Kenapa Badan Rasa Berat Setiap Kali Lepas Asar?
Pernah tak anda mengalami situasi di mana setiap kali masuk waktu Asar atau menjelang Maghrib, tiba-tiba badan terasa sangat berat, leher menjadi tegang, dan fikiran mula rasa sarat?
Fenomena badan rasa berat selepas Asar ini bukanlah sesuatu yang kebetulan. Ia mempunyai kaitannya dengan perubahan alam, keadaan emosi, serta tindak balas rohani dalam diri kita.
Perubahan Waktu Dan Kesannya Kepada Tubuh Manusia
Dalam Al-Quran, Allah SWT telah bersumpah dengan waktu malam dan subuh untuk menunjukkan bahawa setiap perubahan waktu memberi kesan yang sangat besar kepada persekitaran dan tubuh manusia:
Surah At-Takwir (Ayat 17):وَٱلَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَMaksudnya: “Dan malam, apabila ia hampir habis (atau apabila ia mula gelap).”
Waktu Asar merupa fasa transisi atau peralihan daripada siang yang terang kepada malam yang gelap.
Pada waktu peralihan ini, tenaga alam berubah, dan bagi sesetengah individu yang mempunyai gangguan dalaman, benteng diri yang lemah, atau masalah angin, perubahan waktu ini akan memberi tekanan fizikal seperti badan terasa berat, kelesuan melampau, dan leher/bahu tegang.
Hadis Berkaitan Perubahan Waktu Malam & Gangguan
Rasulullah SAW telah mengingatkan kita tentang berlakunya perubahan dan pergerakan makhluk ghaib apabila masuknya waktu malam:
Hadis Rasulullah SAW:إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍMaksudnya: “Apabila menjelang malam atau kamu berada di waktu petang, maka tahanlah anak-anak kamu (daripada keluar), kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran pada waktu itu.”(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Peralihan waktu petang ke malam adalah waktu syaitan berkeliaran.
Jika tubuh pesakit terdapat sarang gangguan atau angin negatif, mereka akan mula merasakan kerengsangan pada fizikal dan emosi.
Gangguan Emosi: Tiba-Tiba Rasa Nak Marah & Teringat Kesalahan Pasangan
Kesan badan rasa berat pada waktu Asar ini bukan sahaja menyerang fizikal, malah ia memberi kesan langsung kepada emosi:
- Terkenang Kesalahan Pasangan Tanpa Sebab: Tiba-tiba timbul perasaan benci atau teringat semula kesilapan lama suami atau isteri tanpa punca yang jelas, lalu mencetuskan perbalahan.
- Panas Baran Di Jalan Raya: Semasa memandu untuk pulang ke rumah, emosi menjadi sangat sensitif dan rasa nak marah kepada pemandu lain walaupun atas perkara kecil.
Sifat marah dan emosi yang meluap-luap ini adalah daripada hasutan syaitan yang mengambil kesempatan atas keletihan fizikal dan jiwa anda pada waktu petang.
Badan Rasa Berat Setiap Kali Lepas Asar Amalan Doa Penawar:
Apabila situasi ini berlaku, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memperbanyakkan istighfar bagi menenangkan jiwa.
1. Doa Surah Al-Kahfi (Ayat 10)
Amalkan doa daripada Surah Al-Kahfi bermula dengan lafaz Rabbana:
Surah Al-Kahfi (Ayat 10):رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۭ وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًۭاMaksudnya: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan serta petunjuk kepada kami dalam urusan kami.”
Kenapa Amalkan Doa Ini?
Sebab setiap masalah, ketegangan emosi, dan kesukaran yang kita lalui memerlukan rahmat Allah SWT.
Tanpa rahmat-Nya, dada kita akan sentiasa rasa sempit dan sukar untuk melihat kebaikan.
Selain itu, amalkan juga Doa Nabi Yunus:
Surah Al-Anbiya’ (Ayat 87):لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَMaksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang aniaya diri sendiri.”
Doa ini amat berkesan untuk membantu melepaskan diri kita daripada belenggu kegelapan berfikir negatif, su’uzon, dan rasa putus asa.
Ikhtiar Dengan Minyak Bidara Gaharu
Di samping berdoa dan meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah SWT, anda boleh melakukan ikhtiar berikut:
- Ambil Minyak Bidara Gaharu.
- Sapu dan urut di bahagian bahu belakang, tengkuk, dan ubun-ubun.
- Sapukan juga ke seluruh belakang badan yang terasa tegang atau berat.
- Lakukan sapuan ini sehingga badan mula bertindak balas seperti sendawa atau muntah.
Apabila anda bersendawa atau muntah selepas sapu, itu adalah tanda positif bahawa angin racun dan gelombang negatif sedang keluar daripada tubuh badan anda.
Insya-Allah, badan akan rasa serta-merta ringan dan emosi kembali tenang.
Adakah anda kerap mengalami badan berat setiap kali lepas Asar?Jadikan amalan doa ini sebagai rutin harian dan sediakan Minyak Bidara Gaharu di rumah serta di dalam kenderaan anda sebagai ikhtiar benteng diri. Dapatkan produk asli terus melalui laman rasmi Bidara Specialist untuk panduan rawatan kendiri yang betul.




