Fikiran Serabut Kacau Segalanya

Cara Hilangkan Fikiran Serabut:
Al-Quran Dedah 20 Kelemahan Jiwa Manusia

Pernahkah fikiran anda terasa terlalu penuh?

Satu perkara belum selesai, sudah muncul perkara lain.

Belum selesai memikirkan masalah keluarga, fikiran mula memikirkan kerja.

Belum selesai memikirkan kerja, muncul pula rasa takut tentang masa depan.

Kadang-kadang perkara yang sudah berlaku pun masih bermain dalam fikiran.

Ada masa, perkara yang belum berlaku pula sudah difikirkan berkali-kali.

Akhirnya fikiran menjadi serabut.

Persoalannya, kenapa manusia mudah berada dalam keadaan seperti ini?

Untuk memahami persoalan tersebut, kita perlu kembali kepada al-Quran.

Allah SWT menerangkan pelbagai sifat dan kecenderungan manusia.

Antaranya sifat lemah, mudah gelisah, tergesa-gesa, suka membantah, menurut hawa nafsu, mudah berputus asa dan mudah terpedaya dengan dunia.

Ini menunjukkan bahawa manusia memang mempunyai kelemahan.

Namun Allah juga memberikan petunjuk, doa dan jalan untuk manusia kembali kepada-Nya.

Sebab itu, apabila fikiran serabut, kita tidak sepatutnya hanya mencari cara untuk menghilangkan rasa tersebut.

Kita juga perlu memahami keadaan jiwa manusia berdasarkan petunjuk al-Quran.

AL-QURAN DEDAH 20 KELEMAHAN JIWA MANUSIA

  1. Manusia diciptakan dalam keadaan lemah

Allah berfirman:

يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمْ ۚ وَخُلِقَ ٱلْإِنسَٰنُ ضَعِيفًا

“Allah hendak memberikan keringanan kepada kamu, kerana manusia diciptakan dalam keadaan lemah.”

Surah al-Nisa’, 4:28

Kelemahan manusia bukan hanya dari segi fizikal.

Manusia juga mempunyai kelemahan dalam menghadapi tekanan, godaan, emosi dan keadaan hidup.

Sebab itu ada ketika kita berasa kuat, tetapi pada waktu lain kita mudah gelisah, takut atau hilang arah.

  1. Manusia mudah berkeluh kesah

Allah berfirman:

إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ خُلِقَ هَلُوعًا

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah.”

Surah al-Ma‘arij, 70:19

Sifat “halu‘” menggambarkan kecenderungan manusia yang mudah gelisah dan tidak tenang.

Apabila fikiran terlalu banyak memikirkan sesuatu, seseorang mudah masuk ke dalam keadaan berkeluh kesah.

Masalah kecil pun boleh terasa besar apabila fikiran terus memutarkannya.

Masalah ini ada kaitan dengan masalah anxiety dan anda boleh baca tulisan saya 7 ayat padu pulihkan anxiety di sini.

  1. Manusia mudah panik apabila ditimpa kesusahan

Allah menyambung:

إِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ جَزُوعًا

“Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat gelisah.”

Surah al-Ma‘arij, 70:20

Ini antara keadaan yang dekat dengan pengalaman manusia.

Apabila sesuatu masalah berlaku, fikiran terus mencari kemungkinan yang paling buruk.

Hati menjadi tidak tenang.

Tubuh pula turut terasa tidak selesa.

Sebab itu seseorang perlu belajar mengurus tindak balas dirinya apabila menghadapi kesusahan.

  1. Manusia mempunyai sifat kedekut

Allah berfirman:

قُل لَّوْ أَنتُمْ تَمْلِكُونَ خَزَآئِنَ رَحْمَةِ رَبِّىٓ إِذًا لَّأَمْسَكْتُمْ خَشْيَةَ ٱلْإِنفَاقِ ۚ وَكَانَ ٱلْإِنسَٰنُ قَتُورًا

“Katakanlah: Sekiranya kamu memiliki khazanah rahmat Tuhanku, nescaya kamu akan menahannya kerana takut membelanjakannya. Dan manusia itu bersifat kedekut.”

Surah al-Isra’, 17:100

Ayat ini menunjukkan kecenderungan manusia untuk terlalu takut kehilangan apa yang dimiliki.

Dalam kehidupan, ketakutan kehilangan harta, kedudukan atau sesuatu yang disayangi juga boleh memenuhi fikiran.

  1. Manusia bersifat tergesa-gesa

Allah berfirman:

وَيَدْعُ ٱلْإِنسَٰنُ بِٱلشَّرِّ دُعَآءَهُۥ بِٱلْخَيْرِ ۖ وَكَانَ ٱلْإِنسَٰنُ عَجُولًا

“Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan. Dan manusia itu bersifat tergesa-gesa.”

Surah al-Isra’, 17:11

Tergesa-gesa juga memberi kesan kepada cara manusia berfikir.

Apabila terlalu tergesa-gesa, seseorang mudah membuat kesimpulan sebelum memahami keadaan sebenar.

Sebab itu apabila fikiran serabut, jangan terburu-buru membuat keputusan.

Berhenti seketika.

Tenangkan diri.

Kemudian fikirkan semula dengan lebih tertib.

Sikap tergesa-gesa merupakan tanda seseorang itu memiliki masalah anxiety.

  1. Manusia suka membantah

Allah berfirman:

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِى هَٰذَا ٱلْقُرْءَانِ لِلنَّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٍۢ ۚ وَكَانَ ٱلْإِنسَٰنُ أَكْثَرَ شَىْءٍۢ جَدَلًا

“Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan dalam al-Quran ini kepada manusia dengan berbagai-bagai perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah.”

Surah al-Kahf, 18:54

Kadangkala fikiran serabut berlaku kerana kita terlalu banyak berdebat dalam kepala sendiri.

“Kenapa jadi begini?”

“Kenapa dia buat begitu?”

“Kenapa aku perlu melalui semua ini?”

Soalan demi soalan terus bermain.

Akhirnya fikiran semakin penat.

  1. Manusia mudah melampaui batas apabila merasakan dirinya cukup

Allah berfirman:

كَلَّآ إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَيَطْغَىٰٓ ۝ أَن رَّءَاهُ ٱسْتَغْنَىٰٓ

“Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup.”

Surah al-‘Alaq, 96:6-7

Apabila manusia merasakan dirinya tidak memerlukan Allah, hati mudah jauh daripada pergantungan kepada-Nya.

Sedangkan manusia tetap memerlukan Allah dalam setiap keadaan.

  1. Manusia mudah tidak bersyukur

Allah berfirman:

إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لِرَبِّهِۦ لَكَنُودٌۭ

“Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur kepada Tuhannya.”

Surah al-‘Adiyat, 100:6

Apabila perhatian hanya tertumpu kepada perkara yang tidak dimiliki, fikiran mudah dipenuhi rasa tidak puas hati.

Syukur membantu kita melihat semula nikmat yang masih ada.

  1. Manusia boleh berpaling apabila mendapat nikmat

Allah berfirman:

وَإِذَآ أَنْعَمْنَا عَلَى ٱلْإِنسَٰنِ أَعْرَضَ وَنَأَىٰ بِجَانِبِهِۦ ۖ وَإِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ كَانَ يَـُٔوسًا

“Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri. Tetapi apabila dia ditimpa kesusahan, dia berputus asa.”

Surah al-Isra’, 17:83

Ayat ini mengingatkan kita tentang perubahan manusia ketika berdepan keadaan yang berbeza.

Ketika senang, manusia mudah lalai.

Ketika susah, manusia mudah berputus asa.

Kedua-duanya memerlukan hati yang kembali kepada Allah.

  1. Manusia mudah berputus asa apabila rahmat ditarik

Allah berfirman:

وَلَئِنْ أَذَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ مِنَّا رَحْمَةًۭ ثُمَّ نَزَعْنَٰهَا مِنْهُ إِنَّهُۥ لَيَـُٔوسٌۭ كَفُورٌۭ

“Dan demi sesungguhnya, jika Kami berikan manusia merasai sesuatu rahmat daripada Kami, kemudian Kami tarik kembali rahmat itu daripadanya, nescaya dia menjadi sangat berputus asa, sangat kufur.”

Surah Hud, 11:9

Kehilangan sesuatu yang kita sayang boleh menyebabkan fikiran menjadi sangat berat.

Pada ketika itu, seseorang mudah melihat seolah-olah semuanya sudah berakhir.

Al-Quran mengajar kita supaya tidak berputus asa daripada rahmat Allah.

Al-Quran menggunakan istilah putus asa, namun dunia sekarang dikenali sebagai masalah anxiety.

Jika anda menghadapi masalah anxiety untuk difahami dan dipulihkan, boleh baca di sini.

  1. Manusia mudah lupa kesusahan selepas mendapat nikmat

Allah berfirman:

وَلَئِنْ أَذَقْنَٰهُ نَعْمَآءَ بَعْدَ ضَرَّآءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ ٱلسَّيِّـَٔاتُ عَنِّىٓ ۚ إِنَّهُۥ لَفَرِحٌۭ فَخُورٌ

“Dan demi sesungguhnya, jika Kami rasakan kepadanya nikmat selepas kesusahan yang menimpanya, nescaya dia berkata: ‘Telah hilang segala kesusahanku.’ Sesungguhnya dia sangat gembira dan bangga.”

Surah Hud, 11:10

Manusia mudah berubah mengikut keadaan.

Ketika susah, kita banyak berdoa.

Apabila keadaan berubah, kita pula mudah lupa.

Sebab itu ketenangan perlu dibina bersama hubungan yang berterusan dengan Allah.

  1. Jiwa manusia perlu dikawal daripada kecenderungan yang buruk

Allah berfirman:

وَمَآ أُبَرِّئُ نَفْسِىٓ ۚ إِنَّ ٱلنَّفْسَ لَأَمَّارَةٌۢ بِٱلسُّوٓءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّىٓ ۚ إِنَّ رَبِّى غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ

“Dan aku tidak membebaskan diriku daripada kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh kepada kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

Surah Yusuf, 12:53

Ayat ini sangat penting.

Manusia mempunyai nafsu dan kecenderungan yang perlu dikawal.

Sebab itu seseorang tidak boleh membiarkan setiap dorongan hati terus diikuti.

Perlu diingat bahawa fikiran yang buruk yang datang bertalu-talu juga merupakan masalah anxiety.

  1. Manusia mempunyai kecenderungan mengikuti hawa nafsu

Ayat yang sama dalam Surah Yusuf 12:53 mengingatkan:

إِنَّ ٱلنَّفْسَ لَأَمَّارَةٌۢ بِٱلسُّوٓءِ

“Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh kepada kejahatan.”

Fikiran yang muncul dalam kepala tidak semestinya perlu diikuti.

Seseorang perlu belajar membezakan antara lintasan fikiran, dorongan nafsu dan tindakan yang benar.

  1. Manusia cenderung mencintai perkara dunia

Allah berfirman:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلْأَنْعَٰمِ وَٱلْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلْمَـَٔابِ

“Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yang diingini, iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.”

Surah Ali ‘Imran, 3:14

Apabila kecintaan kepada dunia memenuhi fikiran, manusia mudah lupa tujuan hidup.

Fikiran sentiasa mengejar sesuatu.

Mahu lebih banyak.

Mahu lebih tinggi.

Mahu lebih cepat.

Akhirnya hati sukar merasa cukup.

  1. Manusia mencintai harta secara berlebihan

Allah berfirman:

وَتُحِبُّونَ ٱلْمَالَ حُبًّا جَمًّا

“Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan.”

Surah al-Fajr, 89:20

Masalah kewangan juga sering menjadi punca fikiran seseorang tidak berhenti berfikir.

Namun al-Quran mengingatkan bahawa harta tidak sepatutnya menguasai hati manusia.

  1. Manusia mudah lupa kepada Allah

Allah berfirman:

وَلَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ نَسُوا۟ ٱللَّهَ فَأَنسَىٰهُمْ أَنفُسَهُمْ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.”

Surah al-Hashr, 59:19

Ini antara peringatan paling penting apabila kita bercakap tentang ketenangan fikiran.

Ketenangan bukan semata-mata bergantung kepada keadaan sekeliling.

Hubungan dengan Allah juga perlu dijaga.

  1. Manusia mudah terpedaya dengan kehidupan dunia

Allah berfirman:

ٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا لَعِبٌۭ وَلَهْوٌۭ وَزِينَةٌۭ وَتَفَاخُرٌۭ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌۭ فِى ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَوْلَٰدِ

“Ketahuilah bahawa kehidupan dunia hanyalah permainan, hiburan, perhiasan, bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba dalam harta dan anak-anak.”

Surah al-Hadid, 57:20

Apabila perhatian terlalu banyak diberikan kepada dunia, fikiran mudah dipenuhi perkara yang tidak pernah habis.

  1. Manusia mahu terus melakukan maksiat

Allah berfirman:

بَلْ يُرِيدُ ٱلْإِنسَٰنُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُۥ

“Bahkan manusia hendak terus melakukan maksiat sepanjang hidupnya.”

Surah al-Qiyamah, 75:5

Ayat ini menunjukkan kecenderungan manusia untuk terus mengikut kehendak dirinya jika tidak dikawal.

Sebab itu manusia memerlukan mujahadah, ilmu, doa dan peringatan.

  1. Manusia menyangka dirinya akan dibiarkan begitu sahaja

Allah berfirman:

أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَن يُتْرَكَ سُدًى

“Adakah manusia menyangka bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja?”

Surah al-Qiyamah, 75:36

Manusia hidup dengan tujuan.

Setiap tindakan mempunyai pertanggungjawaban.

Apabila perkara ini difahami, kita belajar untuk tidak membiarkan hidup dipandu oleh kehendak dan fikiran semata-mata.

  1. Manusia bersifat zalim dan jahil

Allah berfirman:

إِنَّا عَرَضْنَا ٱلْأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱلْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا ٱلْإِنسَٰنُ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan memikulnya dan takut terhadapnya. Lalu manusia memikul amanah itu. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat jahil.”

Surah al-Ahzab, 33:72

Manusia mempunyai keterbatasan ilmu.

Sebab itu kita tidak mengetahui semua perkara.

Apabila kita tidak tahu, kita perlu kembali kepada Allah, belajar, bertanya dan mendapatkan panduan.

APA KAITAN 20 RAHSIA INI DENGAN CARA HILANGKAN FIKIRAN SERABUT?

Daripada ayat-ayat al-Quran tadi, kita dapat melihat beberapa kecenderungan manusia yang mempunyai kaitan dengan keadaan fikiran yang tidak tenang.

Manusia lemah.

Manusia mudah gelisah.

Manusia mudah panik apabila ditimpa kesusahan.

Manusia tergesa-gesa.

Manusia mudah berputus asa.

Manusia mempunyai hawa nafsu.

Manusia mudah terpedaya dengan dunia.

Manusia mudah lupa kepada Allah.

Semua ini mengajar kita satu perkara.

Kita tidak boleh bergantung kepada kekuatan diri semata-mata.

Kita memerlukan Allah.

Sebab itu apabila fikiran mula berserabut, perkara pertama yang perlu diperbaiki bukan semata-mata keadaan luaran.

Kita perlu kembali kepada Allah.

CARA TENANGKAN FIKIRAN DENGAN RAWATAN SYIFA’

Apabila fikiran mula berserabut, jangan terus mengikuti semua perkara yang muncul dalam kepala.

Berhenti seketika.

Perlahankan diri.

Berdoa.

Berzikir.

Berselawat.

Baca al-Quran.

Mohon pertolongan Allah.

Dan susun semula kehidupan harian.

Antara doa yang boleh diamalkan ialah doa Nabi Yunus AS:

لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

“Tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim.”

Surah al-Anbiya’, 21:87

Doa ini sangat sesuai dijadikan amalan ketika seseorang berada dalam keadaan sempit dan memerlukan pertolongan Allah.

Selain doa, amalkan selawat.

Jangan tunggu fikiran terlalu serabut baru mahu berzikir.

Jadikan ia rutin harian.

CARA HILANGKAN FIKIRAN SERABUT DENGAN MANDIAN

gel bidara feminine

order sekarang

Selepas kita memahami kelemahan jiwa manusia melalui al-Quran, kita boleh melihat kepada ikhtiar yang mudah untuk diamalkan dalam kehidupan harian.

Salah satunya ialah mandian.

Mandian memberi ruang kepada seseorang untuk berhenti seketika daripada aktiviti harian.

Pada waktu mandi, seseorang boleh mengambil beberapa minit untuk mengingati Allah, berselawat dan membaca doa.

Dalam amalan yang dibawa oleh Bidara Specialist, Gel Bidara Feminine digunakan sebagai sebahagian daripada rutin mandian.

Cadangannya ialah mandian 2 kali sehari.

Mandian pertama pada waktu pagi.

Mandian kedua pada waktu petang atau senja.

Ketika mandi, amalkan selawat dan doa Nabi Yunus.

Buat secara konsisten.

