Doa Hilangkan Panas Baran Wajib Tahu 7 Perkara Ini

Doa Hilangkan Panas Baran

Penyakit panas baran bukanlah penyakit yang mudah ditangani. Terdapat riwayat yang banyak bahawa Nabi Muhammad S.A.W mempamerkan wajahnya yang merah ketika marah.

Namun baginda tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat ketika marah. Peristiwa ini terjadi disebabkan ada di antara mereka yang terlibat dalam peperangan Hunain yang mempertikaikan pembahagian harta rampasan perang oleh Rasulullah S.A.W

Lelaki itu berkata :

Demi Allah, pembagian secara ini, sama sekali tidak ada keadilannya dan tidak dikehendaki untuk mencari keredhaan Allah!

Apabila perkara ini diadukan kepada Rasulullah S.A.W, baginda menjawab :

Siapakah yang dapat dinamakan adil, jikalau Allah dan RasulNya dianggap tidak adil juga.” Selanjutnya beliau bersabda: “Allah merahmati Nabi Musa. Ia telah disakiti dengan cara yang lebih sangat dari ini, tetapi ia tetap sabar.”

Ertinya kemarahan adalah sifat semulajadi manusia. Manusia yang normal memang akan rasa begitu. 

Jika tiada sifat marah, itu bahaya juga.Bagaimana kawal kemarahan dan panas baran itu yang paling penting.

7 Perkara Wajib Anda tahu Sebelum Amalkan Doa Hilangkan Panas Baran

1) Panas Baran tanda lemah akal

Anda dianggap lemah & tiada kekuatan, jika tak mampu kawal panas baran. 

Jika suka maki-maki, keluarkan kata-kata yang kesat, itu tandanya kecetekan akal seseorang dengan meletakkan emosi mengatasi akal dan harga diri.

Walaupun seseorang itu rajin solat diawal waktu, namun jika panas baran mengusai diri lebih dari segala-galanya, maka anda sudah terpedaya dengan bisikan iblis bila meletakkan akal anda dalam kondisi tidak sedar.

Meskipun apa yang anda marah itu, berkaitan maksiat, seperti anak lewat solat, anak lambat mengaji, anak lambat bangun tidur untuk solat subuh atau apa jua yang berkaitan kewajipan terhadap Allah, anda harus bijaksana dalam mengendali perkara ini.

Ramai mereka yang belajar agama terperangkap di sini. Banyak kata-kata yang kesat yang keluar di facebook dan media sosial terutama bila menyampaikan ceramah dan juga komentar yang diberikan.

Bila kita buka facebook, banyak cerita pasal kesalahan, kecurangan, kejahatan atau apa sahaja kelakuan buruk orang lain yang tak ada kena-mengena dengan diri kita, tapi kita diajak untuk beri kebencian atas perbuatan orang tersebut.

Cerita yang dipamerkan dalam facebook itu sengaja mahu mengapi-apikan emosi kita. Lebih menyedihkan lagi adalah, cerita itu belum tentu betul atau pun salah.

Kita sering terperangkap di sini…Allahu…

Kita berada dalam zaman fitnah. Anda harus tenang. Kita perlu jaga diri kita dan keluarga kita pada zaman yang penuh dengan fitnah. 

Banyakkan selawat untuk dijadikan sebagai doa hilangkan panas baran yang paling ampuh.

Panas baran yang anda pamerkan tidak akan berikan kekuatan pada diri sendiri, bahkan boleh menyebabkan orang lari daripada anda.

 

2) Sihir Mudah Masuk Bila Panas Baran

Nabi Muhammad S.A.W beri pesan pada kita supaya kawal panas baran:

Orang yang kuat itu, bukanlah orang aggresif untuk bergaduh, namun yang kuat itu adalah orang yang dapat menguasai dirinya sewaktu ia sedang marah.

(Muttafaq ‘alaih)

Iblis sangat suka kepada mereka yang cepat panas baran. Orang yang panas baran mudah dipergunakan akalnya supaya menuruti emosi dirinya dan membawanya jauh daripada kebenaran. 

Bila marah, anda sudah tidak rasional.

Pada ketika tidak rasional ini, maka iblis dapat masuk dengan mudah ke dalam diri anda. 

Anda akan dengar bisikan-bisikan negatif bertalu-talu masuk ke dalam telinga dan hati anda.

Panas baran juga menyebabkan pertahanan diri daripada serangan sihir akan pecah. Ini disebabkan rongga dan juga saluran darah akan terbuka kepada iblis bila anda marah.

Benarlah Sabda Nabi S.A.W yang mengatakan orang yang menahan marah adalah orang yang kuat. Ia tidak boleh diperdaya dengan mudah oleh iblis. Salah satu rahsia untuk anda sembuh daripada sihir, anda perlu kawal panas baran!.

 

3) Panas Baran Punca Gopoh!

Orang yang panas baran, sentiasa bersikap gopoh. Nak siapkan sesuatu kerja dengan cepat tak kira sama ada sesuatu kerja yang dilakukan itu sempurna atau tidak, yang penting bagi ialah cepat siap.

Rasulullah S.A.W beri pesan pada kita sikap gopoh datang daripada iblis :

Sikap cermat dan berhati-hati itu daripada Allah, manakala sikap gopoh itu datang daripada syaitan!

Tabiat manusia memang diciptakan dengan sikap gopoh.

 

{وَكَانَ الْإِنْسَانُ عَجُولًا}

(الإسراء :11)

Maksudnya : dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru. (Surah Al-Isra’ ayat 11)

Sifat ini membawa masalah kepada empunya diri. Oleh itu Kita diminta untuk mendidik jiwa menjadi tenang, cermat dalam perkara duniawi.  

Tenang dan cermat yang dimaksudkan di sini: tidak tergesa-gesa dalam mencari sesuatu dan biarkan ia melalui proses dalam memperoleh hasilnya.

Jika anda berjaya kawal sikap gopoh, anda akan boleh kawal emosi marah, lebih berhati-hati dan cermat dalam melakukan sesuatu tugas atau kerja.

4) Panas baran Tanda Sihir Pemisah?

Sihir pemisah rumah tangga sering terjadi bila salah seorang pasangan tiba-tiba menjadi panas baran. 

Panas baran itu boleh berlaku secara tiba-tiba atau pun salah satu pasangan memang ada masalah panas baran yang sukar dikawal sejak dari awal lagi.

Jika panas baran berlaku secara tiba-tiba, anda perlu berhati-hati kepada pasangan anda. Jangan dibiarkan tanpa jalani rawatan.

Ada juga pasangan yang mengalami masalah panas baran sejak mula perkahwinan. Mengikut rekod yang saya ada, kebanyakannya berpunca daripada suami yang mempelajari ilmu silat.

Ilmu silat yang dipelajari tidak kosong, tapi disertakan dengan menggunakan jin sebagai wasilah mempertahankan diri. 

Ia memberikan kesan yang negatif terutama terhadap jiwa dan emosi pasangan.

5) Panas baran Punca Rezeki Lari

Rezeki tidak akan dekat kepada mereka yang panas baran.

Semua rezeki yang datang, akan lari bila hampir sampai kepada pemarah. Aura diri pemarah yang sentiasa negatif tidak memungkinkan untuk rezeki itu mendarat.

Anda boleh berdoa dengan doa kurangkan marah, tapi latihan mengawal diri anda daripada marah juga penting.

Firman Allah :

 

ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك

Dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.

Surah Ali Imran ayat 159

6) Jangan Marah! Rasulullah Pesan Ulang-kali

Jika masalah panas baran ini bukan topik yang penting, Rasulullah S.A.W tidak akan ulang pesanan ini kepada seorang sahabat berulang-ulang kali.

Abu Hurairah meriwayatkan ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.:

Berilah wasiat padaku.” Beliau s.a.w. bersabda: “Jangan marah.” Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Baginda s.a.w. tetap bersabda: “janganlah marah!.

(Riwayat Bukhari)

Ertinya jika seseorang yang panas baran mampu kawal kemarahannya, itu sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu sempurna akhlaknya.

Sudah pasti yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W adalah merupakan seorang sahabat yang rajin solat dan mengaji. 

Meskipun seseorang itu rajin solat dan mengaji ia tidak akan lengkap jika tidak mampu mengawal kemarahan. Mengikut satu riwayat, sahabat yang dimaksudkan di dalam hadith di atas ialah Ibnu Umar (anak kepada Saidina Omar R.A) 

7) Tahan Marah Ketika Meledak!

Menahan marah dan sabar dengan ujian adalah ketika meledaknya musibah yang terjadi pada diri kita. Ketika sedang meledak itulah anda kena tahan kemarahan!

Jika anda sudah melempiaskan kemarahan, kemudian baru sabar dan kawal perasaan ini bukanlah yang dimaksudkan oleh Baginda S.A.W. 

Walaupun anda baca doa hilangkan panas baran, kita jangan lupa tugas mengawal kemarahan dan sabar atas ujian itu terletak kepada diri kita sendiri. Jangan salahkan orang lain.

Jangan pula anda mengatakan, saya dah baca doa hilangkan panas baran, tapi saya masih panas baran lagi.

Anda kena satukan doa dan usaha anda dalam mengawal panas baran ini.

Rasulullah S.A.W bersabda :

Hanyasanya bersabar – yang sangat terpuji – itu ialah ketika meledaknya kedatangan musibah yang pertama. 

(Muttafaq ‘alaih)

Jika anda gagal, anda usaha lagi, minta kekuatan dengan Allah, hinggalah anda berjaya.

Jangan pernah mengalah untuk bertarung dengan nafsu anda ini.

Doa Hilangkan Panas Baran Simple Tapi Power!

Doa lembutkan hati anak yang panas baran sangat mujarab dengan Selawat Ibrahimiah.

Jika anda mencari ayat untuk lelaki panas baran, anda boleh gunakan Selawat Ibrahimiah.

Bahkan jika anda mencari cara atasi panas baran, cara kurangkan panas baran, doa hilang marah, ayat panas baran, doa untuk panas baran, doa untuk orang panas baran,doa hilangkan panas baran suami,doa hilangkan panas baran anak atau doa panas baran anda boleh amalkan Selawat Ibrahimiah

Doa yang saya maksudkan ini kerap dibaca sewaktu solat 5 waktu di tahyat akhir.

Jika anda seorang yang rajin solat, inshaAllah anda tidak panas baran

Jika dah solat tapi masih panas baran, ertinya ada yang menggangu diri anda sendiri.

Jika ini berlaku, ada tanda anda ada gangguan. Dan panas baran anda bukan panas baran biasa. 

Selain ikhtiar gunakan doa hilangkan panas baran, anda perlu jalani rawatan dengan lakukan mandian dengan Gel Bidara Feminine.

Terjemahan  : Ya Allah, engkau kurniakanlah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan keluarganya sebagaimana selawat dan salam yang sama telah engkau kurniakan ke atas Nabi Ibrahim A.S dan keluarganya.

Berikanlah keberkatan ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan keluarganya sebagaimana keberkatan yang sama yang telah engkau kurniakan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya yang bertebaran di seluruh alam

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agong

Cara Berhadapan Dengan Orang Yang Panas Baran

Ada 3 cara & Pilihan:

Selain amalkan doa hilangkan panas baran, anda boleh gunakan 3 cara di bawah mengikut ketegori masalah yang anda hadapi.

Cara berhadapan dengan orang yang panas baran akan berlainan mengikut kepada masalah yang dihadapi. Penawar panas baran tidak cukup hanya dengan berdoa, anda perlu ikhtiar.

1) Gel Bidara Feminine

Jika yang panas baran adalah diri anda sendiri, anda boleh gunakan Gel Bidara Feminine ini sebagai mandian

gel feminine baru

2) Utrujah Perfume

Utrujah Perfume

3) Bidara Drop n Drink

Anda perlu baca ayat untuk suami panas baran bersama titisan Bidara Drop n Drink ini sebagai ikhtiar.

Doa suami panas baran akan saya sertakan panduannya di bawah ini, bagi memudahkan proses rawatan. Anda boleh lakukan sendiri di rumah

Bidara Drop n Drink

Anda Mungkin Juga Berminat

2 thoughts on “Doa Hilangkan Panas Baran Wajib Tahu 7 Perkara Ini

  1. Hasmahliah Binti Mohamed Hassan says:

    Hdk tanya mengenai produk bidara drop
    Mohon hubungi saya 0193731333

    • Bidara Specialist says:

      boleh terus chat/order di shopee –>>https://shp.ee/h5yp7at

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *