Takut Kematian Secara Tiba-Tiba?

Sering Anxiety Bangun Tidur?

Adakah anda sering terbangun daripada tidur dalam keadaan jantung berdebar-debar, dada terasa sempit, atau diserang serangan panik (panic attack) yang teruk seawal membuka mata?
 
Lebih menakutkan, perasaan tersebut hadir bersama bayangan ketakutan menghadapi kematian secara tiba-tiba (fear of death) pada waktu pagi.
 
Bagi sesetengah individu, walaupun telah mengambil ubat-ubatan perubatan moden untuk kecelaruan keresahan (anxiety disorder), simptom semasa bangun tidur ini kekal berulang.
 
Panduan ini mengupas punca fenomena ini daripada sudut perubatan fizikal, psikologi, serta rohani, dan cara mengimbanginya melalui ikhtiar rawatan syifa’.
 

Bila Diuji Keresahan, Sebenarnya Allah Sedang Memanggil.

 
Ujian keresahan dan kesakitan yang menimpa diri kita sebenarnya mengandungi hikmah penyucian jiwa yang amat mendalam.
 
Sebagaimana yang diungkapkan oleh para ulama:
 
“Segala keresahan dan kesedihan, penyakit dan kesakitan, serta kelemahan dan duka cita; adalah tanda seorang mukmin perlu kepada Allah dalam keadaan bertaubat dan kembali taat, serta merendah diri kepada-Nya.
 
Setelah melakukan solat dan mengadu kepada Allah berkali-kali, maka ia akan mendapati, kehinaan diri kepada Allah satu kenikmatan yang tidak pernah ditemuinya pada zaman sihat.
 
Maka dengan sebab itu, dia mula  memperbanyakkan zikir, doanya bersambung-sambung, dan keadaannya berubah menjadi semakin baik.
 
Oleh itu, janganlah kamu membenci takdir yang pahit; kerana sesungguhnya ia memandu seorang mukmin dengan rantai kasih sayang menuju kepada rahmat Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
 
Apabila ditimpa anxiety atau penyakit jiwa, ia bukanlah tanda Allah membenci kita.
 
Sebaliknya, ia adalah “rantai kasih sayang” yang mengikat semula hati kita yang selama ini mungkin lalai agar kembali bersandar sepenuhnya kepada Allah SWT.
 

Hilang dunia, hilang arah. Keresahan pun mengambil tempat.

Daripada sudut kejiwaan dan tauhid, punca utama keresahan yang melampau sering bermula daripada ketakutan kehilangan perkara yang berkaitan dengan duniawi — seperti takut kehilangan kesihatan, takut kehilangan kerjaya, takut kehilangan harta benda, atau takut berpisah dengan insan tersayang.

Walhal, hakikat kehidupan dunia itu sendiri bersifat sementara dan tidak kekal.
 
Perasaan takut ini selalunya tidak datang secara semula jadi, melainkan hadir secara bertalu-talu tanpa henti.
 
Pesakit sering menggambarkan keadaannya seolah-olah ada “sesuatu” yang sentiasa membisikkan perkataan ketakutan di cuping telinga mereka, terutamanya pada saat seawal bangun daripada tidur.
 

Trik halus Iblis ialah menanam rasa takut hingga jiwa kita terbelenggu dan hilang arah.

 
Pesakit perlu sedar bahawa segala bentuk ketakutan yang melampau dan melumpuhkan jiwa sebenarnya berpunca daripada tipu daya iblis dan syaitan.
 
Matlamat utama iblis adalah untuk menanamkan rasa cemas, panik, dan keputusasaan dalam diri manusia sewaktu minda pesakit berada dalam keadaan paling rapuh iaitu semasa baru terbangun daripada tidur.
 
Apabila seseorang tunduk kepada bisikan ketakutan ini, mereka tidak lagi bebas merdeka.
 
Jiwa mereka menjadi terkurung dan terbelenggu sehingga akhirnya mereka menjadi musuh kepada diri mereka sendiri.
 
Perkara ini dijelaskan dengan sangat nyata oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:
 
Surah Al-Baqarah (Ayat 268):
 
ٱلشَّيْطَـٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِٱلْفَحْشَآءِ ۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةًۭ مِّنْهُ وَفَضْلًۭا ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌۭ
 
Maksudnya: “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (serta menakutkan dengan pelbagai kemudaratan), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan untuk kamu keampunan daripada-Nya dan limpah kurnia-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas rahmat-Nya, lagi Maha Mengetahui.”
 
Syaitan sentiasa membisikkan ancaman dan bayangan ketakutan yang palsu.
 
Manakala Allah SWT sentiasa menjanjikan keampunan, ketenangan, serta limpah rahmat yang maha luas.
 

Kenapa Anxiety Bangun Tidur?

 
Momentum waktu bangun tidur merupakan fasa peralihan minda daripada gelombang separa sedar (subconscious) kepada alam sedar sepenuhnya.
 
Daripada sudut sains dan biologikal, badan manusia mengalami lonjakan hormon kortisol (cortisol awakening response) pada waktu pagi untuk membangunkan tubuh, yang mana pada pesakit anxiety, ia boleh disalahtafsirkan oleh sistem saraf sebagai serangan panik.
 
Daripada sudut rawatan Islam pula, waktu tidur adalah waktu di mana jiwa dipegang oleh Allah SWT dan syaitan sering mengikat simpul-simpul pada belakang kepala manusia.
 
Terdapat hadith yang menghuraikan masalah ini:
 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ: “يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَىٰ قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ، يَضْرِبُ مَكَانَ كُلِّ عُقْدَةٍ: عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ. فَإِنِ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَإِذَا تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ، فَإِذَا صَلَّىٰ انْحَلَّتْ عُقَدُهُ، فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ، وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ”. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ: رَوَاهُ مَالِكٌ (٩٥)، وَالبُخَارِيُّ (١١٤٢)، وَمُسْلِمٌ (٧٧٦).

2690- Daripada Abu Hurayrah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Syaitan akan mengikat tiga simpulan di belakang kepala salah seorang daripada kamu apabila dia tidur. Dia menepuk pada setiap simpulan itu (sambil membisikkan): Malam masih panjang buatmu, maka tidurlah! Jika dia terjaga lalu mengingati Allah, maka terurailah satu simpulan. Jika dia berwuduk, maka terurailah satu simpulan lagi. Dan jika dia mengerjakan solat, maka terurailah semua simpulannya. Maka dia akan berpagi-pagi dalam keadaan cergas dan berjiwa baik; jika tidak, dia akan berpagi-pagi dalam keadaan berjiwa buruk lagi pemalas.” Status Hadis: Muttafaq ‘alayh. Riwayat Malik (95), al-Bukhari (1142) dan Muslim (776).

 
Sekiranya seseorang mempunyai benteng rohani yang lemah, gangguan angin dalaman, atau masalah sihir/saka, tindak balas fizikal seperti dada berdebar, pernafasan terengah-engah, dan rasa tercekik akan menjadi sangat ketara sebaik sahaja pesakit mencelikkan mata.
 

Kenapa Ubat Anxiety Kadang-Kadang Tidak Berkesan Sepenuhnya

Perubatan moden dan klinikal amat penting untuk mengawal ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak (neurotransmitter) serta melegakan sistem saraf yang tegang. Walau bagaimanapun, pesakit perlu memahami beberapa faktor berikut:

  1. Ubat Bersifat Mengawal Simptom Fizikal: Ubat klinikal berfungsi menenangkan sistem saraf dan mengawal tindak balas emosi. Namun, sekiranya punca utama timbul daripada gangguan ghaib atau “sarang” sihir dalam tubuh, ubat fizikal tidak dapat memusnahkan punca ghaib tersebut.
  2. Penghentian Ubat Secara Melulu: Kesalahan utama pesakit adalah menghentikan ubat hospital secara mendadak apabila memulakan rawatan syifa’. Tindakan ini boleh mencetuskan withdrawal syndrome yang memburukkan lagi serangan panik pada waktu pagi.
  3. Penyakit Jiwa Memerlukan Penawar Syifa’ : Serangan rasa takut mati yang melampau (thanatophobia) sewaktu bangun tidur sering dimanfaatkan oleh syaitan untuk membina bisikan (waswas) dan melepaskan pergantungan hati pesakit daripada Allah SWT sejak awal pagi lagi.

