Set Atasi Susah Tidur- Cara Guna
Set ini mengandungi 3 item penting
Cara Guna Gel Bidara Untuk Susah Tidur
- Gel Mandian Bidara adalah merupakan bahan asas bagi mengatasi masalah sihir yang dihadapi. Ia berfungsi membuang gangguan yang terdapat dalam tubuh anda.
- Ia digunakan untuk mandi seperti menggunakan sabun mandi biasa. Semasa mandi niat di dalam hati mohon kepada Allah agar dijadikan sebagai hamba Allah yang bersyukur.
- Anda diminta untuk meratakan keseluruh badan termasuk menjadikannya sebagai syampoo rambut dan feminine wash bagi wanita. Selepas diratakan ke seluruh tubuh, anda diminta tunggu 3 minit baru boleh bilas dengan air bersih.
- Lakukan setiap hari. Jangan tinggal lebih daripada 3 hari. Biasanya pesakit rasa malas bila nak masuk pada hari yang ke 3. Walhal selepas hari ke 3 pesakit akan terasa segar.
Cara guna gel bidara boleh dilakukan pada 2 waktu iaitu :
- Dilakukan pd waktu subuh (sebelum terbit matahari)
- Waktu senja sebelum magrib
Namun tiada halangan jika lakukan pada luar waktu di atas.
2. Utrujah Perfume Untuk Susah Tidur

Cara Guna Utrujah Perfume Untuk Susah Tidur

- Sendi-sendi seluruh tubuh
- Bawah pusat
- Belakang pinggang
- Tapak kaki
- Dada (area jantung)
Jika sendawa biarkan ia keluar sendiri. Jika nak muntah jangan ditahan-tahan. Muntahkan sahaja.
3. Habuk Kayu Premium

Bukhoor Premium boleh digunakan mengikut keadaan pesakit:
1. Untuk rumah kediaman
- Azankan rumah sebelum bakar arang atas tungku dapur sebanyak sekali
- Letak arang pada tungku dapur dan bakar hingga jadi bara
- Letak bara pada tempat yang boleh tahan panas
- Tabur Bukhoor Premium pada bara hingga keluar asap
- Bawa bekas arang yang telah ditabur Bukhoor Premium ke seluruh rumah / kedai hingga berbau wangi di setiap bilik, ruang tamu & tandas
- Pastikan semasa asapkan, seluruh pintu dan tingkap ditutup bagi memastikan wangian tersebut tidak keluar.
2. Untuk kedai / premis perniagaan
- Untuk masalah kedai, anda boleh asapkan kedai setengah jam/ 1 jam sebelum buka kedai.
- Boleh asapkan sekali lagi bila anda dah tutup kedai.
- Jika nak asapkan masa buka kedai pun boleh. Lakukan setiap hari.
Jika diri anda terkena sihir atau gangguan jin, boleh gunakan kaedah bertangas seperti di bawah:
3. Untuk diri & bertangas
- Anda dikehendaki pakai kain pelakat atau kain batik atau apa-apa jenis kain
- Letak arang pada tungku dapur dan bakar hingga jadi bara
- Tabur Bukhoor Premium pada bara hingga keluar asap
- Letakkan bukhoor di bawah kain dan asapkan diri daripada bawah dengan memakai kain..Pastikan asap berada dlm kain dan biarkan ia meresap ke atas hingga ke tubuh badan. Inilah tujuan kenapa perlu memakai kain
- Kain yang digunakan hendaklah dipakai sepanjang malam. Anda boleh asapkan diri bila-bila masa jika rasa tak selesa.
Waktu terbaik bakar Bukhoor
- Senja sebelum maghrib (sekitar jam 6.00pm)
Reviews
There are no reviews yet.