Keresahan? Sebab Mimpi Aneh?
Tentang seseorang yang mengalami mimpi yang menyebabkan keresahan. Lalu apa yang terjadi ?

SOALAN :
Mimpi pintu rumah di ketuk
Salam ustaz..
Tadi saya mimpi ustaz. Ada yang tekan bell/ketuk pintu rumah saya.
Kami bertiga (saya, anak sulong dan maid) takut-takut nak buka, sebab tak nampak siapa di luar tu.
Tetiba saya dan maid(orang gaji) buka pintu kayu dan buka grill.
Meluru maid saya menuju keluar dan hilang dalam gelap. Saya menangis dan cakap kenapa tak tahan dia. Ya Allah.
Orang gaji jadi serba tak kena
Ustaz, saya betul-betul risau kalau jadi macam tu. Dia dah 17 tahun dengan saya.
Baru ni mak dia meninggal. Dia tak boleh balik sebab covid. Saya bawa balik Penang.
Dia asyik kena marah dengan adik saya. Adik saya cakap dia benci tengok maid saya.
Dan kami (saya dan adik) bergaduh pun punca dari maid. Kerana adik saya asyik cari pasal je untuk marah-marah maid saya tanpa sebab.
Tolong ustaz jelaskan kenapa mimpi macam ni. Dua tiga hari ni maid saya kebetulan ada cakap jantung dia berdebar-debar.
JAWAPAN :
Hanya menimbulkan keresahan emosi
Wasalamalaikum.
Pada pandangan saya apa-apa yang terjadi adalah mahu menimbulkan keresahan emosi. Keresahan yang timbul disebabkan mimpi yang dialami.
Buatlah solat hajat mohon pada Allah rahmat.
Sujud yag terakhir, minta dilamakan sikit, sampai hati rasa tenang.
Caranya luahkan segala apa yang berbuku dalam hati yang menyebabkan keresahan.
Apa yang akak cerita pada saya kena luahkan masa sujud yang terakhir tu.
Selesai habis semua luahan barulah bangkit dari sujud.
Apa-apa yang berlaku selepas itu tawakal sahaja pada Allah, Insha Allah akan ada jalan kebaikan.
Utrujah Perfume: Cara Nak Tahu Siapa Hantar Sihir

Nak Kepastian?


Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah
Sekian, salam hormat dari saya.



