Aliran Scan Rawatan Islam Bidara Specialist
Scan Rawatan Islam Bidara Specialist mempunyai beberapa peringkat. Setiap pesakit akan melalui proses yang sama, tetapi bacaan yang diberikan berbeza mengikut masalah yang dihadapi.
Peringkat 1: Pesakit Ceritakan Masalah
Pesakit perlu jelaskan masalah yang sedang dihadapi secara ringkas kepada saya.
Maklumat ini menjadi panduan awal untuk menentukan bacaan yang sesuai diberikan kepada pesakit.
Peringkat 2: Pesakit Terima Bacaan
Berdasarkan masalah yang diceritakan, pesakit akan menerima bacaan ayat al-Quran tertentu.
Ada dua kaedah untuk menerima bacaan:
Pesakit mendengarkan ayat atau bacaan yang diberikan.
Pesakit sendiri mengamalkan bacaan yang diberikan.
Bacaan yang diberikan berbeza mengikut masalah setiap pesakit.
Peringkat 3: Pesakit Berikan Maklum Balas
Selepas mendengar atau mengamalkan bacaan, pesakit perlu beritahu saya apa yang dirasakan.
Ada dua kemungkinan:
Jika pesakit merasa sesuatu, jelaskan apa yang dirasakan.
Jika pesakit tidak merasa apa-apa, pesakit perlu ceritakan mimpi yang dialami.
Peringkat 4: Pesakit Laporkan Mimpi
Bagi pesakit yang tidak merasa apa-apa selepas mengamalkan bacaan, mimpi menjadi maklumat penting dalam proses scan.
Pesakit perlu ceritakan kepada saya:
Mimpi yang dialami sebelum mengamalkan bacaan.
Mimpi yang dialami selepas mengamalkan bacaan.
Setiap mimpi perlu diceritakan dengan jelas supaya saya boleh meneliti maklumat yang diberikan.
Peringkat 5: Mimpi Menjadi Peta Rawatan
Selepas menerima maklum balas dan cerita mimpi pesakit, saya akan meneliti maklumat tersebut.
Mimpi akan menjadi peta rawatan sebagai tanda gangguan itu datang dari mana.
Berdasarkan pengalaman saya, mimpi pesakit yang mengalami gangguan sihir, saka dan santau boleh dikatakan 95% benar.
Daripada maklumat inilah saya menentukan panduan rawatan seterusnya mengikut keadaan pesakit.
Nak Buat Scan Rawatan Islam Bidara Specialist?
Jika anda ingin mengetahui keadaan diri melalui kaedah ini, ceritakan masalah yang sedang dihadapi kepada saya.
Tekan butang WhatsApp di bawah untuk memulakan proses Scan Rawatan Islam Bidara Specialist.

Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah

