Saka dan Sihir Pemisah Saling Bertembung?

Saka dan Sihir Bertembung Rasa Gatal-gatal Bila Bersama?

Suami isteri ada saka dan sihir pemisah?

saka dan sihir

SOALAN :

Perkahwinan tak pernah bahagia

Saya dah kahwin dalam 8 bulan. 

Sejak kawin sehingga kini saya tidak pernah bahagia. 

Mula-mula kahwin saya dan suami hadapi masalah pada hubungan intim. Kami tidak boleh lakukan.

Selepas seminggu saya kena gatal-gatal. 

Saya demam dan mual-mual. Emosi saya mula terganggu. 

Saya tak tahu kenapa saya stress. Kami selalu bergaduh. Saya selalu rasa tak suka dengan suami.

Suami mengaku ada saka

Kami berubat baru saya tahu rumah suami ada saka. 

Suami pernah mengaku saka arwah ayahnya. 

Saya tak boleh dah satu rumah dengan suami sebab saya akan sakit. 

Kami tidak sebumbung. Kadang-kadang je saya balik.

Kalau saya balik, selepas sehari tu mesti saya akan sakit. 

Kadang sakit kepala, kadang rasa nak demam, rasa mual dan muntah.

3 kali gagal berubat

Pernah suami saya bertanya kepada seorang ustaz mengenai masalah ini. 

Ustaz tu cakap dengan kerelaan saya pergi berubat tak boleh paksa. 

Adakah masalah ini berpunca dari saya?

Saya dah 3 kali gagal berubat. Mesti ada halangan. 

Saya jadi pelik. Kalau jam 11 pagi hingga 2 petang saya akan rasa nak marah dengan suami walaupun dia tak buat salah. 

Macam-macam keburukan dia masuk kat otak saya. Saya jadi hairan.

Antara saka dan sihir pemisah?

Saya keliru sebenarya sebab saka dari dia atau saya yang terkena sihir pemisah. 

Saya juga alami gatal-gatal pada miss v pada masa tertentu. Suami saya juga sudah ada masalah pada alat sulitnya. 

Gagal untuk bersama.

Selalu rindu pada seseorang

Saya juga keliru semakin lama saya semakin tak suka pada suami. 

Macam mana saya nak tahu sebenarnya mana yang terlibat dengan saka dan sihir. Ini gangguan saka atau terkena sihir pemisah?

Saya juga selalu rasa rindu terhadap seseorang. 

Atau perasaan saya saja sebab sejak kahwin saya dah tak pergi ke rumah dia(kawan perempuan).

JAWAPAN :

Saka dan sihir : Kes yang bercampur

Waalaikumussalam

Pada pandangan saya, kes puan ini bercampur saka dan sihir. 

Mengikut pengalaman saya, suami isteri yang gagal mengadakan hubungan intim atau alat sulit suami gagal berfungsi dengan tiba-tiba berpunca daripada gangguan yang ada pada isteri.

Bila nak bersama, isteri tiba-tiba akan gatal-gatal seluruh tubuh tanpa sebab. 

Ini menyebabkan kemarahan kedua-dua belah pihak.

Atas kesungguhan sendiri

Jika puan gagal nak berubat, puan boleh lakukan sendiri mandian di rumah. 

Ini memerlukan kesungguhan di pihak puan sendiri. InshaAllah akan temui jalan penyelesaian bagi masalah saka dan sihir ini.

Fokus dengan diri terlebih dulu

Merasa rindu pada seseorang juga ada banyak sebab. 

Jadi kita tak boleh nak tuduh pada seseorang punca perkahwinan kita gagal. 

Buat masa ini saya cadangkan agar fokus pada diri sendiri dulu dalam hadapi masalah saka dan sihir ini. 

Jika sudah lakukan mandian, maka masalah-masalah yang lain akan turut terlerai inshaAllah.

Cari rumah lain untuk hubungan lebih baik

Saya kurang jelas apa maksud pulang ke rumah? 

Rumah yang dimaksudkan adakah rumah peninggalan keluarga suami atau bagaimana? 

Jika ya, saya cadangkan agar puan, suami isteri cari rumah yang lain agar hubungan suami isteri jadi baik untuk cuba hindari masalah saka dan sihir ini.

Jangan berhenti berikhtiar

Jika nak bertemu saya cadangkan carilah hotel atau tempat yang sesuai. 

Saya tidak syorkan cari homestay sebab ada homestay yang tidak aktif, sebulan sekali orang sewa juga tidak bagus. 

Carilah hotel yang aktif (yang kerap dikunjungi orang dan tidak ditinggal terlalu lama).

Sebagai Ikhtiar untuk masalah saka dan sihir ini, boleh gunakan 3 item berikut :

Rawatan Saka & Sihir Pemisah Dengan Raja Gel

Rawatan Sihir & Saka Gatal-gatal Kulit dengan Scrub Lemon & Olive Oil

Rawatan Orang Benci Dengan 7 Telaga Wangian Raudhah

7 telaga wangian raudhah, 7 telaga raudhah, saka rezeki, bau wangi yang menenangkan

Untuk 7 Telaga Wangian Raudhah, 1 titis bila nak bersama pada :

    • Nadi pergelanggan tangan, gosok-gosok sambil baca selawat.
    • Nadi bawah leher, kiri dan kanan, kemudian urut ke atas dan ke bawah menggunakan jari.
    • Titis keliling pusat dan gosok ikut arah lawan jam.
Sekian, salam hormat dari saya.

Siapa saya?

ustaz zulhilmei, bidara specialist

Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah

Anda Mungkin Juga Berminat

doa elak fikir negatif
Doa & Wirid

Doa Elak Fikir Negatif

Doa Elak Fikir Negatif – Ayat 15 Surah al-Ahqaf Pernah tak kita rasa fikiran asyik negatif? Baru bangun tidur, dah fikir macam-macam. Risau tentang masa

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jawab soalan ini:Captcha


Nak order di shopee?

Close Welcome Bar