Doa Nabi Yunus

Doa Nabi Yunus: Amalan Ketika Sihir Tidak Putus dan
Tak Jumpa Jalan Keluar.

doa nabi yunus,Panduan Doa Nabi Yunus untuk rawatan sihir dan gangguan syaitan - Bidara Specialist

Dah berubat macam-macam tapi sihir masih tak lepas? Pelajari cara mengamalkan Doa Nabi Yunus dengan betul, kisah inspirasi di sebalik ujian, dan panduan istiqamah 40 hari untuk ketenangan jiwa.

Sering kali pesakit sihir rasa terperangkap dalam kegelapan yang tiada penghujung, persis Nabi Yunus di dalam perut ikan.

Artikel ini mengupas kenapa doa ringkas ini menjadi ‘senjata’ paling ampuh untuk kembali kepada Allah, disertakan dengan panduan amalan harian dan ikhtiar tambahan untuk rumah yang lebih tenang.

Setiap tulisan berwarna biru boleh anda klik untuk terus ke produk atau panduan penuh. Saya sengaja tidak letak butang “Buy Now” untuk elak gangguan semasa membaca.

Kenapa doa Nabi Yunus A.S Sangat Mustajab?

Apabila seseorang diuji dengan masalah yang tidak berkesudahan — sama ada tekanan hidup, hutang, penyakit, atau gangguan sihir — hati akan mencari tempat bergantung.

Di sinilah doa nabi yunus menjadi pegangan.

Doa ini bukan sekadar lafaz, tetapi pengakuan kehambaan yang sangat mendalam.

Dalam pengalaman merawat pesakit gangguan makhluk halus, doa ini sering saya ajarkan kepada mereka yang mengalami gangguan sihir yang “tak habis-habis kena hantar”.

Pendekatan ini bukan direka-reka, tetapi berpandukan dalil Al-Quran serta pengalaman lapangan merawat pesakit bertahun-tahun.

Baca juga artikel saya Doa Nabi Yunus digunakan bagi mengatasi masalah suami isteri yang terkena sihir tapi tak mahu berubat

Doa Nabi Yunus Untuk Pesakit Sihir Yang Ujiannya Seakan Tidak Berakhir

Dalam pengalaman saya mengendalikan kes gangguan makhluk halus sejak tahun 2016, antara keluhan yang paling menyentuh hati ialah:

“Ustaz… dah buat macam-macam. Tapi kenapa sihir masih tak lepas-lepas?”

Ada yang sudah:

  • Berubat berkali-kali

  • Menghadiri sesi ruqyah

  • Membaca Surah Al-Baqarah setiap hari

  • Mengamalkan ayat ruqyah

Namun gangguan tetap datang semula.

Kadang-kadang reda seketika.
Kemudian muncul lagi.

Dalam keadaan seperti ini, saya tidak terus menambah amalan yang berat.

Saya kembali kepada satu doa yang sangat ringkas, tetapi sangat dalam maknanya — doa Nabi Yunus untuk sihir

Kisah Nabi Yunus A.S. Dalam Perut Ikan

Latar Belakang Dakwah Nabi Yunus

Nabi Yunus A.S. diutus kepada kaumnya yang ingkar. Setelah lama berdakwah tanpa hasil, Baginda meninggalkan mereka sebelum menerima perintah Allah. Ini menjadi asbab ujian besar.

Ujian Dalam Perut Ikan & Hikmahnya

Baginda ditelan ikan besar dan berada dalam tiga kegelapan:

  • Gelap malam

  • Gelap lautan

  • Gelap perut ikan

Dalam keadaan itu, Baginda tidak menyalahkan sesiapa. Sebaliknya Baginda berdoa:

Apa Itu Doa Nabi Yunus? Lafaz & Maksud Doa Nabi Yunus

Allah SWT merakamkan doa ini dalam Surah Al-Anbiya ayat 87:

لَا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya:

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas itu Allah berfirman:

“Lalu Kami perkenankan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan. Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.”

Perhatikan ayat terakhir itu.

“Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.”

Itu janji umum.

Tafsir Ringkas Ayat (Surah Al-Anbiya 87)

Allah menyebut doa ini dalam Surah Al-Anbiya ayat 87, dan menjelaskan bahawa doa tersebut menyelamatkan Nabi Yunus dari kesusahan.

Ulama menyatakan bahawa sesiapa yang membaca doa ini dengan penuh keinsafan, Allah akan mengangkat kesulitannya.

Kenapa Doa Nabi Yunus Sangat Penting Untuk Pesakit Sihir?

Pesakit sihir biasanya mengalami:

  • Tekanan berpanjangan

  • Rasa terperangkap

  • Putus harapan

  • Ketakutan yang tidak rasional

Keadaan ini sama seperti Nabi Yunus dalam kegelapan.

Doa ini membetulkan:

✔ Tauhid
✔ Hati
✔ Fokus

Konsep Sabar & Tawakal Dalam Rawatan

Rawatan syifa’ bukan seperti ubat panadol yang kesannya serta-merta.

Kadang Allah angkat sedikit demi sedikit supaya iman kita naik.

Mengapa Gangguan Kadang Berulang?

Antara sebabnya:

  • Iman turun naik

  • Rumah tidak dijaga dengan bacaan Quran

  • Kurang istiqamah zikir

Rawatan bukan sekali buat terus selesai. Ia proses.

Boleh baca artikel saya amalan doa Nabi Yunus ketika gangguan berulang

Cara Mengamalkan Doa Nabi Yunus Dengan Betul

3 Protokol Mudah doa nabi yunus

Jika sudah buat pelbagai usaha tetapi belum nampak jalan keluar, lakukan ini:

1. Solat Sunat Dua Rakaat Dengan Kerap

Tidak perlu tunggu waktu khas.

Bila hati berat, bangun dan solat.

2. Baca Doa Nabi Yunus Dalam Sujud Terakhir

Ulang doa ini sebanyak yang mampu.

Jangan kira bilangan.

Fokus kepada makna.

3. Luahkan Kepada Allah Dari Hati

Selepas baca doa, jangan terus bangun.

Cakap kepada Allah.

Mengadu.
Memohon.
Menangis jika perlu.

Berikut cara istiqamah doa Nabi Yunus 40 hari.

Jika Masih Belum Nampak Perubahan

Ramai kecewa di sini.

Saya selalu pesan:

Kadang-kadang penawar itu adalah masa.

Allah tidak lambat.

Allah sedang menyusun.

Dalam banyak kes yang saya kendalikan, perubahan berlaku secara perlahan:

  • Gangguan makin jarang

  • Emosi makin stabil

  • Tidur makin lena

Bukan dramatik.

Tetapi nyata.

6 Ayat Ruqyah Penawar Sihir ini boleh dibaca sebagai tambahan amalan harian kepada pesakit.

Gabungan Dengan Surah Al-Baqarah

Sabda Nabi SAW:

“Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

(Sahih Muslim)

Gabungkan:

  • Doa Nabi Yunus (individu)

  • Surah Al-Baqarah (rumah)

Ini asas paling kuat. Inilah yang dimaksudkan sebagai bacaan ruqyah yang sahih.

Baca juga artikel saya tanda sihir dalam rumah

Kesilapan Yang Perlu Dielakkan

❌ Tukar amalan setiap minggu
❌ Fokus mencari siapa yang hantar
❌ Terlalu bergantung kepada manusia
❌ Putus asa terlalu awal

Doa Nabi Yunus mengajar kita kembali kepada asas tauhid.

Soalan Lazim Tentang Doa Nabi Yunus

Adakah doa Nabi Yunus khusus untuk sihir?

Tidak. Ia doa untuk segala kesempitan.

Berapa kali perlu baca?

Tiada had khusus. Bacalah sebanyak yang mampu dengan hati yang hadir.

Jika masih belum berubah?

Teruskan. Kadang-kadang perubahan berlaku secara perlahan.

Kenapa saya baca tapi belum sembuh?

Ini disebabkan anda masih belum berjaya meluahkan rasa lemah, rasa hina, rasa sangat bergantung kepada Allah dalam menghadapi ujian hidup ketika berdoa. Hati masih terikat dengan kuasa selain Allah dalam menyelesaikan masalah.

Bolehkah dibaca tanpa solat?

Ya, boleh dibaca bila-bila masa.

Adakah boleh gabungkan dengan rawatan syifa?

Ya. anda boleh hubungi saya jika perlu.

carta alir follow up
ustaz zulhilmei, bidara specialist

Ust Zul Hilmei Mohamad Rohani | Founder Bidara Specialist | Perunding Rawatan Syifak | 10 tahun pengalaman | Tafsir mimpi gangguan sihir, saka, santau | Tanpa Ke Pusat Rawatan | Lakukan Sendiri di Rumah

Apabila Amalan Sudah Istiqamah Tetapi Gangguan Masih Terasa

Ini bahagian yang jarang dibincangkan.

Ada pesakit yang:

  • Sudah istiqamah 40 hari

  • Sudah membaca Surah Al-Baqarah

  • Sudah solat malam

Namun gangguan masih terasa.

Dalam kes seperti ini, selain teruskan doa dan sabar, saya cadangkan satu ikhtiar tambahan yang lembut dan tidak bercanggah dengan syariat dengan menggunakan senarai ayat ruqyah lengkap.

Jika Anda Sudah Istiqamah Tetapi Masih Berasa Berat

Teruskan doa Nabi Yunus.

Teruskan solat sunat.

Teruskan Surah Al-Baqarah.

Dan jika mahu menambah ikhtiar suasana rumah lebih tenang, boleh pertimbangkan penggunaan Samurai Perfume secara konsisten melalui humidifier.

Tetapi jangan lupa berdoa bila dah gunakan produk.

Ikhtiar Tambahan Untuk Menguatkan Suasana Rumah

Selain amalan utama, sebahagian pesakit memilih menggunakan Samurai Perfume melalui mesin humidifier setiap hari, terutamanya bila terdapat tanda gangguan jin dalam rumah.

Kenapa di peringkat akhir?

Kerana asas tetap:

  1. Solat

  2. Doa Nabi Yunus

  3. Surah Al-Baqarah

Samurai Perfume hanyalah ikhtiar tambahan untuk:

  • Mewujudkan suasana rumah lebih tenang

  • Digunakan ketika bacaan ruqyah

  • Membantu kestabilan emosi penghuni

Dalam pengalaman kes, perubahan suasana rumah memberi kesan psikologi positif.

Tetapi perlu ditegaskan:

Ia bukan pengganti Al-Quran.
Ia bukan rawatan utama.

Ia usaha sokongan tambahan untuk rumah yang berat selepas amalan rohani kukuh.

Bila terdapatnya simptom rumah tidak tenang, jangan panik, sebalik tetap istiqamah jalani kehidupan seperti biasa.

Kenapa Saya Letakkan Ikhtiar Ini Di Bahagian Akhir?

Kerana jika asas tidak kuat, produk tidak akan membantu.

Ramai orang mahu jalan pintas.

Tetapi dalam rawatan syifa’:

Doa dahulu.
Istiqamah dahulu.
Keyakinan dahulu.

Tempah Sekarang!

Samurai Perfume,Samurai Perfume Bidara Specialist untuk ketenangan suasana rumah dan kestabilan emosi pesakit

Anda Mungkin Juga Berminat

Gatal Merayap Bawah Kulit Seperti Miang Buluh
Jenis Masalah

Gatal Merayap Bawah Kulit?

Gatal Merayap Bawah Kulit Seperti Miang Buluh? Kenapa Bukhoor Samurai Jadi ‘Musuh’ Utama Gangguan Ini?   Gatal merayap di bawah kulit yang terasa pedih seperti

Read More »
gatal waktu malam
Jenis Masalah

Badan Gatal Waktu Malam?

Gatal Waktu Malam : Kenapa Bukhoor Premium Lebih Berkesan Dari Raja Gel dan Scrub Lemon Sejak 2016 hingga 2026, saya dapati gatal yang bermula selepas

Read More »
tanda sihir dalam rumah
Jenis Masalah

Tanda Sihir Dalam Rumah

Tanda Sihir Dalam Rumah: Kenapa Gangguan Sering Bermula Dari Ruang Kediaman Tanda sihir dalam rumah sering disalah tafsir.  Ketahui tanda-tanda yang boleh kita lihat, perubahan

Read More »

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *