Samurai Perfume Edisi Travel Syifa’(25ml)
Siap Siaga Di Mana Jua! Perlindungan Syifa 25ml – Lebih Besar, Lebih Yakin, Lebih Melindungi
Sering merasa tidak sedap hati atau mengalami gangguan tiba-tiba semasa di luar rumah?
Samurai Perfume: Travel Syifa Edition adalah teman setia anda untuk setiap perjalanan.
Berbeza dengan versi 7ml yang merupakan pati tulen, edisi 25ml ini direka khas untuk kegunaan kecemasan (emergency) dan lebih praktikal untuk penggunaan berulang kali di luar rumah.
Travel Syifa Edition?
Kapasiti 25ml: Saiz yang lebih besar, sesuai untuk simpanan dalam beg tangan, poket, atau kereta bagi kegunaan segera.
Protokol Kecemasan “Fasayakfikahumullah”: Digunakan khusus sebagai ikhtiar perlindungan pantas dengan bacaan sebahagian ayat 137 Surah Al-Baqarah.
Aromaterapi Syifa Tanpa Ubat: Wangian yang tajam ‘memancung’ dan ‘meracik’ gangguan halus dengan izin Allah, tanpa risiko kebergantungan ubat.
Dipercayai Sejak 2016: Dirumus berdasarkan pengalaman bertahun-tahun dalam membantu perlindungan diri dan gangguan jin.
Samurai Perfume | Pati (7ml) vs Travel Syifa Edition (25ml)
| Ciri-Ciri | Samurai Perfume: Pati (Pure) | Samurai Perfume: Travel Syifa Edition |
| Kandungan | 7ml | 25ml |
| Kepekatan | Pati tulen / Pure Oil | EDP (Eau de Parfum) |
| Fungsi Utama | Rawatan khusus & perlindungan diri mendalam | Kegunaan Kecemasan (Emergency) & perlindungan pantas |
| Lokasi Guna | Sesuai disimpan di rumah atau premis tetap | Sesuai dibawa bermusafir (Travel) & simpanan dalam beg/kereta |
| Kelebihan | Bauan yang sangat tajam dan pekat | Isipadu lebih banyak, lebih praktikal untuk penggunaan kerap |
Ayat Al-Quran Yang Dibaca Ketika Guna:
Apabila anda berasa tidak selesa, meremang, atau menghadapi gangguan tiba-tiba di tempat awam atau tempat kerja, semburkan Samurai Perfume ini sambil membaca ayat ini dengan penuh yakin:
Teks Arab:
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Rumi:
Fasayakfikahumullah, wa huwas-sami’ul-‘alim.
Terjemahan:
“Maka Allah akan memelihara kamu dari kejahatan mereka (dengan pertolongan-Nya); dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 137)
Penting!
Sangat penting untuk setiap pesakit dan pengguna memahami bahawa penggunaan Samurai Perfume hanyalah salah satu bentuk ikhtiar syifa yang berlandaskan aromaterapi dan doa.
Bab ini perlu ditekankan: Segala bentuk perlindungan, keselamatan, dan kesembuhan yang dirasai bukanlah datang daripada wangian ini, tetapi datangnya daripada izin dan kekuasaan Allah SWT semata-mata.
Membaca Ayat 137 Surah Al-Baqarah semasa menggunakan produk ini adalah tanda penyerahan diri (tawakal) seorang hamba.
Jangan sesekali meletakkan kepercayaan kepada produk sebagai pelindung, sebaliknya jadikan ia wasilah untuk kita kembali memohon perlindungan kepada-Nya dengan hati yang sejahtera.



Reviews
There are no reviews yet