Doa Nabi Yunus Untuk Sihir:
Cara Amalkan Ketika Gangguan Berulang
Doa Nabi Yunus untuk sihir sering diamalkan ketika gangguan berulang dan tidak putus.
Ketahui dalil tafsir doa Nabi Yunus A.S di kalangan ulama, cara amalkan secara konsisten dan panduan istiqamah 40 hari.
Bila Sihir Datang Semula?
Ramai pesakit datang dengan soalan sama:
“Kenapa sihir ni macam tak habis-habis?”
Sudah berubat.
Sudah ruqyah.
Sudah baca ayat-ayat tertentu.
Namun gangguan tetap muncul semula.
Dalam keadaan seperti ini, antara amalan paling asas tetapi paling kuat ialah doa Nabi Yunus untuk sihir.
Bukan kerana ia jampi.
Tetapi kerana ia membetulkan tauhid dan posisi hati.
Untuk kefahaman penuh tentang asas doa ini, rujuk artikel utama:
👉 Doa Nabi Yunus: Amalan Ketika Sihir Tidak Putus
Allah berfirman dalam Surah Al-Anbiya ayat 87–88:
“Lalu Kami perkenankan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan. Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.”
Ayat ini memberi isyarat umum — sesiapa yang berada dalam kesempitan dan berdoa dengan doa ini, Allah akan membuka jalan keluar.
Dalam kes sihir, kesempitan bukan sekadar fizikal. Ia melibatkan emosi, tekanan dan ketakutan.
Kenapa Doa Ini Sesuai Untuk Gangguan Berulang
Gangguan berulang selalunya berpunca daripada:
Ketakutan yang belum reda
Hati masih bergantung pada manusia
Kurang konsisten dalam amalan
Doa Nabi Yunus mengandungi:
Tauhid
Tasbih
Pengakuan kelemahan
Ini memutuskan rasa bergantung kepada selain Allah.
Cara Amalkan 40 Hari Tanpa Putus
Dalam pengalaman kes, perubahan biasanya berlaku apabila amalan dibuat sekurang-kurangnya 40 hari tanpa putus.
Langkah Praktikal:
Solat sunat 2 rakaat setiap hari
Baca doa Nabi Yunus dalam sujud terakhir
Ulang sekurang-kurangnya 30–50 kali
Luahkan masalah kepada Allah
Jangan tukar amalan setiap minggu.
Istiqamah lebih penting daripada banyak.
Tanda Perubahan Selepas Konsisten
Antara perubahan awal yang biasa berlaku:
Tidur lebih lena
Kurang mimpi gangguan
Emosi lebih stabil
Rasa takut berkurang
Perubahan jarang berlaku secara dramatik.
Ia berlaku secara beransur.
Gabungan Dengan Surah Al-Baqarah
Sabda Nabi SAW:
“Syaitan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
Gabungkan:
Doa Nabi Yunus (untuk diri)
Surah Al-Baqarah (untuk rumah)
Ini kombinasi asas paling kuat.
Doa Nabi Yunus Untuk Sihir - Kenapa Perlu Gabungkan Dengan
Surah Al-Baqarah Untuk Mengusir Gangguan Dalam Rumah?
Doa Nabi Yunus untuk sihir perlu digabungkan dengan Surah Al-Baqarah adalah untuk melindungi rumah daripada gangguan berulang. Gabungan ini disebut sebagai ayat ruqyah penawar sihir.
Kenapa Rumah Perlu Dilindungi?
Kenapa Sakit Semula Selepas Berubat?
Ramai pesakit sihir sakit mengalami keadaan seperti berikut:
Sudah berubat.
Sudah ruqyah.
Sudah baca doa tertentu.
Namun gangguan datang kembali.
Kadang-kadang gangguan itu tidak lagi kuat pada badan — tetapi muncul dalam suasana rumah:
Rumah terasa berat
Mudah bertengkar
Anak kerap menangis malam
Tidur tidak lena
Bau pelik muncul tanpa sebab
Di sinilah ramai terlepas pandang satu perkara penting:
Sihir bukan hanya menyerang individu.
Ia juga mengganggu ruang.
Dan jika ruang tidak dibersihkan, gangguan boleh berulang.
Sebab itu, selain mengamalkan Doa Nabi Yunus untuk sihir, rumah juga perlu dilindungi dengan Surah Al-Baqarah bagi menjadikannya bacaan ruqyah lengkap.
Kenapa Rumah Adalah Asas Gangguan Berulang?
Dalam pengalaman kes sejak 2016, saya menyimpan rekod testimonial pesakit. Saya rumuskan gangguan sering berlaku apabila:
Rumah jarang dibacakan Al-Quran
Surah Al-Baqarah tidak diamalkan
Suasana rumah penuh pertengkaran
Rumah gelap dan kurang cahaya
Tiada disiplin agama dalam keluarga
Gangguan sihir tidak hanya bermain pada badan.
Ia mencipta suasana.
Apabila suasana rumah berat, emosi penghuni akan mudah terganggu.
Dan apabila emosi terganggu, pesakit akan merasakan gangguan seakan kembali.
Dalil Sahih Tentang Surah Al-Baqarah
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
(Riwayat Muslim)
Hadis ini sangat jelas.
Perhatikan perkataan “rumah”.
Bukan badan.
Bukan individu.
Tetapi rumah.
Ini menunjukkan bahawa ruang tempat tinggal memainkan peranan besar dalam perlindungan daripada gangguan.
Hubungan Doa Nabi Yunus dan Surah Al-Baqarah
Untuk memahami strategi yang lengkap, kita perlu lihat dua lapisan perlindungan:
Lapisan 1: Individu
Doa Nabi Yunus membetulkan hati dan tauhid.
Lapisan 2: Rumah
Surah Al-Baqarah membersihkan ruang daripada gangguan.
Jika hanya satu diamalkan, perlindungan menjadi tidak lengkap.
Contohnya:
Individu kuat, tetapi rumah tidak dibacakan Al-Quran → suasana tetap berat.
Rumah dibacakan Al-Quran, tetapi individu tidak menjaga hati → gangguan emosi tetap ada.
Gabungan kedua-duanya lebih seimbang.
Kenapa Gangguan Sering Berpunca Dari Rumah?
Rumah ialah tempat:
Tidur
Berehat
Berkumpul
Berinteraksi
Jika ruang ini tidak dilindungi, tekanan mudah terkumpul.
Sebahagian pesakit melaporkan:
Gangguan hanya terasa di rumah
Apabila keluar rumah, badan terasa ringan
Apabila masuk rumah, dada kembali sesak
Ini petunjuk bahawa ruang memainkan peranan.
Kenapa Suasana Fizikal Rumah Penting?
Ruang yang:
Bersih
Terang
Wangi
Terurus
Memberi kesan psikologi positif.
Dalam rawatan rohani, suasana memainkan peranan besar.
Ruang yang terlalu lembap, gelap atau berbau boleh meningkatkan rasa tidak selesa.
Cara Praktikal Menggabungkan Doa Nabi Yunus dan Surah Al-Baqarah
Berikut struktur amalan yang lebih seimbang:
1. Individu (Setiap Hari)
Solat sunat dua rakaat
Baca doa Nabi Yunus dalam sujud sepuasnya
Luahkan kesedihan, kelemahan kepada Allah
2. Rumah (Setiap Hari)
Pasang bacaan Surah Al-Baqarah
Lebih baik jika dibaca sendiri
Amalkan sekurang-kurangnya 3 hari berturut
Konsistensi lebih penting daripada kuat seminggu kemudian berhenti.
Kesilapan Besar Yang Ramai Lakukan
Fokus hanya pada badan
Abaikan ruang rumah
Baca Surah Al-Baqarah sekali seminggu sahaja
Tidak jaga percakapan dalam rumah
Ruqyah bukan hanya bacaan.
Ia perubahan suasana.
Peranan Emosi Dalam Rumah
Emosi negatif seperti:
Maki hamun
Jeritan
Pertengkaran
Melemahkan suasana rumah.
Walaupun Surah Al-Baqarah dibaca, jika emosi tidak dijaga, perlindungan menjadi lemah.
Doa Nabi Yunus melembutkan hati.
Surah Al-Baqarah melindungi ruang.
Kenapa Gangguan Masih Berat Walaupun Amalan Sudah Konsisten?
Ada kes di mana:
Doa sudah istiqamah
Surah Al-Baqarah sudah diamalkan
Namun suasana rumah masih terasa berat
Dalam keadaan ini, selain teruskan amalan utama, sebahagian pesakit memilih menambah ikhtiar untuk membantu suasana ruang yang menjadi tanda sihir dalam rumah.
Di sinilah pendekatan menjaga suasana fizikal rumah menjadi relevan.
Soalan Lazim
Adakah doa Nabi Yunus sahaja mencukupi?
Doa menguatkan individu, tetapi rumah juga perlu dilindungi dengan Surah Al-Baqarah.
Kenapa hadis sebut rumah, bukan badan?
Kerana ruang tempat tinggal mempengaruhi suasana rohani penghuni.
Berapa kerap perlu baca Surah Al-Baqarah?
Sekurang-kurangnya 3 hari berturut dan diteruskan secara berkala.
Adakah Samurai Perfume wajib?
Ya, jika masalah masih lagi berlarutan dan menghadapi kesukaran untuk melakukan amalan yang saya senaraikan di atas.
Ikhtiar Tambahan Untuk Membantu Suasana Rumah
Selain Surah Al-Baqarah, sebahagian pesakit memilih menggunakan wangian tertentu melalui mesin humidifier bagi membantu suasana rumah lebih stabil.
Salah satu yang sering digunakan ialah Samurai Perfume.
Perlu ditegaskan:
Samurai Perfume bukan pengganti Surah Al-Baqarah.
Ia adalah sokongan kepada rawatan yang sedang dilakukan.
Ia adalah ikhtiar tambahan untuk rumah untuk:
Membantu mewujudkan membantu suasana rumah lebih stabil
Digunakan ketika bacaan Al-Quran
Mengurangkan rasa berat dalam ruang tertutup
Asas tetap:
Doa Nabi Yunus.
Surah Al-Baqarah.
Produk bantu halau gangguan dalam rumah.
Sila baca tulisan saya 👉 Samurai Perfume Untuk Bantu Suasana Rumah



