Pening Kepala Lepas Ambil Bidara Drop?

Bidara Drop : Lepas Cuba Sendiri Jadi Pening Kepala?

Seorang pesakit yang alami pening kepala serta pelbagai tindak balas lepas cuba bidara drop.

pening kepala

SOALAN :

Mula mencuba Bidara Drop & Drink

Assalamualaikum ustaz.

Sebelum ini saya ada mencuba bidara drop & drink. Buat dlm botol 500ml, tapi pada waktu itu tidak ada rasa apa-apa. Pada ketika itu suami saya yang menyediakan. Tapi dalam minggu ini, saya cuba lagi minum, tetapi kali ini saya sendiri yang titiskan dalam botol minuman saya.

Hari pertama : Rasa nak muntah, pening kepala

Hari pertama saya minum air tersebut. Air tu rasa lain. Seolah-olah rasa saya minum air yang bercampur dengan minyak wangi yang rasanya tidak sedap bagi saya. Tapi saya cuba juga habiskan 1 botol dan selepas itu rasa nak muntah, rasa lendir-lendir pada tekak dan pening kepala. Keesokannya saya berhenti minum. Tapi 2 malam ni saya cuba lagi, saya guna botol yang sama. 7x titisan. Tapi kali ini air rasa seperti air kosong biasa terasa sedap & sejuk ditekak apabila di minum. Adakah perkara itu normal atau sebaliknya?

Hari seterusnya : Jadi ketakutan, mata kabur

Siangnya pula. Saya rasa tidak sedap hati, sakit dada, nak menangis, dan ketakutan sendirian di rumah. Selepas hantar anak ke sekolah, rasa takut nak balik. Tapi apabila sudah berada dirumah, saya nak keluar ambil anak. Saya rasa takut, bergegar dan lemah pada kaki apabila nak melangkah keluar dari rumah & apabila drive pula saya jadi sangat mengantuk dan pandangan mata seolah-olah kabur. 

Ketika drive saya mendengar sambil membaca selawat yang ustaz ajar. Pada ketika itu, rasa seperti sesuatu dari bahu naik ke atas kepala saya. Adakah ini gangguan datang dari dalam diri saya atau berada di luar atau juga sebaliknya. 
Mohon pencerahan dari ustaz.

JAWAPAN :

Tindak balas di alami adalah normal

Waalaikumussalam.

Untuk hari pertama memang akan beri kesan yang macam tu. Rasa mual, pening kepala, nak muntah, rasa macam wangi atau apa-apa tindak balas pada diri memang akan keluar macam-macam. Bila dah masuk hari ke 2 akan rasa selesa. Apa yang dialami ini memang proses biasa.

Boleh sakit semula atas beberapa faktor

Selepas rasa lega dari sakit kepala, ketakutan dan sebagainya, tetiba esok sakit semula ini ada banyak faktor. Sebab jin boleh masuk dan keluar pada waktu yang sesuai terutama bila senja dan tengah malam. Ia juga suka masuk selepas manusia marah-marah dan sedih. Jadi kemudian itu kita akan sakit semula.

Amalkan Selawat Ibrahimiah

selawat ibrahimiah

Oleh itu kena amalkan selawat Ibrahimiah pada waktu yang pernah jelaskan sebelum ini. Semoga anda diberikan kekautan untuk hadapi ujian ini inshaAllah.

Sekian, salam hormat dari saya

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist

ustaz zul, about me

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani

Founder Bidara Specialist

Anda Mungkin Juga Berminat

mimpi pocong, badan gatal-gatal
Jenis Masalah

Mimpi Pocong, Badan Gatal-gatal?

Mimpi Pocong, Badan Gatal-gatal? Seorang pesakit mengadu sering mengalami mimpi pocong di mana pocong itu mengejarnya.  Tidak hanya sekadar mimpi biasa, mimpi pocong ini sering

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *