Saka Pemisah Berlaku Bila Langgar Syarat Perjanjian
Ramai tidak sedar bahawa bila seseorang itu ada saka pemisah.
SOALAN :
Punca saka pemisah
Assalamualaikum ustaz.
Nak tanya, kena sihir saka pemisah dan sebagainya berpunca daripada orang yang menghantar atau macam mana ustaz ?
JAWAPAN :
Perjanjian demi kepentingan
Waalaikumsalam.
Saka ini adalah istilah yang digunakan oleh warga nusantara bagi menjelaskan mengenai perjanjian keturunan terdahulu dengan makhluk halus.
Perjanjian ini terjadi disebabkan ada dikalangan manusia yang meminta tolong dari kalangan jin untuk sesuatu kepentingan.
Antara kepentingan itu ialah seperti nak jadi kebal, nak jadi bidan, tukang urut, nak ada penjaga yang jaga kebun dari dirosakkan binatang, khadam untuk jaga rumah, dan macam-macam lagi kepentingan yang dimahukan yang bersifat mistik.
Perjanjian bersyarat
Oleh kerana manusia minta tolong daripada jin, maka jin meletakkan beberapa syarat, antaranya nak darah kambing pada sekian waktu, nak darah ayam untuk sekian tarikh, nak darah manusia untuk sekian tempat dan macam-macam lagi yang pelik-pelik.
Jika manusia memenuhi segala apa yang diminta oleh jin, maka jin akan tunaikan segala apa yang manusia mahu seperti di atas. Sebab itu ada sesetangah manusia tetiba pandai silat sedangkan dia tak pernah belajar.
Ada juga yang pandai mengurut walhal tak pernah tahu selok-belok urat saraf. Dan lagi-lagi kepentingan yang lain.
Waris terpaksa terima
Dalam perjanjian ini juga, meletakkan syarat ada waris yang mewarisi saka tersebut setelah penerima saka pertama meninggal dunia.
Di sinilah berlakunya masalah.
Bila penerima saka tersebut tidak dijelaskan apa yang perlu dibuat bila terima dia sebagai sakanya (khadamnya).
Ada amalan mistik yang melibatkan darah dan benda kotor yang tidak diberitahu kepada penerima saka.
Punca & kesan dari saka pemisah
Masalah yang kedua pula ialah walaupun seseorang itu tidak tahu apa yang dikaitkan dengan saka keturunannya, ia boleh turun kepada dirinya tanpa pengetahuannya.
Ini juga yang akan timbul masalah sebab dia tak tahu cerita.
Akibatnya saka tadi mengamuk dan memporakperandakan si penerima saka tadi.
Ia akan kacau hubungan suami isteri, rezeki, emosi, jiwa sedih, panas baran dan macam-macam lagi masalah.
Maka segala masalah anda berpunca dari kejadian ini.
Amalkan Surah Al-Kahfi : Ayat 10

Anda boleh atasi segala masalah saka ini dan dia boleh pecah dengan rahmat Allah.
Amalkan ayat ke 10 Surat al-Kahfi setiap hari terutama bila tiba waktu senja dan 12 tgh.
Buatlah sebarapa banyak yang anda mahu.
Selain itu anda juga boleh ikhtiar gunakan Bidara Drop n Drink sebagai ikhtiar.
Kombinasi amalan dan ikhtiar guna produk inshaAllah akan bantu anda hadapi semua gangguan tersebut.
Sekian, salam hormat dari saya.
Kaedah Rawatan




