Ilmu Pemisah 1 – Teman Lelaki Saya Di Sihir Ibunya Sendiri

Bukan Sekadar Ilmu Pemisah, Ada Gangguan Lain Dihadapinya

Kisah di bawah menceritakan mengenai teman lelakinya yang di sihir ilmu pemisah oleh ibunya sendiri.

SOALAN :

Ilmu pemisah digunakan

“Salam ustaz. Apa yang perlu saya lakukan. Teman lelaki saya di sihir oleh ibunya sendiri. Guna ilmu pemisah dan penunduk untuk buat anaknya lupakan saya dan ikut segala kehendaknya termasuk berkahwin dengan pilihannya. Sampai teman lelaki saya sudah tidak lagi kenal saya.”

“Macam mana saya nak bantu dia. Sebelum ini dia tahu apa yang terjadi tapi tiba-tiba dia terkena lagi. Tambahan pula ada juga jin yang jatuh cinta dengannya. Apa yang boleh saya buat untuk sembuhkan dia.

Terima kasih.”

JAWAPAN :

Lupakan sahaja dia

Sebenarnya kes ibu sihirkan anaknya sendiri memang banyak. Saudari dikira beruntung sebab saudari masih belum berkahwin lagi. Jika sudah berkahwin lagi sulit untuk tangani masalah ini terutamanya bila melibatkan anak-anak serta harta sepencarian.

Nasihat saya yang telah bergelumang dengan dunia rawatan ni, lupakanlah sahaja dia. Ini nasihat saya yang ikhlas. Saudari boleh beli produk saya tapi selagi mak dia degil dengan ilmu hitam dia, selagi itu saudari akan penat dalam hidup ni dan tak akan boleh buat perkara lain kecuali masalah saudari dengan dia sahaja. Walhal banyak lagi tugasan yang boleh kita lakukan.

Pilih keturunan yang baik

Islam mengajar kita untuk mencari pasangan dari keluarga yang baik dan soleh. Mungkin lelaki ini baik, tetapi keluarganya bukan orang yang baik. Selama kita ada hubungan dengan keluarga ini akan ada macam-macam rintangan yang akan kita hadapi.

Mencegah itu lebih baik dari merawat.Bukan lari dari cabaran, tapi carilah cabaran yang lain yang meningkatkan kualiti kita sebagai seorang muslim dan mukmin.

Kes ini berlainan jika pasangan suami isteri, rumahtangga harus dipertahankan disebabkan setiap pasangan ada hak masing-masing yang wajib dipertahankan. Jika dirampas, menjadi hak kepada kita untuk dapatkan semula. Ia cabaran hidup yang harus diterima dengan redha.

Sekian, salam hormat dari saya.

ustaz zul, about me

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

Founder Bidara Specialist

Kaedah Rawatan 1

arrow
Bidara Drop n Drink,tunang tak nak berubat,terkena sihir pemisah
carta alir follow up
ustaz zulhilmei, bidara specialist

Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah

Kaedah Rawatan 2

arrow
Samurai Perfume,Samurai Perfume Bidara Specialist untuk ketenangan suasana rumah dan kestabilan emosi pesakit
carta alir follow up
ustaz zulhilmei, bidara specialist

Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah

Anda Mungkin Juga Berminat

Gatal Merayap Bawah Kulit Seperti Miang Buluh
Jenis Masalah

Gatal Merayap Bawah Kulit?

Gatal Merayap Bawah Kulit Seperti Miang Buluh? Kenapa Bukhoor Samurai Jadi ‘Musuh’ Utama Gangguan Ini?   Gatal merayap di bawah kulit yang terasa pedih seperti

Read More »
gatal waktu malam
Jenis Masalah

Badan Gatal Waktu Malam?

Gatal Waktu Malam : Kenapa Bukhoor Premium Lebih Berkesan Dari Raja Gel dan Scrub Lemon Sejak 2016 hingga 2026, saya dapati gatal yang bermula selepas

Read More »
tanda sihir dalam rumah
Jenis Masalah

Tanda Sihir Dalam Rumah

Tanda Sihir Dalam Rumah: Kenapa Gangguan Sering Bermula Dari Ruang Kediaman Tanda sihir dalam rumah sering disalah tafsir.  Ketahui tanda-tanda yang boleh kita lihat, perubahan

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *