Badan Gatal Waktu Malam?

Gatal Waktu Malam : Kenapa Bukhoor Premium Lebih Berkesan Dari Raja Gel dan Scrub Lemon

Sejak 2016 hingga 2026, saya dapati gatal yang bermula selepas Isyak sehingga Subuh adalah tanda gangguan sudah mula masuk ke tahap saraf atau persekitaran rumah.

Jika mandian bidara hanya memberi lega sementara, itu isyarat anda berada dalam Cluster 2.

Berdasarkan pengalaman sedekad saya, kunci penyelesaiannya bukan lagi pada air mandian, tetapi pada medium asap (Bukhoor Premium).”

Setiap tulisan berwarna biru boleh anda klik untuk terus ke produk atau panduan penuh. Saya sengaja tidak letak butang “Buy Now” untuk elak gangguan semasa membaca.

Kenapa Mandian Sahaja Tak Cukup? Pentingnya "Pembersihan Ruang" (Bukhoor Premium)

Berdasarkan pengalaman saya merawat ribuan kes sejak 2016, ramai pesakit hairan kenapa mereka sudah mandi dengan Raja Gel Bidara dan Scrub Lemon Olive Oil tapi bila masuk waktu tidur, gatal merayap itu datang balik.

Jawapannya mudah: Gatal waktu malam (Cluster 2) selalunya bukan berpunca daripada badan anda semata-mata, tetapi daripada persekitaran bilik tidur anda.

1. Jasad Dah Bersih, Tapi Ruang Masih ‘Kotor’

Mandian Raja Gel dan Scrub Lemon sangat berkesan untuk membersihkan aura pada kulit (jasad). Namun, pada waktu malam, gangguan halus biasanya sudah berada dalam frekuensi bilik atau bersembunyi di sudut-sudut gelap, bawah katil, dan celah almari.

Apabila anda tidur, ‘benda’ ini akan menghampiri semula jasad anda. Sebab itu anda perlu gunakan Bukhoor Premium untuk mencuci ‘udara’ dan frekuensi bilik tersebut.

2. Medium Asap Sebagai ‘Pagar’

Gangguan sihir atau jin sangat benci dengan wangian bukhoor yang berkualiti. Asap Bukhoor Premium bertindak sebagai:

  • Neutralizer: Menukar frekuensi bilik yang ‘berat’ dan panas menjadi tenang dan sejuk.

  • Pagar yang tidak nampak: Mewujudkan suasana yang tidak selesa untuk gangguan terus tinggal di dalam bilik anda.

3. Ketenangan Saraf Untuk Tidur

Selain menghalau gangguan, aroma Bukhoor Premium direka untuk menenangkan saraf pesakit. Apabila saraf tenang, tindak balas gatal akibat gangguan (yang biasanya menyerang sistem saraf) akan berkurangan, sekaligus membolehkan anda mendapat tidur yang berkualiti tanpa gangguan ‘merayap’.

ustaz zulhilmei, bidara specialist

Pemerhatian 10 Tahun: "Rawatan gatal malam yang sempurna mesti melibatkan dua langkah: Mandi untuk bersihkan diri (Raja Gel), dan asapkan bilik untuk bersihkan ruang (Bukhoor Premium). Tanpa pembersihan ruang, anda seperti mencuci badan tetapi memakai semula baju yang kotor."

gatal waktu malam

Badan gatal tengah malam dan gatal waktu malam sekitar 11 malam hingga subuh boleh menjadi tanda gangguan misteri.

Ketahui penjelasan berasaskan pengalaman kes sebenar serta solusi bertangas Bukhoor Premium.

Gatal Waktu Malam Bukan Sekadar Kebetulan

Sepanjang pengalaman saya mengendalikan rawatan gangguan syifak, saya mendapati bahawa aduan badan gatal waktu malam, khususnya antara jam 11 malam hingga subuh, bukan sesuatu yang jarang berlaku.

Ramai pesakit datang dengan keluhan yang hampir sama:

  • Gatal bermula ketika hendak tidur

  • Rasa panas tiba-tiba pada kulit

  • Sukar melelapkan mata

  • Terjaga tepat sekitar tengah malam

Masalah badan gatal tengah malam seperti ini tidak boleh terus dianggap gangguan, namun ia juga tidak boleh dipandang ringan apabila berlaku secara berulang pada waktu yang sama setiap hari.

