Pesakit Jangan Terpedaya Dengan Dunia Rawatan Palsu
Awas! Jangan terpedaya. Pesakit selalu termakan dengan kata-kata manis yang memikat mangsa dengan masalah yang dihadapi.
Bila anda terjebak, jangan terpedaya dengan dunia bisikan mereka.

SOALAN :
Dakwa qarin saya bercinta dengan qarin suami orang lain
Assalamualaikum ustaz. Saya ada sedikit kekeliruan yang saya perlukan penjelasan dari org yang berilmu. Takut terpesong akidah dan fahaman. Harap ustaz dapat bantu saya?
Macam ni ustaz. Pada tahun 2014, ada satu profile di facebook (mendakwa melakukan rawatan shifa) menghantar mesej saya mengatakan masa dia rawat seorang pesakit, didapati qarin saya bercinta dengan qarin suaminya, menyebabkan dia tak mahu bersama dengan isteri.
Dan suruh saya melakukan ‘pembersihan’, kena mandi di sungai terpencil, di antara waktu asar ke magrib, dengan berpakaian ihram dan disuruh bawak seorang lelaki yang boleh menjaga aib, nama dalam sanat hassan, ali, uthman atau ada beberapa lagi (saya tak ingat).
Paksa saya lakukan 'Pembersihan'
Saya pun anggap benda tu mengarut dan abaikan tanpa balas. Sehinggalah baru-baru ini dia mesej balik, cakap diri saya tak bersih dan perlu lakukan ‘pembersihan’ mandian tersebut dan banyak masalah timbul dalam hidup saya disebabkan hal tersebut termasuk masih belum berzuriat.
Dan kebetulan saya memang sedang menghadapi ujian berat dalam rumahtangga pada masa tersebut. Dia cakap masalah saya akan bertambah rumit.
Saya Pun Reply Begini :
“Terima kasih atas ingatan.
Sesungguhnya semua ujianku datang dari Allah dan hanya kepada dia tempat aku mengadu dan meminta pertolongan. In shaa Allah.”
Tapi dia masih ulang cakap berhati-hatilah dirimu masih belum bersih.
Saya memang tak percaya ustaz. Sungguh tiada kuasa lebih dari Allah tapi saya takut kalau ada apa-apa yang ilmu yang saya tak tahu. Melalui bacaan, qarin tu adalah jin yang bersama manusia dan hasut kita buat jahat.
Dan cara elak dengan memperbanyakkan solat, ibadat dan bertakwa. Tapi adakah ilmu syifa yang sampai kena mandi-mandi macam ni ustaz?
Disuruhnya pula pergi dengan mana-mana lelaki dgn nama berkenaan untuk buat mandian tu, kemudian solat hajat, dan tidur dalam pakaian ihram.
Takkan la saya nak pergi berteman dengan lelaki lain sedangkan sudah bersuami dan sampai sekarang dia akan mesej saya suruh berhati-hati dan kata saya tak bersih.
Dan bagaimna cara saya nak periksa jika benar diri saya bermasalah ustaz?
JAWAPAN :
Jangan terpedaya dengan dunia penipuan
Waalaikumussalam.
Saya ucapkan tahniah sebab tidak terpedaya dengan macam-macam andaian yang bukan-bukan.
Jika orang awam yang tiada ilmu pasti terus ikut apa yang disarankan. Jangan terpedaya dengan ajakan seperti ini.
Bila dia suruh mandi di sungai terpencil waktu senja hingga maghrib tu tanda apa yang disarankan tu mengarut. Lebih-lebih lagi waktu yang disarankan ialah waktu jin sedang aktif.
Kalau mandi waktu tu, kemudian keluar pula dengan bukan suami. Memang cari pasal.
Lakukan Amalan Ini Jika Sering Rasa Bingung
Apa pun abaikan sahaja mesej ini. Barangkali yang mesej awak tu orang yang kenal awak dan tahu masalah awak guna nama orang lain, sekali lagi jangan terpedaya dengan muslihat begini. Boleh block nama dia terus jangan pening.
Lakukan amalan di bawah dengan tenang jika sering Rasa Ragu, Tidak Yakin, Bingung dan Tiada Keputusan :
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
*Wahai Tuhanku, berikanlah aku keputusan/petunjuk (apa sebenarnya yang berlaku) dan hubungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh*
Surah Ash-Shu’arak, Ayat 83
Baca 100 kali selepas Solat Subuh dan Asar. Nak baca waktu lapang pun boleh.
Bila baca sertakan dengan maknanya di atas. Minta dan fokus betul-betul pada Allah insha Allah akan ada jalan keluar.



Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah
Sekian, salam hormat dari saya.

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist



