KETERANGAN PRODUK

Putus Asa Dalam Hidup? Tak Jumpa Jalan Keluar

Dibelenggu Kebuntuan & Berputus Asa Akibat Disihir

Hampir putus asa dalam hidup. Pesakit yang punyai bermacam masalah setelah lama terkena sihir.

putus asa

SOALAN :

Lama disihir tapi tak pernah berubat

Assalamualaikum ustaz,

13 tahun yang lalu saya telah disihir tetapi saya tak pernah berubat kerana saya mula terasa sesuatu yang tak kena dengan diri sekitar 2016, sihir tersebut telah memporak perandakan hidup saya sehabis habisnya. Rumahtangga saya juga hancur.

Cuba berubat tapi seperti di halang sesuatu

Setelah mula sedar pada 2016, saya ada cuba berubat tetapi seperti usaha saya dihalang oleh sesuatu sehingga sekarang,

Putus asa & ingin tamatkan riwayat hidup

Kadangkala saya rasa berputus asa dan nak tamatkan riwayat hidup ini kerana seperti tiada jalan penyelesaian. Saya merayu bantu saya ustaz.

JAWAPAN :

Kembali kepada Allah

Waalaikumussalam.

Berapa ramai orang dah jatuh terduduk, menikmati kehidupan lebih baik selepas dia jatuh. Berapa ramai orang yang dah dikhianati akhirnya pengkhianatan itu menjadikan seseorang itu mulia selepas sabar dan yakinnya pada Allah.

Jangan buruk sangka pada-Nya

Rahmat Allah tetap ada meskipun kita telah dihancurkan. Pasti ada jalan keluarnya. Jika kita buruk sangka pada Allah, maka Allah juga akan buruk sangka pada kita. Kita sendiri yang membina tembok yang memisahkan rahmat-Nya. Bagaiamana rahmat itu nak sampai?

Bangun semula dengan fikiran lebih positif

Kita sebenarnya boleh membina hidup baru kita dengan imaginasi kita yang positif. Kita nak apa? Kita hanya perlu imaginasikan, kemudian kita berdoa pada Allah agar diberikan jalan keluar, tunjukkan cara macamana kita nak berusaha capai imaginasi tu, kemudian kita tawakal pada Allah. Saya sangat yakin, akan ada jalan keluarnya. Disinilah pentingnya solat. Tanpa solat bagaimana manusia nak mengadu? Kalau fikir sorang-sorang akan jadi stress!

Mohonlah rahmat daripada Allah

Berapa banyak perkara mustahil yang kita rasa takut nak lakukan, bila kita kuatkan diri, mohon rahmat dengan Allah, kita dapat lakukan 50% daripadanya, tetiba rasa takut pun hilang!

Tetap berpegang pada Allah dalam berikhtiar untuk terus pulih

Boleh Ikhtiar gunakan Samurai Perfume. Namun kesalahan besar pesakit adalah bergantung kepada Samurai Perfume untuk atasi semua masalah yang dihadapi. Ini salah besar!.

Kita gunakan Samurai Perfume atau produk Bidara Specialist yang lain adalah untuk membantu buang persepsi negatif dalam diri kita. Kadang kita tak mampu nak buang persepsi negatif yang datang bertalu-talu, maka produk ini akan bantu untuk tangani itu semua.
Percayalah! Tanpa Allah kita tak akan ke mana.

Samurai Perfume bukan dijadikan untuk bergantung harap selesaikan masalah hidup hingga lupa pada Allah! Tetapi ia adalah ikhtiar perbaiki diri yang sentiasa negatif. Janganlah berputus asa.

Walahhu A’lam
Sekian, salam hormat dari saya

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Anda Mungkin Juga Berminat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Akses lebih cepat dan mudah melalui aplikasi BidaraSpecialist

DAPATKAN
×
Enable Notifications    OK No thanks