KETERANGAN PRODUK

Saya Mimpi Orang Gaji Meluru Keluar Rumah Dan Hilang Dalam Gelap

Bermimpi Aneh Sehingga Menyebabkan Timbul Rasa Keresahan ?

“Salam ustaz..”

“Tadi saya mimpi ustaz. Ada yang tekan bell/ketuk pintu rumah saya. Kami bertiga (saya, anak sulong dan maid) takut-takut nak buka, sebab tak nampak siapa di luar tu. Tetiba saya/maid buka pintu kayu dan buka grill. Meluru maid saya menuju keluar dan hilang dalam gelap. Saya menangis dan cakap kenapa tak tahan dia. Siapa la nak jaga Ihsan. Ya Allah.”

“Ustaz. Saya betul-betul risau kalau jadi macam tu. Dia dah 17 tahun dengan saya. Baru ni mak dia meninggal. Dia tak boleh balik sebab covid. Saya bawa balik Penang. Dia asyik kena marah dengan adik saya. Adik saya cakap dia benci tengok maid saya. Dan kami (saya dan adik) bergaduh pun punca dari maid. Kerana adik saya asyik cari pasal je untuk marah-marah maid saya tanpa sebab.
Tolong ustaz jelaskan kenapa mimpi macam ni. Dua tiga hari ni maid saya kebetulan ada cakap jantung dia berdebar-debar.”

Jawapan :

Wasalamalaikum. Pada pandangan saya apa-apa yang terjadi adalah mahu menimbulkan keresahan emosi.
Buatlah solat hajat mohon pada Allah rahmat. Sujud yag terakhir, minta dilamakan sikit, sampai hati rasa tenang. Caranya luahkan segala apa yang berbuku dalam hati. Apa yang akak cerita pada saya kena luahkan masa sujud yang terakhir tu.
Selesai habis semua luahan barulah bangkit dari sujud.

Apa-apa yang berlaku selepas itu tawakal sahaja pada Allah, Insha Allah akan ada jalan kebaikan.

 

Sekian, salam hormat dari saya

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Anda Mungkin Juga Berminat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enable Notifications.    Ok No thanks