KENAPA GEL BIDARA FEMININE DIGUNAKAN?

gel bidara feminine

order sekarang

Gel Bidara Feminine mengandungi wangian berasaskan bunga ros merah.

Bunga ros mempunyai aroma yang tersendiri dan telah lama digunakan dalam wangian serta penjagaan diri.

Dalam pendekatan penggunaan Gel Bidara Feminine, wangian bunga ros merah menjadi sebahagian daripada pengalaman mandian.

Produk pula digunakan sebagai ikhtiar.

Yang memberi kesan dan pertolongan tetap Allah SWT.

Sebab itu penggunaan produk tidak sepatutnya dipisahkan daripada doa, selawat dan pergantungan kepada Allah.

JADUAL CARA HILANGKAN FIKIRAN SERABUT DENGAN MANDIAN, SELAWAT DAN DOA

Inilah rutin mudah yang boleh diamalkan.

Pagi:

Mandi menggunakan Gel Bidara Feminine.

Amalkan selawat.

Baca waktu sujud solat sunat doa Nabi Yunus

Kemudian teruskan aktiviti harian.

Petang atau senja:

Mandi menggunakan Gel Bidara Feminine.

Amalkan selawat.

Baca doa Nabi Yunus dalam sujud terakhir solat sunat

Kemudian teruskan aktiviti seperti biasa.

Tujuannya bukan untuk menjadikan produk sebagai sesuatu yang mempunyai kuasa tersendiri.

Produk hanyalah ikhtiar.

Doa ialah permohonan kepada Allah.

Selawat ialah amalan mengingati Rasulullah SAW.

Dan hati tetap bergantung kepada Allah.

CARA TENANGKAN DIRI APABILA FIKIRAN BERSERABUT TIBA-TIBA

Apabila fikiran mula berserabut, cuba lakukan perkara berikut:

  1. Berhenti daripada aktiviti yang sedang dilakukan untuk seketika.

  2. Tarik nafas dengan perlahan.

  3. Jangan terus percaya semua fikiran yang muncul.

  4. Amalkan selawat.

  5. Baca doa Nabi Yunus dalam sujud terakhir dalam mana-mana solat sunat dan mengadu padanya bahawa jiwa sedang resah mahon bantuan untuk Allah turunkan ketenangan

  6. Ambil masa untuk mandi dan membersihkan diri.

  7. Gunakan Gel Bidara Feminine sebagai sebahagian daripada rutin mandian.

  8. Kembali kepada aktiviti harian secara perlahan.

  9. Kurangkan perkara yang menjadi pencetus fikiran negatif.

  10. Jika masalah berterusan dan mengganggu kehidupan, dapatkan bantuan profesional.

CARA HILANGKAN FIKIRAN NEGATIF

Fikiran negatif boleh muncul apabila seseorang terlalu lama memikirkan sesuatu masalah.

Contohnya:

“Apa akan jadi selepas ini?”

“Bagaimana kalau sesuatu yang buruk berlaku?”

“Kenapa perkara ini berlaku kepada aku?”

“Adakah aku akan gagal?”

Jangan biarkan soalan tersebut berputar tanpa penghujung.

Kembali kepada perkara yang berada di hadapan anda.

Amalkan selawat.

Baca doa Nabi Yunus dalam sujud terakhir dan mohon Allah angkat rasa resah

Bina rutin mandian.

Dan kembali kepada Allah.

CARA MENGATASI OVERTHINKING

Overthinking sering berlaku apabila seseorang berfikir tentang perkara sama berulang kali.

Satu perkara difikirkan.

Kemudian dianalisis.

Kemudian difikirkan semula.

Kemudian muncul pula kemungkinan lain.

Akhirnya fikiran semakin penat.

Untuk membantu mengurus keadaan ini, seseorang perlu belajar berhenti daripada kitaran fikiran tersebut.

Mandian boleh menjadi salah satu rutin yang membantu anda mengambil masa untuk berhenti seketika.

Gunakan Gel Bidara Feminine.

Amalkan selawat.

Baca doa Nabi Yunus.

Kemudian kembali kepada aktiviti harian.

Untuk penerangan lebih khusus, baca:

Cara Mengatasi Overthinking Dengan Gel Bidara Feminine.

CARA TENANGKAN DIRI DARI ANXIETY

Ramai orang mencari cara tenangkan diri dari anxiety apabila rasa cemas datang.

Namun, anxiety yang berterusan dan mengganggu kehidupan harian memerlukan perhatian yang sewajarnya.

Amalan agama boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan seorang Muslim.

Dalam masa yang sama, seseorang perlu mendapatkan bantuan profesional apabila diperlukan.

Mandian Gel Bidara Feminine boleh dijadikan ikhtiar dan rutin penjagaan diri.

CARA MENGHILANGKAN RASA TAKUT

Rasa takut ialah sebahagian daripada pengalaman manusia.

Yang penting ialah bagaimana kita menghadapinya.

Apabila rasa takut muncul, jangan terus membuat kesimpulan bahawa perkara buruk pasti berlaku.

Berhenti.

Tenangkan diri.

Amalkan selawat.

Baca doa Nabi Yunus.

Kemudian lihat semula keadaan dengan lebih tenang.

Mandian juga boleh dijadikan sebahagian daripada rutin harian.

CARA HILANGKAN FIKIRAN KOTOR

Fikiran yang tidak diingini boleh berlaku kepada manusia.

Kemunculan sesuatu fikiran tidak bermaksud seseorang mahu melakukannya.

Jangan terus menghukum diri.

Sebaliknya, kawal perkara yang dilihat dan didengar.

Jauhkan pencetus yang tidak baik.

Isi masa dengan perkara yang bermanfaat.

Amalkan selawat dan doa.

Mandian Gel Bidara Feminine pula boleh dijadikan sebahagian daripada rutin penjagaan diri.

AMALKAN SEPANJANG HAYAT

Ramai orang mahu mencari satu cara yang terus menghilangkan fikiran serabut.

Namun kehidupan manusia tidak begitu.

Jiwa perlu dididik.

Amalan perlu dibina.

Hubungan dengan Allah perlu dijaga.

Sebab itu rutin lebih penting daripada melakukan sesuatu sekali sahaja.

Mandian pagi.

Mandian petang.

Selawat.

Doa Nabi Yunus.

Solat.

Al-Quran.

Dan menjaga kehidupan daripada perkara yang merosakkan hati.

Semua ini perlu berjalan secara berterusan.

SIAPA YANG SESUAI MENGAMALKAN RUTIN INI?

Rutin ini sesuai dipertimbangkan oleh mereka yang:

• Sering rasa fikiran berserabut

• Banyak berfikir tentang masalah yang sama

• Sering mengalami overthinking

• Mahu membina rutin mandian harian

• Mahu menggabungkan mandian dengan selawat dan doa

• Mahu mempunyai rutin penjagaan diri pada waktu pagi dan petang

• Mahu kembali membina rutin yang lebih dekat dengan Allah

Jika fikiran serabut, rasa takut atau keresahan sudah mengganggu tidur, pekerjaan, hubungan atau kehidupan harian secara berterusan, dapatkan bantuan daripada profesional kesihatan.

SOALAN LAZIM

gel bidara feminine

Adakah Gel Bidara Feminine boleh digunakan setiap hari?

Ya. Cadangan penggunaan ialah 2 kali sehari, pada waktu pagi dan petang atau senja.

Adakah lelaki boleh menggunakan Gel Bidara Feminine?

Ya. Gel Bidara Feminine boleh digunakan oleh lelaki dan wanita sebagai gel mandian.

Perlu baca doa ketika mandi?

Amalkan selawat dan doa Nabi Yunus sebagai sebahagian daripada rutin mandian.

Berapa lama perlu mengamalkannya?

Jadikan ia rutin harian secara konsisten. Jangan bergantung kepada penggunaan sekali-sekala.

Adakah Gel Bidara Feminine merawat anxiety?

Gel Bidara Feminine digunakan sebagai ikhtiar dan sebahagian daripada rutin mandian. Ia bukan pengganti rawatan profesional untuk anxiety atau masalah kesihatan mental.

Tempah Sekarang!

gel bidara feminine,gel feminine

Siapa saya?

ustzul 500x500 1

Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah

Baca juga artikel berkaitan:

Doa Tenangkan Diri: Amalkan Doa Nabi Yunus

Cara Tenangkan Diri Dari Anxiety

Cara Menghilangkan Rasa Takut

Cara Hilangkan Fikiran Kotor

Cara Hilangkan Fikiran Negatif

Cara Mengatasi Overthinking

Anda Mungkin Juga Berminat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jawab soalan ini:Captcha


Order di Shopee?

Close Welcome Bar