Sebagai perawat, saya berpegang kepada prinsip yang jelas:
Setiap kes mesti melalui penilaian fizikal terlebih dahulu.

Jika pemeriksaan doktor tidak menemui punca klinikal yang munasabah dan keadaan ini berulang secara konsisten, maka saya akan menilai kemungkinan gangguan misteri!

Untuk penjelasan lengkap tentang cara hilangkan gatal di badan review 10 tahun, saya telah huraikan secara menyeluruh dalam artikel utama sebelum ini.

Kenapa Waktu 11 Malam hingga Subuh Sering Berlaku Gangguan?

Dalam pengalaman saya mengendalikan kes rawatan syifa’, waktu antara 11 malam hingga subuh bukan sesuatu yang berlaku secara kebetulan.

Ia mempunyai sandaran daripada al-Quran yang jelas dan perlu difahami dengan betul.

Allah SWT berfirman dalam Surah At-Takwir, ayat 17:

“Demi malam apabila ia mulai gelap.”

Ayat ini menggambarkan keadaan malam yang semakin pekat dan menyelubungi suasana.

Apabila malam benar-benar gelap, suasana berubah sepenuhnya — aktiviti manusia berkurang, persekitaran menjadi sunyi dan tenaga tubuh berada dalam keadaan rehat.

Begitu juga dalam Surah Al-Falaq, ayat 3:

“Dan daripada kejahatan malam apabila ia telah gelap-gelita.”

Ayat ini menunjukkan bahawa malam yang gelap mempunyai unsur kejahatan yang perlu kita berlindung daripadanya.

Ia bukan bermaksud malam itu buruk secara mutlak, tetapi terdapat gangguan dan keburukan yang lebih mudah berlaku ketika suasana benar-benar gelap dan sunyi.

Dalam kes rawatan syifa’ yang saya kendalikan, pesakit yang mengalami badan gatal tengah malam sering menunjukkan keadaan yang sama:

  • Gatal menjadi lebih kuat sekitar jam 12 malam

  • Rasa panas atau mencucuk tanpa sebab fizikal

  • Terjaga pada waktu yang hampir sama setiap malam

  • Sukar kembali tidur selepas terjaga

Apabila keadaan ini berlaku secara konsisten dan faktor perubatan telah diketepikan, saya melihatnya sebagai tanda gangguan yang lebih aktif pada waktu malam.

Berdasarkan pengalaman kes yang berulang, gangguan sihir dan gangguan saka sering menunjukkan kekuatan yang lebih ketara apabila malam menjadi benar-benar pekat.

Itulah sebabnya simptom seperti gatal waktu malam menjadi lebih jelas antara 11 malam hingga subuh.

Sebagai perawat syifa’, saya menilai kes secara sistematik:

  • Waktu gangguan berlaku

  • Kekerapan keadaan berulang

  • Tahap kekuatan simptom

  • Tanda sokongan seperti gangguan tidur atau mimpi tertentu

Pendekatan ini memastikan penilaian dibuat secara berasas dan bukan andaian.

Boleh baca artikel saya mengenai cara atasi gatal waktu senja berbeza dengan gatal di waktu tengah malam.

 

Kenapa Menjelang Subuh Gatal Mula Hilang?

Dalam banyak kes rawatan syifa’ yang saya kendalikan, terdapat satu pemerhatian yang sangat konsisten: apabila hampir waktu Subuh, simptom seperti gatal waktu malam mula berkurang atau hilang dengan sendiri.

Pesakit sering menyatakan:

  • Gatal yang kuat sekitar jam 12 malam mula reda sekitar jam 4 atau 5 pagi

  • Badan terasa lebih ringan menjelang azan Subuh

  • Rasa panas atau mencucuk semakin lemah apabila fajar hampir menyinsing

Keadaan ini bukan sesuatu yang saya anggap kebetulan.

Allah SWT berfirman dalam Surah At-Takwir, ayat 18:

“Dan demi subuh apabila ia mulai menyingsing.”

Ayat ini menggambarkan kemunculan cahaya yang memecah kegelapan malam.

Fajar membawa perubahan suasana yang besar — daripada gelap kepada terang, daripada sunyi kepada permulaan aktiviti kehidupan.

Begitu juga dalam Surah Al-Falaq, ayat 1:

“Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh.”

Allah menyebut secara khusus tentang Tuhan yang menguasai waktu subuh.

Ini menunjukkan bahawa waktu subuh mempunyai nilai perlindungan dan pembebasan daripada kegelapan serta keburukan malam.

Dalam pengalaman rawatan syifa’, apabila malam yang pekat berakhir dan cahaya subuh mula muncul, kekuatan gangguan menjadi lemah.

Itulah sebabnya ramai pesakit yang mengalami badan gatal tengah malam melaporkan simptom mereka beransur reda menjelang Subuh.

Perubahan ini selari dengan peralihan suasana yang disebut dalam al-Quran — daripada kegelapan yang berpotensi membawa gangguan kepada cahaya yang membawa perlindungan.

Sebagai perawat syifa’, saya melihat hubungan ini secara praktikal melalui kes yang berulang:

  • Gangguan memuncak ketika malam benar-benar gelap

  • Simptom berkurang apabila fajar mendekat

  • Keadaan menjadi stabil selepas azan Subuh

Namun saya tetap menegaskan bahawa ini bukan hukum mutlak bagi semua kes.

Ia adalah pemerhatian yang konsisten berdasarkan pengalaman rawatan yang sebenar dan berulang.

Pendekatan ini membolehkan penilaian dibuat secara berasas, selari dengan dalil al-Quran dan pengalaman kes lapangan.

Baca juga artikel saya yang jelaskan mimpi ular hitam dan masalah gatal. Ia boleh berlaku pada waktu senja atau tengah malam

Protokol Rasmi Rawatan Gatal Tengah Malam
Guna Kaedah Bertangas Bukhoor Premium

Bukhoor Premium untuk rawatan gatal waktu malam
bertangas

Protokol ini saya tetapkan berdasarkan pengalaman mengendalikan kes badan gatal tengah malam yang menunjukkan tanda gangguan aktif antara jam 11 malam hingga subuh.

Ia bukan amalan sebarangan, tetapi kaedah berperingkat yang memerlukan disiplin dan konsistensi.

Fasa 1: Bertangas Sebelum Tidur (Langkah Asas)

bertangas

Bertangas perlu dilakukan sekitar jam 10 malam sebelum tidur.

Tatacara Asas:

  1. Gunakan Bukhoor Premium sebagai bahan utama.

  2. Duduk bertangas selama 15 hingga 20 minit.

  3. Bacakan Ayat Kursi dan tiga Qul sepanjang proses.

  4. Pastikan suasana tenang dan tidak terganggu.

Tujuan fasa ini ialah melemahkan gangguan sebelum waktu kritikal antara 11 malam hingga subuh

Fasa 2: Bertangas Segera Jika Gatal Lagi

Sekiranya pesakit telah bertangas sebelum tidur tetapi gatal muncul kembali sekitar tengah malam, ini menunjukkan gangguan masih kuat dan belum sepenuhnya lemah.

Dalam keadaan ini, saya menetapkan tindakan berikut:

Lakukan bertangas sekali lagi ketika simptom sedang berlaku.

Jangan tunggu sehingga keesokan hari.

Rawatan perlu dilakukan ketika gangguan sedang aktif. 

Jika anda mengalami masalah gatal lagi, meskipun sudah bertangas, maka saya anggap gangguan ini dianggap kuat.

Berikut panduan bila Gatal Merayap Bawah Kulit Seperti Miang Buluh yang berlaku waktu tengah malam.

 

Tempoh Bertangas Ketika Gangguan Memuncak

Apabila bertangas dilakukan pada waktu gangguan sedang kuat, tempoh tidak lagi dihadkan kepada 20 minit sahaja.

Pesakit dibenarkan bertangas sehingga:

  • Gatal beransur reda

  • Rasa panas atau mencucuk berkurang

  • Tubuh kembali tenang

Tempoh mungkin berbeza antara individu.

Ada yang memerlukan 25 minit, ada yang lebih lama.

Penentu utamanya ialah keadaan simptom, bukan masa semata-mata.

Dalam pengalaman saya, gangguan yang kuat hanya menunjukkan reaksi apabila rawatan dilakukan tepat ketika ia aktif.

Fasa 3: Disiplin 100 Hari

Bagi kes yang serius dan telah berlarutan lama, saya menetapkan tempoh amalan sehingga 100 hari.