Cara Mengimbangi Rawatan Moden dan Rawatan Syifa’

Rawatan yang terbaik adalah rawatan yang holistik — menggabungkan ikhtiar perubatan moden bersama penyucian jiwa dan benteng diri berasaskan syariat.
 

Amalan Zikir dan Doa Pendinding Jiwa

Kembalikan ketenangan hati sebaik sahaja celik mata dengan sentiasa membasahi lidah memperbanyakkan istighfar serta mengamalkan Doa Nabi Yunus:
 
لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
 
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
(Surah Al-Anbiya’: 87)
 
Amalan doa ini membantu membebaskan minda daripada belenggu kegelapan fikiran negatif, seterusnya mengukuhkan semula tauhid dan pergantungan diri sepenuhnya hanya kepada Allah SWT.
 

Langkah Tambahan Jika Masih Buntu

 
Jika sudah lakukan pelbagai usaha tetapi belum nampak jalan keluar:
 
  1. Lakukan Solat Sunat 2 Rakaat secara Istiqamah
    Kerapkan mendirikan solat sunat—sama ada solat Rawatib, Hajat, mahupun Dhuha.
  2. Perbanyakkan Doa Nabi Yunus Ketika Sujud Terakhir
    Masa sujud terakhir, bacalah doa ini sebanyak yang mampu.
  3. Luahkan Dari Hati
    Selepas itu, berbičaralah dengan Allah secara tulus dari dalam hati. Mohon sungguh-sungguh agar Dia mengangkat segala beban, keresahan, dan kegelisahan yang sedang anda tanggung.
Peringatan Mesra:
Jika belum nampak perubahan, jangan sesekali berputus asa. Kadangkala penawar itu memerlukan masa. Teruskan beristiqamah dan bersabar—dengan izin Allah, jalan keluar pasti akan terbuka jua.

2. Pembersihan “Sarang” Gangguan Dalaman

Kecelaruan emosi dan ketakutan melampau pada waktu pagi kerap berpunca daripada kotoran sihir atau gangguan yang bertapak di kawasan perut dan usus.
  • Ikhtiar Syifa’: Amalkan pengambilan Bidara Drop N Drink yang dititiskan di dalam air minuman. Ia bertindak membantu memusnahkan sarang gangguan dalaman dan mengeluarkan angin racun daripada tubuh secara semula jadi.
Bidara Drop n Drink,tunang tak nak berubat,terkena sihir pemisah

2. Ketenangan Saraf dan Aromaterapi Seawal Pagi

Apabila serangan panik mula menyerang sebaik sahaja anda bangun daripada tidur:

Mnyak bidara gaharu

Kesimpulan

Masalah anxiety dan serangan panik sewaktu bangun tidur tidak sepatutnya dibiarkan merampas keharmonian hidup anda. Bebaskan diri anda daripada belenggu ketakutan iblis dan gabungkanlah ikhtiar perubatan moden bersama amalan rawatan kendiri di rumah yang betul dan syarie.

Lakukan Rawatan Kendiri di Rumah Bersama Bidara Specialist

Anda tidak perlu bersusah payah ulang-alik ke pusat rawatan. Pulihkan benteng rohani dan kesejahteraan jiwa anda di rumah dengan bimbingan yang betul.

Kembalikan Ketenangan Hati dan Jiwa Anda Hari Ini

Perbetulkan akidah, tingkatkan amalan, dan serahkan kesembuhan hakiki kepada Allah SWT.

Anda Mungkin Juga Berminat

sarang gangguan dalam perut
Jenis Masalah

Rahsia Sarang Gangguan Dalam Perut

Rahsia “Sarang Gangguan” Dalam Perut, Bentuk Generasi Lemah Pemikiran. Pernah rasa tak, dah guna bermacam-macam ikhtiar—mandi Raja Gel Bidara, mandian ais dengan  7 Telaga Raudhah,

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha