KETERANGAN PRODUK

Saka Punca Yang Membawa Kepada Kehancuran Rumah Tangga

Salah Satu Faktor Utama Dalam Kes Perceraian Hubungan Masa Kini Berpunca Dari Masalah Saka

Menceritakan tentang masalah saka keturunan yang di bela oleh mertuanya.

masalah saka

SOALAN :

Selalu Bergaduh Dengan Suami. Kerap Demam

Assalamualaikum ustaz,

Sebelum ni saya selalu bergaduh dengan suami dan selalu demam-demam sepanjang tempoh saya berkahwin dengan suami. Sampai saya stress hari-hari. Sampaikan satu hari tu saya cakap saya nak lari. Suami saya pun jumpa kakak saya bagitahu masalah kami selama 6 bulan kawin tu. Kami kerap bergaduh. Kakak saya suruh berubat sebab nampak macam ada gangguan.

Tergerak Hati Untuk Mencuba Produk Bidara Specialist

Dalam tempoh tersebut saya terjumpa kelas syifak ustaz. Ada jual macam-macam produk. Tergerak hati saya nak mencubanya. Dan ya saya dah dapat jawapan. Sedikit demi sedikit saya jumpa jawapan di balik masalah saya dan suami. Akhirnya saya dapat tahu suami saya ada saka.

Saka Kepunyaan Mertua Yang Sengaja Dibela

Saka arwah ayahnya. Saka itu kepunyaan ibunya yang sengaja dia buat untuk arwah ayahnya. Saya tidak pasti kenapa mertua taknak buang benda tu sampai anak lelakinya menderita selama bertahun-tahun. Sehinggalah dia bertemu jodoh dengan saya. Dalam hati saya mungkin Tuhan nak tolong suami saya melalui saya. Sebab adik-beradik dia langsung tak ambil tahu bab ni. Dan tidak percaya.

Sekarang saka tu dah keluar dari badan suami saya. Nampaklah dia ceria dari sebelum ni. Saya pun dah tak bergaduh dengan dia. Memang nampak sangat penyebabnya datang dari masalah saka tersebut.

Mertua Enggan Membuang Saka Tersebut

Masalah sekarang mertua saya taknak buang saka itu. Dia pun ada saka sebab dia bidan. Saya bingung sekarang ni ustaz. Perlu ke saya kekal dengan suami saya. Sedangkan saya tahu saka tersebut akan menganggu family itu selagi tidak membuangnya. Mertua saya degil. Masalah saka seperti  ini lebih kepada buruk.

Saya dah istikharah tapi belum bertemu jawapan. Sama ada hendak teruskan perkahwinan atau tidak. Sebab saya rasa hubungan saya dengan mertua tak akan macam dulu. Saya penyebab anak dia tahu dia mempunyai saka dan telah mengeluarkan saka tersebut dari badan. Saya sangat kesian dengan suami.

Suami Pernah Kahwin & Bercerai Sebelum Ini

Sebelum kahwin lagi saya kesian kat dia. Sebab dia pernah kahwin tapi telah bercerai. Hidup tidak tenteram. Susah nak dapat bahagia. Kekasih dia sebelum ini selalu tinggalkan dia. Tidak tahu kenapa saya tiba-tiba hendak terima dia sedangkan saya hanya kesiankan dia. Sekarang saya tak balik ke rumah suami saya sebab rumah suami bersebelahan dengan rumah mak dia. Saya masih dalam tempoh berubat. Suami saya dah selesai berubat. Rumah suami pun telah dipagar. Lepas berubat ni suami saya suruh balik rumah. Saya takut saya tidak sesuai dengan kelurga itu.

Walaupun dah keluarkan tapi masih belum buangnya. Macam mana tu ustaz? Adakah dia akan ganggu family tu semua?

bersikap kasar
5/5

JAWAPAN :

Setiap Ujian Pasti Ada Kebaikan Di Sebaliknya

Waalaikumussalam.. maaf lambat menjawab disebabkan saya perlukan waktu yang sesuai dan selesa untuk menjawab.

Alhamdulillah puan diberikan kelebihan untuk berikan jalan keluar kepada suami. Semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan untuk lalui ujian besar ini. Saya doakan puan diberikan pengampunan dan rahmat dari Allah. Setiap ujian akan menemukan kita beberapa rahsia dan kebaikan yang tak pernah kita tahu. InshaAllah akan ada kebaikannya.

Dengan Kesulitan Juga Kita Akan Jumpa Jalan Keluar

Jika tanya kepada saya, saya sendiri tiada jawapan yang terbaik kecuali kita mesti kembalikan semula masalah itu kepada Allah. Bacalah amalan Surah Syuarak ayat 83 yang telah saya berikan sebelum ini. Bila rasa bingung, baca terus dan mohon petunjuk dari Allah.

Proses ni ambil masa, dan jangan berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah. Kadang-kadang rahmat Allah turun melalui kesulitan yang kita lalui. Dengan kesulitan itu sebenarnya kita akan jumpa jalan keluar.

Masalah Saka Telah Menjadi Sebab Utama Kes Perpisahan

Masalah saka yang telah keluar dia boleh masuk semula sebab ikatan yang sangat kuat pada pesakit. Ia masuk membuatkan kita sering rasa sedih dan marah. Ini memang cabaran besar. Bacalah selawat ketika waktu sebegitu terutama bila senja dan tengah malam.

Kes perceraian yang paling banyak ialah yang disebabkan dengan masalah saka jika nak dibandingkan dengan sihir pemisah. Namun demikian ada juga kes yang lepas daripada saka pemisah ini dengan rahmat dari Allah. Amalkan Doa Sihir yang pernah saya beri sebelum ini iaitu Surah Al-Kahf ayat 10. Ini disebabkan dalam doa tersebut mengandungi permohonan rahmat dari Allah. Hanya dengan rahmat Allah sahaja kita boleh selamat dari semua ini.

Sekian, salam hormat dari saya.

Ust Zul hilmei Mohamad Rohani
Founder Bidara Specialist

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp

Anda Mungkin Juga Berminat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Akses lebih cepat dan mudah melalui aplikasi BidaraSpecialist

DAPATKAN
×
Enable Notifications    Ok No thanks