Kaedah ini agak mencabar kerana memerlukan arang untuk membakar).

4. Gunakan Mesin Humidifier:
Bagi yang lebih praktikal, gunakan mesin air humidifier di dalam bilik tidur dan titiskan Samurai Perfume atau Utrujah Perfume sebagai pewangi ruang yang menyegarkan sekaligus membentengi bilik tidur anda.

Semoga dengan istiqamah mengamalkan sunnah Nabi SAW ini berserta ikhtiar yang betul, Allah SWT menyembuhkan segala bisa badan, mengurniakan tidur yang lena, serta memelihara malam kita daripada sebarang kejahatan makhluk