Tempoh ini bukan angka sebarangan.

Ia berdasarkan pemerhatian bahawa gangguan yang lama memerlukan tempoh konsisten untuk benar-benar lemah.

Namun begitu:

  • Ada pesakit pulih dalam tempoh kurang daripada 100 hari.

  • Ada yang menunjukkan perubahan besar dalam 30 hingga 60 hari.

Yang paling penting ialah istiqamah dan tidak berhenti selepas menunjukkan sedikit perubahan.

Pengukuhan Rawatan: Azan Ketika Bertangas

Bagi meningkatkan keberkesanan rawatan, saya mengesyorkan supaya azan diperdengarkan ketika bertangas.

Terdapat dua pilihan:

  1. Pasangkan rakaman azan dengan jelas sepanjang sesi bertangas.

  2. Jika mampu, pesakit sendiri melaungkan azan di dalam rumah ketika bertangas.

Dalam pengalaman rawatan syifa’, azan memberi kesan yang kuat dalam melemahkan gangguan aktif, terutama pada waktu malam yang sunyi.

Gabungan antara:

  • Asap Bukhoor Premium

  • Bacaan ayat perlindungan

  • Lafaz azan

Memberikan tekanan berterusan kepada gangguan yang sedang aktif.

Garis Panduan Keselamatan dan Etika Rawatan

Sebagai perawat yang bertanggungjawab, saya menegaskan perkara berikut:

  • Pastikan ruang bertangas mempunyai pengudaraan yang baik.

  • Jangan bertangas terlalu lama sehingga menyebabkan sesak nafas.

  • Jangan hentikan jika berasa pening atau tidak selesa.

  • Pesakit kronik atau mempunyai masalah pernafasan perlu mendapatkan nasihat terlebih dahulu.

Rawatan syifa’ tidak boleh dilakukan secara cuai atau melampaui batas.

Nak Tanya Saya dulu?

carta alir follow up
ustaz zulhilmei, bidara specialist

Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah

Bukhoor Premium Untuk Bertangas

Bukhoor Premium,Bukhoor Premium Bidara Specialist untuk ketenangan jiwa dan masalah sihir

Soalan Lazim (FAQ) Gatal Tengah Malam dan Bertangas

1. Adakah semua gatal waktu malam berpunca daripada gangguan?

Tidak. Pemeriksaan doktor mesti dilakukan terlebih dahulu bagi menolak punca alahan atau masalah kulit.


2. Kenapa gatal sering berlaku antara 11 malam hingga 1 pagi?

Dalam pengalaman rawatan syifa’, waktu malam yang benar-benar gelap sering menunjukkan gangguan lebih aktif.


3. Mengapa gatal berkurang menjelang Subuh?

Apabila fajar menyinsing, suasana berubah daripada gelap kepada terang dan dalam banyak kes, gangguan menjadi lemah.


4. Jika sudah bertangas tetapi gatal muncul semula, apa perlu dilakukan?

Lakukan bertangas sekali lagi ketika simptom berlaku kerana itu menandakan gangguan masih kuat.


5. Berapa lama perlu amalkan protokol ini?

Disarankan sehingga 100 hari atau sehingga simptom benar-benar hilang.

Anda Mungkin Juga Berminat

Gatal Merayap Bawah Kulit Seperti Miang Buluh
Jenis Masalah

Gatal Merayap Bawah Kulit?

Gatal Merayap Bawah Kulit Seperti Miang Buluh? Kenapa Bukhoor Samurai Jadi ‘Musuh’ Utama Gangguan Ini?   Gatal merayap di bawah kulit yang terasa pedih seperti

Read More »
tanda sihir dalam rumah
Jenis Masalah

Tanda Sihir Dalam Rumah

Tanda Sihir Dalam Rumah: Kenapa Gangguan Sering Bermula Dari Ruang Kediaman Tanda sihir dalam rumah sering disalah tafsir.  Ketahui tanda-tanda yang boleh kita lihat, perubahan

Read More »
ayat ruqyah
Doa & Wirid

Ayat Ruqyah Penawar Sihir

6 Ayat Ruqyah Penawar Sihir Yang Boleh Dibaca Sendiri Di Rumah Ayat ruqyah penawar sihir lengkap dengan teks Arab, rumi dan terjemahan.  Ketahui cara ruqyah

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *