
Kenapa Badan Gatal Waktu Maghrib?
Adakah Cukup Dengan Mandian?
(Review 2016-2026)
Masalah badan gatal waktu Maghrib secara tiba-tiba bukanlah perkara asing.
Sepanjang 10 tahun (2016-2026) saya mengendalikan ribuan kes, saya dapati waktu senja adalah waktu ‘peralihan’ di mana gangguan mula mencari sesuatu yang dia nak ‘melekat’ pada tubuh manusia.
Jika anda rasa gatal miang hanya pada waktu ini, anda sebenarnya berada dalam Cluster 1 & 2 (Tahap Ringan).
Namun, ramai yang silap apabila hanya bergantung pada ubat hospital tanpa merawat punca gangguan makhluk halus secara syifa.
Setiap tulisan berwarna biru boleh anda klik untuk terus ke produk atau panduan penuh. Saya sengaja tidak letak butang “Buy Now” untuk elak gangguan semasa membaca.
Apabila Pesakit Mengadu Gatal Waktu Senja
Antara soalan yang paling kerap diajukan kepada saya ialah, “Kenapa badan saya gatal waktu senja, terutama hampir waktu azan Maghrib?”
Masalah gatal waktu senja atau badan gatal Maghrib bukanlah aduan yang terpencil.
Dalam pengalaman saya mengendalikan kes rawatan Islam, rekod ini sangat konsisten dalam kes gangguan saka keturunan.
Namun begitu, saya tidak pernah terus menyimpulkan bahawa ia gangguan makhluk halus.
Saya akan memastikan terlebih dahulu bahawa pesakit telah mendapatkan pemeriksaan perubatan.
Jika tiada penjelasan klinikal yang kukuh dan simptom berlaku berulang kali pada waktu yang sama, barulah saya meneliti kemungkinan lain.
Di sinilah fenomena waktu Maghrib menjadi sangat signifikan.
Fenomena Waktu Maghrib dalam Islam
Saya sering menjelaskan kepada pesakit bahawa waktu Maghrib ialah waktu peralihan antara siang dan malam.
Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda agar anak-anak masuk ke dalam rumah apabila tiba waktu senja kerana pada waktu itu syaitan berkeliaran.
Hadis ini menjadi asas bahawa waktu senja mempunyai keistimewaan tertentu dalam konteks alam ghaib.
Berdasarkan pemerhatian kes yang saya kendalikan, gangguan saka sering menunjukkan reaksi aktif pada waktu peralihan ini.
Pesakit biasanya melaporkan:
Gatal bermula sekitar 10 hingga 20 minit sebelum azan Maghrib
Rasa gelisah tanpa sebab jelas
Emosi menjadi mudah marah
Tubuh terasa berat
Apabila azan berkumandang, gatal kadangkala semakin kuat sebelum beransur perlahan selepas waktu Isyak.
Rekod ini jarang berlaku dalam kes alahan biasa.
Badan Gatal Waktu Maghrib Tanpa Sebab?
Badan gatal waktu maghrib tanpa sebab Ini satu masalah yang sering dialami oleh kebanyakan pesakit.
Ia berlaku secara tiba-tiba.
Anda mungkin seorang yang menjaga makanan, kuat berpantang tapi merasa hairan kenapa badan anda gatal gatal tanpa sebab dan secara tiba-tiba.
Waktu senja merupakan waktu yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W untuk keluar, terutamanya kanak-kanak.
Sabda Rasulullah S.A.W:
Maksudnya : Jika malam datang menjelang, atau kalian berada di petang hari, maka tahanlah anak-anak kalian, kerana sesungguhnya ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka lepaskan mereka.(Bila tiba waktu isyak)
Binatang Ternakan Juga Dilarang Berkeliaran
Sabda Rasulullah S.A.W
Maksudnya : “Jangan lepas haiwan ternak kalian dan anak-anak kalian apabila matahari terbenam hingga berlalunya awal waktu Isya. Kerana syaitan bertebaran jika matahari terbenam hingga berlalunya awal waktu Isya.” (HR. Muslim).
Jangan Pandang Remeh Waktu Senja
Memandang remeh waktu senja punca yang menyebabkan anda terkena gangguan badan gatal gatal tanpa sebab
Anda terasa gatal bukan sebab tersalah makan, tetapi sebab masuk waktu senja atau maghrib.
Pengalaman Kes Sebenar yang Pernah Saya Kendalikan
Saya pernah mengendalikan satu kes seorang wanita yang mengalami gatal pada lengan dan belakang badan hampir setiap hari menjelang Maghrib.
Beliau telah menjalani rawatan dermatologi selama beberapa bulan.
Keputusan ujian darah dan pemeriksaan kulit adalah normal.
Tiada ekzema atau jangkitan dikesan.
Apabila saya bertanya tentang waktu gatal berlaku, beliau menjawab dengan yakin, “Setiap kali hampir azan Maghrib, ustaz.”
Saya juga bertanya tentang mimpi.
Beliau mengakui kerap bermimpi berada di rumah lama arwah datuknya.
Gabungan dua faktor ini — gatal masa azan dan mimpi berkaitan rumah lama — memberikan petunjuk kuat bahawa ia berkaitan saka keturunan, bukan sihir.
Selepas beberapa sesi rawatan asas dan amalan mandian tertentu, beliau melaporkan pengurangan ketara dalam tempoh dua minggu.
Kes seperti ini bukan satu atau dua.
Polanya berulang dalam banyak kes yang saya temui.
Mengapa Gatal Waktu Senja Sering Dikaitkan dengan Saka?
Dalam pengalaman saya, saka keturunan cenderung aktif pada waktu tertentu kerana ia berkait dengan ikatan lama yang diwarisi.
Berbeza dengan sihir yang biasanya bersifat agresif dan tidak terikat pada waktu tertentu, gangguan saka lebih menunjukkan pola:
Aktif waktu Maghrib
Disertai mimpi berkaitan warisan
Tidak terlalu agresif tetapi berulang
Oleh sebab itu, apabila seseorang mengadu badan gatal Maghrib secara konsisten tanpa sebab perubatan yang jelas, saya akan meneliti sejarah keluarga serta tanda-tanda mimpi.
Pendekatan ini lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru membuat kesimpulan.
Anda Nak Pastikan?


Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah
Langkah yang Saya Sarankan untuk Kes Gatal Waktu Senja

Bagi memudahkan penggunaan, saya mencadangkan penggunaan Raja Gel Bidara sebagai mandian harian.
Cara yang saya sarankan kepada pesakit:
Campurkan dalam air mandian.
Bacakan ayat Kursi dan tiga Qul sebelum memulakan mandian.
Lakukan mandian sebelum waktu Maghrib selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut.
Dalam banyak kes yang saya kendalikan, pesakit melaporkan:
Gatal semakin berkurang
Tubuh terasa lebih ringan
Tidur menjadi lebih lena
Saya sentiasa mengingatkan bahawa ia adalah ikhtiar, bukan jaminan mutlak.
Amalan solat dan bacaan al-Quran tetap menjadi asas perlindungan utama.
Kenapa Produk Luaran (Raja Gel & Scrub Lemon) Berkesan Di Sini?
Pada tahap ini, gangguan masih berada di lapisan ‘aura’ atau kulit luar.
Raja Gel Bidara berfungsi meneutralkan cas negatif yang menarik gangguan tersebut, manakala Scrub Lemon bertindak membuang ‘sisa miang’ yang tertinggal pada pori kulit.
Selagi gatal anda tidak melarat ke tengah malam, penggunaan dua produk ini sudah memadai untuk memutus rantaian gangguan.
⚠️ PENTING: Adakah Gatal Anda Melarat Ke Tengah Malam? Jika gatal anda tidak hilang selepas Isyak, atau anda mula bermimpi pelik, anda mungkin sudah masuk ke Cluster 3 atau 4. Sila baca panduan lengkap protokol rawatan saya.
FAQ: Protokol Mandian Maghrib (Kesan Maksimum)
Berdasarkan pengalaman saya sejak 2016, cara paling berkesan adalah dengan mencampurkan Raja Gel Bidara dan Scrub Lemon Olive Oil serentak ketika mandi. Ratakan ke seluruh tubuh tanpa tertinggal satu pun kawasan yang gatal. Ini adalah teknik ‘2-dalam-1’ untuk membersihkan aura dan mencabut akar gangguan pada kulit.
Tempoh 3 hingga 5 minit ini sangat kritikal. Ia bukan sekadar mandi biasa, tetapi proses rawatan. Kita mahu bahan aktif dalam Raja Gel dan Scrub Lemon meresap masuk sepenuhnya melalui liang roma sehingga ke peringkat tulang. Resapan yang mendalam ini memastikan gangguan yang bersembunyi di bawah saraf dipaksa keluar dengan segera.
Jangan. Jika terdapat luka terbuka atau kulit terasa sangat pedih, anda dilarang menggunakan Scrub Lemon Olive Oil terlebih dahulu kerana kandungan lemonnya akan menyebabkan rasa pedih yang amat sangat. Protokol yang betul adalah mandi dengan Raja Gel Bidara sahaja selama beberapa hari sehingga luka tersebut kering dan sembuh. Selepas itu, barulah mulakan penggunaan bersama Scrub Lemon.
Ya, sangat digalakkan. Waktu Maghrib adalah waktu ‘peralihan’ di mana unsur gangguan mula aktif mencari magnet pada tubuh manusia. Dengan melakukan mandian protokol ini tepat pada waktunya, anda sebenarnya sedang memasang benteng pelindung (pagar diri) sebelum gangguan tersebut sempat meresap lebih jauh ke dalam tubuh anda.
Gangguan bersifat halus dan ia boleh berpindah-pindah. Jika anda hanya sapu di tempat yang gatal, gangguan tersebut mungkin akan lari ke bahagian anggota badan yang lain. Dengan meratakannya ke seluruh tubuh dan membiarkannya meresap selama 3 hingga 5 minit, anda memastikan tiada ruang kosong yang boleh dijadikan tempat persembunyian oleh unsur halus tersebut.




