Video : Cara Guna Gel Mandian Bidara

by ustzul

Mandi Gel Bidara ada Kaitan Dengan Waktu

Ramai yang tidak tahu cara yang betul guna gel bidara. Ada yang tidak mengambil kira waktu yang sesuai untuk lakukan mandian. Kebanyakan pesakit hanya nak mandi tetapi tidak melaksanakan cara guna yang betul dalam rawatan.

Mengambil kira waktu adalah penting bagi memastikan mandi dengan gel mandian bidara memberi kesan yang mujarab.

Waktu yang disyorkan ialah 2 waktu iaitu :

  1. Waktu senja sebelum maghrib
  2. Waktu Subuh sebelum terbit matahari
Jika Mandi Tak Tepat Waktu
1) Ambil 1 baldi yang sederhana besar dicampur dengan beberapa titis gel mandian bidara, kacau mengikut arah lawan jam. Baca al-Fatihah 1 kali, Surah al-Ikhlas 3 kali dan selawat sebanyak 21 kali.
2) Siramkan gel mandian bidara bermula kepala, bila air sampai ke tubuh, gunakan span(sponge) untuk buihkan sabun bidara tersebut dan ratakan ke seluruh badan. Bila dah rata, ambil masa antara 3 – 5 minit bagi memastikan aromanya yang menyeksa makhluk halus meresap ke dalam tubuh. Selepas 5 minit bilas dengan air bersih.
3) Lakukan setiap hari mengikut panduan di atas, jika tidak dapat mandi tepat pada masa yg ditetapkan
Jika tepat masa tidak perlu ikut panduan di atas….oleh itu cara mandian berbeza dalam satu hari disebabkan beza waktu mandian, satu tepat waktu dan satu lagi tidak tepat waktu.
Namun anda tidak perlu risau, teruskan sahaja dengan mandian, jika anda teragak-agak sebenarnya ada sesuatu yang kacau pemikiran anda..
Penggunaan Gel Mandian Bidara perlu kepada bahan yang lain bagi memastikan memberikan kesan yang positif kepada diri pesakit. Umpamanya jika selepas lakukan mandian dengan gel bidara badan terasa bisa-bisa anda boleh sapu dengan Minyak Angin Bidara Gaharu- untuk kes tahap sederhana.
Soalan yang selalu ditanya kepada saya ialah nak pilih minyak bidara yang mana satu? Saya jawab Minyak Angin Bidara Premium lebih kuat dan berkesan berbanding Minyak Angin Bidara Gaharu.
Namun ada juga pesakit saya yang sembuh menggunakan Gel Bidara Hijau dan Minyak Bidara Gaharu. Setiap pesakit tidak sama dan keputusannya juga berbeza-beza.
Keputusan terserah kepada anda.

You may also like

Leave a Comment

Kongsi: